Showing posts with label OTHERS. Show all posts
Showing posts with label OTHERS. Show all posts

Mia Sara Yang Comel

Tuesday, November 1, 2011
37 Usha KaMi
Sekarang dah bermulanya bulan November, lama sungguh kami tak menjenguk blog, dah berhabuk-habuk pun, semakin hari semakin sibuk, walau macam mana pun kami akan pastikan at least tiap-tiap bulan ada post something ,bulan lepas satu post je..huhu..

Sebenarnya banyak perkara yang kami ingin postkan tapi masa mencemburui, Hari tu kami ada pergi Sri Pentas kat Damansara, bawa baby sorang ni sambut hari kanak-kanak sedunia, ok juga la cuma terlalu sikit event yang ada,kawasan pun tak berapa meriah, yang bestnya dapat jumpa adik Mia Sara je, dapat le juga keseronokkan menyambut hari kanak-kanak sedunia, Mia Sara bertanding hias kek dengan ada dua tiga orang artis dewasa lain seperti Amyza.. boleh la korang layan telatah comel adik Mia Sara ni..:)






Read more »

Akhirnya Masuk Perangkap

Saturday, September 24, 2011
32 Usha KaMi

Semenjak sebulan yang lepas ,dapur kami telah berbau busuk dan hancing disebabkan oleh seekor tikus yang telah bermaharajalela menjadikan dapur kami sebagai kedai kek dia. Jenuh kami cuci balik semua barang kat dapur, mop lantai sampai berkilat,buh pewangi,letak daun pandan, siap sembur ridsect lagi, esok lusa busuk balik dengan tahi dan kencing tikus, ini dah kira bahaya boleh membawa penyakit ,dari mana tikus ni masuk tak tau le, mungkin dari lubang dinding kat atas dapur tu kot.

Dulu kami bela kucing tapi sekarang dah hilang lepas tu dah ada baby pula jadi taknak bela lagi, kami nak beli racun tikus takut mati bau bangkai pula ,busuk satu rumah pula,jadi jalan terakhir kami belilah perangkap tikus, mula2 bagi umpan donut, tak jalan mungkin tikus ni nak yang lagi sedap kot,kami tukar dengan kulit ayam KFC,sama juga tikus tu ambil bau je,dapur still bau busuk tikus .Kami cari tikus tu celah-celah kabinet , peti ais tak jumpa juga.


Lastly kami bagi umpan roti oat perisa tuna, akhirnya pagi-pagi kami jenguk dapur ,tikus tu da masuk perangkap,roti oat tadi pun da habis, amboi memilih juga tikus ni,mungkin tikus betina baru nak belajar diet. selesai sudah ops sikap menangkap tikus liar, ingat nak lemaskan dalam longkang je tapi pikir balik tak baik seksa binatang mati secara pelahan, walaupun itu tikus perosak, dengan hati yang belas kasihan terhadap haiwan, kami buang tikus tu kat tempat terpencil yang jauh dari kawasan rumah orang, kat situ pandai-pandai la bawa diri ye.. sekarang dapur kami dah wangi..hehe
Read more »

Template Baru Lagi

Wednesday, June 29, 2011
32 Usha KaMi

Semenjak blog telah pulih selepas diserang Malware banyak telah diubah suai ,nak buat post terus jadi malas dah la sibuk memanjang kena malware pula, setelah jenuh mengodam blog sendiri akhirnya siap sepenuhnya, memang banyak kelainan dari segi susunan posting dan widget, lebih ringkas dan padat, bila kami timbang blog kami just 85 kb agak ringan juga kan..:)

Blog link member-member telah kami letakkan diblog yang khas untuk blog list sahaja, Rasanya malware ni mungkin terkena dari blog member yang telah dijangkiti dan berjangkit ke blog kami serta telah merosakkan system blog kami, kami nasihatkan member-member kalau dalam blog ada link blog list member lain eloklah asingkan, rasanya ramai blogger lama telah tahu langkah safety ni.. Semoga kita sentiasa ceria berblogging , Peace yo..:)
Read more »

Cara Hilangkan Malware Di Blog

Thursday, June 23, 2011
32 Usha KaMi
Alhamdulillah akhirnya kami telah berjaya membersihkan blog LiFe KaMi yang telah di attack Malware. Sebelum ini kami menggunakkan link baru  http://lifekamiphoto.blogspot.com disebabkan kami tak dapat membuang virus malware yag telah menyerang blog kami, Harap maaf kepada member blog yang telah terkeliru, kami telah mengunakan semula blog lama just template je yang baru..:)


Di atas bantuan https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en (Web Master Tool Google) kami telah menjumpai 2 serangan Malware ke atas blog kami iaitu satu pada post bulan 10 tahun lepas dan satu lagi pada template kami sendiri, dengan ini kami pun telah delete post tersebut dan juga menukar template lain,


Lebih kurang 2 hari malware pun hilang. Malware menyerang blog kami kemungkinan juga datangnya dari Blog rakan-rakan yang telah diserang, sekarang ni blog kami tidak lagi meletakkan link blog member-member blog, kami telah buat satu blog baru, khas untuk Blog List member-member blog je, senang kalau ada apa-apa yang berlaku kita tidak kena tempias juga. Jadi kat sini nak bagi sedikit tutorial bagaimana nak hilangkan Malware di blog yang di attack.

1.
2.


3.
Read more »

Pengalaman Di Sydney Australia Part 2

Wednesday, May 25, 2011
37 Usha KaMi
Dah lepas kapal berlabuh masa untuk pergi jalan-jalan tapi bukan semua satu kapal yang turun kena ikut giliran, pada yang duty terpaksa la kerja dulu sampai habis duty dan akan digantikan member yang lepas balik dari darat kemudian baru lah boleh turun darat. jadi Kapal akan sentiasa beroperasi sehingga habis discharging operations dan belayar semula, 24 hours non stop duty. Biasa la kan bukan naik kapal pelancong bekerja di atas kapal tanker yang bawa petroleum jadi kena ikut rules le.

Dari pelabuhan kapal kami (merujuk kepada crew kapal) ke tempat shopping agak jauh juga, jadi terpaksa le kami menaiki Feri tunggu dalam lebih kurang 10 minit juga le,feri kat situ ada jadual perjalanan yang memang sistematik ,on time tiba dan on time sampai. Feri pun agak besar dan selesa boleh muat dalam 50 orang juga ler.


 Laju juga Feri ni bergerak, kat sana ada macam-macam jenis boat dan Feri, kapal layar pun ada, air laut kat sydney ni memang cantik warna air laut yang kebiruan dan kehijauan ,kawasan pesekitaran pun indah je mata memandang ,cuaca agak sejuk juga le masa ni ,selamat takde salji kalau tak boleh beku dibuatnya..hehe

Sampai di jeti kami kena bayar tambang guna mesin kad,ai dah macam LRT la pula dah tu time sampai baru kena bayar, selamat le ada Dollar Australia kat poket, yang takde terpaksa kongsi dulu nanti da dekat town tukar ringgit kat money changer. Kalau tak tau apa-apa bahaya juga pergi negara orang ni..huhu

Sempat juga member kami ni nak ambil gambar dengan orang asli, kebetulan diorang buat persembahan berhampiran jeti tu, kat Australia pun ada orang asli juga ye, sedap juga lagu keroncong yang diorang dendangkan,layan je ler..:) selamat le kami tak kena sumpit..hehe
Read more »

Pengalaman Di Sydney Australia Part 1

Sunday, May 22, 2011
27 Usha KaMi
Lama betul tak pergi Australia, dulu masa belayar banyak kali juga le masuk sana, sekarang ni dah berhenti belayar ,kerja kat pelantar minyak pula, banyak juga pengalaman di negara orang ni, sambil kerja dapat juga melihat negara orang lain, yang ni masa tahun 2007 dah hampir 5 tahun ,memang sekejap je masa berlalu..gambar kat bawah ni mula-mula kapal masuk pelabuhan melalui sebelah opera house dan masuk di bawah jambatan sydney. Panjang juga jambatan ni macam jambatan pulau pinang, kat sini buat operation discharging selama 3 hari, jadi dapat lah peluang jalan-jalan kat darat.

Read more »

Jom Makan Apple Donuts

Thursday, May 5, 2011
27 Usha KaMi

Kalau pergi jalan-jalan kat mall mesti ada je benda nak bungkus bawa balik, tengah jalan-jalan kat Alamanda Putrajaya ,teringin pula kami nak rasa Apple Donuts, dah lama kami tak makan rasanya da hampir 2 bulan (macam lama sangat je).. jadi tapau le sikit buat pemanis mulut, kat situ ada jual harga pakej,nampak macam lagi murah,kami beli sikit je cukup untuk 2 3 orang makan takut tak habis pula.


Senang je beratur pastu pilih nak makan yang mana, nampak banyak pilihan tak tau nak ambil yang mana satu.Berwarna warni semua, rasanya semua kala ada kecuali kala jengking je..:)


Menarik sungguh tengok donut-donut ni, macam-macam perisa ada, disebabkan kami dah selalu sangat kalau gi sini ambil donut je,apa kata tukar menu lain plak.


Jadi inilah pilihan kami pula, nampak kecil-kecil je, senang sikit nak habiskan, bukan apa makanan ni semua manis-manis rasanya lagi manis dari kuih-kuih kelantan. nama semua ala-ala jepun je. "ok amoi kasi pakej 9 biji punya." "take-away yer"..


Ok jom kita makan, nampak gayanya tak sempat nak bawa balik rumah kat situ juga kami sapu semua..:)

p/s: semalam pergi shopping kat jusco cheras selatan, ada hari J Card, kami pilih barang yang diskaun 70% je,beratus juga habis..huhu, esok sampai 8 Mei ada Baby fair plak kat Mid Valley..huh da terlebih bajet, bahaya ni...:)
Read more »

Broadband Celcom Hilang

Tuesday, April 12, 2011
16 Usha KaMi

Setelah puas mencari diserata pelosok kawasan dan tempat ,akhirnya jumpa juga broadband celcom ni, memang lama sungguh tak update blog, jangan kata blog sendiri, facebook, blog member-member,website lain yang ada dalam internet semua tak buka, ada orang kalau takde internet memang tak boleh nak hidup, nampaknya kami macam boleh je tapi ada gigil sikit juga le..hehe



Orang-orang tua ada berpesan kalau nak cari sesuatu guna mata bukannya lutut, sebab cari dengan keadaan bengang memang tak akan jumpa lastly terus give up malas nak cari, pastu suatu hari jumpa balik rupa-rupanya kat situ je, sebab beg ni banyak ruang yang terlipat ,broadband pula kecil memang tak perasan ,kadang-kadang pelik juga rasanya lebih 3 kali check kat situ,huh..memang takde orang lain nak ambil pun, lain kali kena cari dengan relax dan cool. ok sekarang dah jumpa boleh la melayari internet yang sekian lama telah ditinggalkan mesti banyak cerita terkini yang tak tau. selamat berinternet..:)
Read more »

Terima Kasih Nuffnang

Sunday, March 6, 2011
39 Usha KaMi
Hari ni sibuk mengemas halaman rumah, susun-susun pasu bunga bagi nampak kemas sikit sebab dah berterabur mungkin telah disepak oleh kucing pak osman jiran setaman , tetiba 'pinn pinn posto posto' macam dalam citer ahmad albab plak, posmen datang bagi surat le, tak pernah lagi dapat surat bentuk macam ni selalu dapat bil air,bil astro tak pun bil kad kredit huhu, jadi kami pun buka le isi sampul surat tersebut, 'jeng jeng jeng' Alhamdulillah kami telah berjaya mendapat cek yang telah dicash out kan dari akaun nuffnang sebulan yang lepas,


Sebelum ni memang dah boleh cash out tapi tunggu kumpul banyak sikit ,bukan dapat banyak mana pun tapi boleh la nak upgrade laptop buruk kami ni bagi laju sikit, sambil-sambil kita berblogging boleh juga dapat side income kan, Terima kasih Nuffnang dengan cederahati ini, jadi kami akan sentiasa meletak iklan nuffnang dalam blog kami..:)
p/s: Background image baby telah ditukar pada image baby kami atas pandangan dari rakan-rakan blogger, Thanks semua..:)
Read more »

Template Baru LiFe KaMi

Thursday, March 3, 2011
37 Usha KaMi
Akhirnya setelah sekian lama kami menggunakan template yang lama, kami telah berjaya menukarkan template blog kami dengan yang baru, kadang-kadang di dunia ini kita perlu perubahan ,yang lama akan dijadikan kenangan, template yang baru ni kelihatan lebih tenang dan nyaman, warna pun tak terlalu banyak, loading page pun telah banyak berkurangan, Terimalah template kami yang simple ini.Sedih pula teringat akan template yang lama..huhu.


Read more »

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

Sunday, January 23, 2011
31 Usha KaMi
Salam Semua, Pagi Ahad ni takde benda nak buat, seronok juga kalau kita bersantai-santai, jadi kami ingin bersantai dengan bro Ben Ashaari ni dengan menyertai segmen Header blog best, header tak cantik mana pun saja je nak try test..:)
cara untuk sertainya adalah..

  1. Letak header BLOG BEN ASHAARI 
  2. Tajuk : JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini .. 
  3. Sila lengkapkan
    • Sapa yang buat header tersebut
      Kami
    • Perisian yang digunakan
       Photoshop
    • Maksud header tersebut
      Ketenangan hidup seperti ketenangan pemandangan pantai yang indah..:)
    • Jangkamasa yang diambil buat header itu 
      1 Jam 14 minit masa tu sempat tgk jam hehe
    • Header blog lain yang anda suka tengok 
      Header blog Ben Ashaari ler,,ada makna tu..hehe
  4. Tinggalkan url entri korang tu di ruangan komen blog Ben Ashaari
Tarikh tutup : ( 5 PETANG : 23/1/2011 )
Read more »

Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

Monday, January 17, 2011
Salam Semua.. Hari ni tengah saja-saja searching google teringat pula kisah awek penyerang bola negara kita Khairul Fahmi, nak juga tengok macam mana blog dia, then apabila kami baca memang menarik blog dia, namanya Elia, sekarang ni Elia dan kakak dia Erin ada menganjurkan 1st Combined Giveaway (FCG), caranya senang je dengan meletakkan sticky post dan pemenang akan dipilih secara lucky draw, sekarang ni kami ada mood contest pula..hehe, Apalagi marilah mencuba nasib..:)


FCG ini dibuat sempena ;
1. menghargai para pembaca kami yang sentiasa menyokong kami
2. meraikan 'kemeriahan' BE kami di tahun baru ini
3. berkongsi kegembiraan di atas kemenangan Malaysia dalam Suzuki AFF Cup.
4. tanda terima kasih kepada semua yang membantu kami memenangi sebuah iPad 16G Wifi dalam "Win an iPad" Contest anjuran Ryl Designs.



Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua blogger yg mempunyai alamat di Malaysia
2. Perlu follow 4 blog yg berikut; Ceritera Erin , Elia: Short & Sweet , My Worth Buying Shoppe (penaja), dan Closets of AmyAmy(penaja) .
3. Buat "sticky post" entry dengan tajuk;Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011
4. Ltak banner di atas serta link kan ke entry ini.

5. Sila komen di entry ini dgn maklumat anda;

-Nama
- ID Follower

- link entry

tarikh tutup: 4 Feb 2011
masa: 1159pm

beberapa hadiah MISTERI menanti anda!! semakin FCG ini mendapat sambutan, semakin 'meriah' hadiah untuk anda semua. pemenang akan dipilih berdasarkan lucky draw samada dengan bantuan random.org atau lelaki misteri ;)(Khairul Fahmi la tu..hehe)

Read more »

CUTE BABY 2011 BY MAMARIFqy

Saturday, January 15, 2011
Salam Semua, Kali ni kami nak try join contest yang dianjurkan oleh MamaRifqy, maklum le kami telah pun dikurniakan baby pada tahun ni jadi sesuai le nak masuk contest ni kan..hehe, Jom kita tengok syarat penyertaannya..:)

1. Buat 1 entry yang bertajuk CUTE BABY 2011 BY MAMARIFqy !!

2. Letak Banner pada entry dan pada Sidebar dan link pada entry INI.

3. FOllow http://mamarifqy.blogspot.com/ dan http://miszmaliana.blogspot.com/

4.sponsor kena Follow juga

http://naniedean.blogspot.com/
http://yantimatisa.blogspot.com
http://dhiyakhairina.blogspot.com
http://violetgloves.blogspot.com/
http://hafizahismail.blogspot.com/
 
5. Wajib mention nama PENAJA dan link balik ke blog berkenaan

6. Upload HANYA 1 keping gambar anak SAHAJA..gambar anak yang cute miut/comel dimata anda.kalau xde anak,anak sedara pon boleh.
Yang Layak hanya bb yang berumur 0-4 years ONLY !!!
(kalau ade > dr 1 anak,,leh masukkan terus dlm 1 entry..Mudah kan??)
*sertakan Nama dan umor anak*

7. Da siap..tinggalkan comment anda pada entry ini
TARIKH TUTUP CONTEST INI.. PADA 25 JANUARI 2011


Nama : Azfar Darwisy
Umur : setakat hari ni, 5 hari jer..:)
 
Read more »

CD Maher Zain RM 27.90

Tuesday, October 26, 2010
Salam Semua.. Kami baru je beli CD lagu Maher Zain, sebelum ni selalu sangat kami dengar dalam radio-radio je,lagu-lagu Maher Zain banyak yang best kalau satu dua je mungkin kami tak beli tapi bila kami dengar, boleh dikatakan semuanya sedap-sedap belaka, Original CD kualiti bunyinya memang terbaik dengan harga RM 27.90 rasanya berbaloi kalau korang beli, rasa feeling je dengar lagu ni.
Dah lama lagu Nasyid tak keudara dalam radio, dulu ingat lagi masa Raihan mula-mula popular dengan lagu Nasyidnya ,jualan kaset Raihan masa tu rasanya paling tinggi kat Malaysia, sekarang ni lagu-lagu nasyid dah mula tenggelam, Mudah-mudahan selepas ini dengan adanya lagu Nasyid dari Maher Zain ini dapat menaikkan kembali irama lagu Nasyid di Malaysia serta dapat dijiwai semula terutamanya golongan remaja..Jom kita layan Video Klip Lagu-lagu Maher Zain.


Insya Allah


Always be There



Palestine Will Be Free




Alhamdulilah

Read more »

Cili Kami Sepinggan Seringgit

Monday, October 25, 2010

Salam Semua.. Korang suka tak makan pedas-pedas, kami suka juga makan pedas ni tapi tak le terlalu pedas sampai sekali suap sekali teguk air. kalau terlalu suka makan pedas pun boleh membahayakan kesihatan juga.. Kami ada tanam pokok cili dalam kebun mini kami, sekarang ni sudah mendatangkan hasil yang berlipat kali ganda..hehe, memang menguntungkan bukan apa ini namanya bajet 2011 kami iaitu berjimat cermat membeli cili..hehe



Kami dah berjaya menghasilkan 4 batang pokok cili yang besar dan sihat, korang kalau nak tanam bukan main hentam je tabur biji cili, mula-mula kena semai dulu dalam bekas macam pasu, bila anak pokok cili dah besar sikit baru korang boleh pindahkan tanam dalam tanah pula.



Ini lah hasilnya kalau pergi ke pasar sepinggan seringgit ,kami dapat free je..hehe, kan dah jimat tu, pokok cili ni jenis berbuah banyak jadi kalau untuk kegunaan sekeluarga kami dah kira cukup, lain le memang peminat fanatik cili, sehari tak kena pedas cili bole ketar lutut dibuatnya..hehe..ok selamat mencuba tanam cili .:)
Read more »

Sup BeDengung Nilai 3 Sedap

Monday, October 18, 2010
Salam Semua.. Selepas Bulan puasa berlalu dah lama tak dengar cerita pasal makanan, selalu masa bulan puasa ramai blogger post pasal makanan, memang menguji keimanan boleh terasa lagi lapar dibuatnya..hehe, semalam kami telah singgah di sebuah gerai dekat Nilai 3, lokasi kedai itu di tengah-tengah kedai-kedai barangan borong ,kalau pusing-pusing mesti jumpa le, Gerai makan itu dinamakan Sup Bedengung, Apa yang bedengung....
Sup Bedengung ni memang antara sup the best le bagi kami , kalau kami jalan-jalan ke sana nak beli barang-barang rumah, kami mesti singgah pekena bihun sup bedengung ni, rasa sup tu memang cukup sedap..
kenapa dinamakan Bedengung ,kami lupa plak nak tanya Tuan Punya kedai tu,tapi kami rasa sebab sup ni pedas betul rasanya, boleh terkebil-kebil bibir nak menahannya, lagi satu mereka letakkan sup tersebut dalan mangkuk besi, memang dijamin panas sampai habis makan, bepeluh-peluh dibuatnya, syok tak ingat..promote lebih nampak..hehe

Macam-macam bahagian lembu ada. cakap je nak apa, urat, daging, perut, tulang, lidah, gear box, kepala lembu pun ada..hehe


Ni lah Tuan Gerai tu aka Tauke Sup Bedengun ni, friendly orangnya, dia tengok orang rumah mengandung terus bagi special ,dia bagi bahagian daging kat leher lembu dengan bawah telinga, kalau nak beli tang tu je kena beli dengan kepala sekali tapi dia bagi free je,memang lembut isinya, ok pakcik lain kali kami datang lagi..hehe


Kami Tengok balik pun dah rasa lapar ni, pedas giler tak senang duduk masa makan ni..hehe tapi kalau tak nak pedas pun boleh jer..


Harga ikut jenis sup tu le, macam kami hari tu order bihun sup urat : RM 6.50, Bihun Sup campur: RM 7.00, tapi serius puas hati, mangkuk besar, isi banyak , bihun warna kuning kedah mai.. yang paling penting sup sedap..

Kalau korang pengemar sup, boleh le singgah ke gerai sup bedengung ni, sambil-sambil beli barang boleh le bedengung kejap..hehe, Sup bedengung ni pun pernah masuk surat kabar, kalau korang kesana bole usha banner diorang ade selit keratan akhbar pasal diorang.. Apa lagi Jom Layan dengung..:) 

Read more »

Free iPhone

Monday, October 11, 2010
Salam Semua.. Anda semua hendak memenangi iPhone 3G 16GB secara percuma tanpa membeli walaupun satu sen, mudah sahaja hanya dengan meletakkan banner Walimatulurus.net di dalam blog atau web site anda .
Caranya dengan mengira pengunjung terbanyak yang datang dari website anda ke laman web Walimatulurus.net. akan menerima hadiah iphone 3G.Peraduan ini bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010. 
Apa tunggu lagi jom kita sertai bersama, mana tahu kalau anda murah rezeki memenangi iPhone ini.


kad 
kahwin
Kad Kahwin
Read more »

Facebook Sosilawati , Pathmanabhan dan Surendren

Monday, October 4, 2010

Facebook Sosilawati Lawiya sekarang mempunyai seramai lebih dari 10 000 orang, yang kesemuanya mengucapkan Takziah serta bersimpati diatas pemergian arwah , Segala info berkenaan Kes Pembunuhan terhadap Sosilawati ada di Facebook ini.









Facebook suspek pembunuhan iaitu ketua yang merancang pembunuhan kejam ke atas Sosilawati dan 3 yang lain ,dia juga telah disyaki membunuh lebih dari 5 orang lagi. Friends yang add facebook suspek semakin hari semakin berkurangan mungkin taknak disabitkan bersubahat dengan suspek.








Ini pula adalah Facebook adik Pathmanabhan, seorang Doktor dan telah disabitkan bersubahat serta merancang pembunuhan kejam itu. Orang berpengetahuan tinggi pun tak boleh befikiran dengan waras.



Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever