Menyambut Kelahiran Anak Pertama

Thursday, November 18, 2010


Tangisan pertama si anak yang baru keluar bertemu alam dunia, memberi makna besar kepada ibu. Seorang ibu, juga bapa tentunya mengukir senyum gembira tatkala melihat anak yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia. Namun di sebalik kegirangan itu terselit tanggungjawab yang mula terpikul oleh bapa dan ibu. Tanggungjawab yang bermula sejak saat kelahirannya itu, perlulah dipikul berbekalkan pedoman wahyu.
Islam agama yang maha hebat. Ia menerangkan dengan terperinci tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyambut kelahiran anak Langkah-langkah ini tentunya terlukis melalui gerak laku Baginda Rasulullah SAW sekalu pendidik terulung sepanjang zaman.
Dalam perbincangan yang lepas, kami telah menyentuh soal mendidik anak dalam kandungandan memilih nama anak yang baik. Begitu juga cara mengelakkan kesilapan dalam memilih nama. Tentunya menamakan anak itu antara perkara awal yang dilakukan. Namun ada lagi tindakan lain yang perlu dilakukan segera, sebaik sahaja anak muncul di alam dunia.
Dalam posting ini dan beberapa posting berikutnya, kami insyaallah, akan kemukakan melihat beberapa langkah penting dalam tempoh segera selepas kelahiran. Ini termasuklah soal azan, iqamah, tahnik, aqiqah dan seumpamanya.
Syukur Dan Memberitakan Kelahiran
Jika ditanya kepada seorang bapa, atau ibu, apakah antara peristiwa yang manis dalam hidupnya, tentu antara jawapannya ialah ketika dia menyambut kelahiran anak. Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Perasaan girang, syahdu dan tenang akan membelai hati apabila mendapat berita kelahiran, apa lagi selepas memandang dan memeluk anak buat kali pertama.
Kegembiraan ini tentunya perlu disandarkan kepada syukur yang melimpah kepada Allah. Syukur atas nikmat dan rezeki anak kurniaaan-Nya. Syukur di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya. Syukur atas kehilangan rasa runsing, dan syukur atas segalanya. Ibu dan bapa perlu ingat bahawa Allah menjamin akan menambahkan nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Selepas itu, bapa janganlah lupa memberitakan khabar gembira itu kepada keluarga, dan rakan-rakan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk berbanga-bangga. Tapi, atas semangat agama yang menganjurkan agar kita memberitakan nikmat kepada orang lain. Memberitakan nikmat adalah sebahagian dari bersyukur. Secara tidak langsung, mereka yang menerima berita dapat mendoakan buat kita dan turut melafazkan syukur kepada Allah.
Inilah tindakan pertama. Tindakan-tindakan lain akan kami kemukakan dalam posting berikutnya...
P/S: Salam Semua..Selepas ini nampaknya kami akan kurang online internet dan tak dapat juga le nak selalu update blog macam dulu sebab kami akan berpindah buat sementara waktu sehingga habis berpantang di Kuala Nerang, Kedah, 
Di sana line memang tak clear, Cuti sekolah pun dah bermula, jadi Cikgu pun ikut jejak langkah anak-anak murid pergi bercuti juga..:) manakala bagi seorang lagi yang berkerja di kawasan pelantar minyak di tengah lautan waktu free agak sukar diperolehi..Sekarang kandungan sudah 8 bulan..Doakan kesejahteraan kami dan Baby yang bakal lahir nanti.
Terima Kasih Semua..:)
Read more »

Restoran Saba Kat Cyberjaya

Monday, November 15, 2010

Salam semua.. Hari minggu kali ni kami try makanan Arab pula jadi kami pun pergi makan kat Restoran Saba' dekat Cyberjaya. banyak kali kami dengar cerita tentang Restoran ni kali ni kami pergi cuba sendiri ,memang ramai pun makan kat sana, lagi-lagi hari minggu memang tak cukup tempat dibuatnya, restoran ini dimilik oleh seorang warga Yaman yang bernama Sulaiman Hamid, rasa menu yang disediakan sama seperti masakan dari Timur Tengah.hampir 50 jenis makanan arab di sediakan, korang memang tak rugi mencuba makanan disini, harga juga berpatutan, Keadaan Restoran juga agak luas dan selesa, yang penting bagi kita sebagai pelanggan adalah layanan mesra para pekerja disitu.


Ini lah yang kami order Nasi Lamb Kabshah dengan Chicken Kabshah, Menu Kabshah ni rasanya wajib korang rasa memang sedap,Rasanya hampir sama seperti nasi beriani tetapi daging kambingnya lembut dan tidak berbau kerana diadun bersama rempah ratus seperti jintan, kayu manis dan lada hitam.Nasi tersebut dimasak bersama dengan kambing atau ayam tersebut.. Serius memang sedap ,lagi satu memang banyak penuh pinggan kalau beli yang besar tu boleh makan 2 3 orang.


Ini plak air teh adani mcm teh tarik je cuma ada bubuh rempah juga tu yang rasa lain sikit yang uniknya gelasnya kecil sungguh macam gelas jepun je..hehe, selain dari itu ada juga menu lain seperti Aoukdh, fasolya, mogalgal, tebsi, shawerma dan hanith, mesti korang tak faham kan makanan ape tu,kami pun tak berapa reti jadi korang kena pergi sana dan tanya sendiri kat diaorang..hehe


Apa yang kami dapat katakan memang berbaloi makan dekat sini, kebanyakan yang datang orang arab juga mungkin student yang belajar dekat MMU kot, ada juga yang sanggup datang dari jauh semata-mata mengidam nak makan lagi kat sini, dulu kami pernah makan dekat Jordan dan Mesir, rasanya masakan  lebih kurang sama macam dekat sini juga,Ok lah Selamat mencuba..

P/S: Alamat Restoran Saba

Suite 4800, 0-2, Tingkat Bawah, Blok A1,
Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyberjaya
Selangor.
Cawangan kedua dekat Sri Maya, Setiawangsa.




Read more »

Bahaya Semasa Isi Minyak

Sunday, November 14, 2010
Salam Semua.. kami ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan perkara yang kita kena ambil berat semasa mengisi minyak.

  1. Matikan enjin kereta, rasanya ramai diantara kita bila nak isi minyak mesti akan matikan enjin dulu.
  2. Jangan merokok, yang ni lagi la ramai yang tak akan buat cuma pada orang yang nak mati cepat je.
  3. Jangan mengunakan handphone, yang ni ada yang terlupa atau buat-buat lupa.
  4. Jangan keluar masuk kereta semasa mengisi minyak, yang ni ramai yang tak tahu  apa kesannya. mari kita lihat video dibawah ini kesan dari melakukan perkara no 4.
Ini adalah berpunca dari eletrostatik cas, Kesilapan perempuan ini semasa isi minyak ialah dia duduk semula dalam kereta. macam mana ini boleh berlaku,mula-mula masa dia keluar dari kereta tu cas statik dari badan dia dah clear disebabkan dah di earthing masa dia pegang handle pump .
Tapi apabila dia masuk balik dalam kereta terus dapat balik cas statik tu sebab kereta dia masih ada cas statik (Tayar kereta telah menghalang cas statik kereta dari di earthing). 
kemudian selepas tu dia keluar terus pegang pump nozzle tu, semasa mengisi minyak akan menghasilkan cas statik juga, jadi apabila positif dan negatif cas statik bertemu ia akan menghasilkan percikan api atau spark yang kecil pada pump nozzle serta sisa petrol tersebut yang menyebabkan kebakaran itu boleh berlaku.
Nasib baiklah api itu tidak marak masuk dalam tangki minyak kalau tidak boleh mengakibatkan letupan yang kuat. Perkara ini sebenarnya sudah banyak kali berlaku tapi masih ada yang terlupa dan tidak mengambil peduli, nampak macam simple tapi boleh menyebabkan kematian, terutamanya bagi kaum perempuan yang suka masuk dalam kereta balik nak ambil sesuatu, 

Harap korang sentiasa beringat perkara-perkara kecil seperti ini, bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati.


P/S: selalu kami sampai je stesen minyak, mula-mula mesti hafal no pump tu(pump no 8, no 8, no 8) pastu pergi kat kaunter mesti nak usha atau tengok balik kat mana kereta kita padahal bole terus cakap je, korang pun mesti ada buat macam tu kan..hehe

Read more »

Gambar , Harga dan Spesifikasi Proton Inspira

Friday, November 12, 2010
Salam Semua, Akhirnya Proton Inspira telah dilancarkan, memang nampak cantik dan kukuh, tentu ramai yang meminatinya, Keluaran terbaru Proton kali ini nampaknya banyak pandang negatif dari positif. Apa-apa pun pendapat mereka itu hak masing-masing. Bagi kami dari segi harga dan mutu memang bagus dan terbaik dari keluaran proton sebelumnya cuma bentuk modelnya mirip dengan mitsubishi lancer itu yang menjadi bahan bualan hangat masyarakat. Mari kita lihat gambar dan spesifikasi Proton Inspira ini mana tahu kalau ada yang berkenan dihati.
 
Gambar Terbaru Proton Inspira








 Harga dan Spesifikasi Proton Inspira





Sila Klik Pada Imej untuk Detail

Read more »

Fakta Tentang Tubuh Kita

Thursday, November 11, 2010
Salam semua.. Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik makhluknya, Manusia memiliki akal fikiran yang membezakan kita dari yang lain, Tubuh kita juga telah dicipta dengan begitu indah dan sempurna, Sebagai manusia kita hendaklah mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Nya..Ini adalah fakta-fakta yang kita kadang-kadang tidak terfikir akan kehebatan yang ada pada tubuh kita.
  • Jantung berdegup 101 000 kali sehari. Selama seumur hidup kita akan berdegup sekitar 3 bilion kali
  • mulut kita menghasilkan 1 liter (1.8 liter) air liur sehari.
  • Kepala manusia mengandungi 22 tulang. Lebih pada kepala dan otak
  • Rata-rata, kita bernafas 23,000 kali sehari.
  • Pernafasan kita menghasilkan CO2 sekitar 0.6g perminit

  • Rata-rata kita boleh menahan nafas selama sekitar satu minit. Rekod dunia adalah 21 minit 29 saat, oleh David Merlini.
  • Rata-rata kita berbicara hampir 5.000 kata satu hari 
  • Jika jumlah air di dalam tubuh kita berkurang dengan hanya 1%, kita akan merasa haus.
  • Tidak mungkin untuk kita boleh bersin dengan mata yang terbuka pada waktu yang sama.
  • 55% orang akan menguap selepas lebih kurang 5 minit melihat orang lain menguap.
  • Seseorang boleh hidup tanpa makanan selama sebulan, tetapi hanya sekitar satu minggu tanpa air.
  • Kita akan minum sekitar 75.000 liter (20.000 galon) air dalam hidup kita.
  • Otot yang membolehkan kedipan mata kita adalah otot yang terpantas dalam tubuh kita. Hal ini membolehkan kita untuk berkelip 5 kali pada sesaat.
  • Rata-rata kita berkedip 15 000 kali sehari. Perempuan pula berkedip dua kali lebih banyak dari lelaki
  • Hati adalah organ yang terbesar didalam tubuh
  • Kuku jari tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku jari kaki.
  • Seorang bayi yang baru lahir dibahagian kepala menyumbang satu perempat daripada berat keseluruhannya.

  • Tulang di tubuh kita bukan berwarna putih ,ton warna sebenar dari warna krim sampai warna coklat muda.
  • Mata kita rata-rata ukuran yang sama sejak lahir.
  • Sekitar dua pertiga daripada berat badan seseorang adalah air. Darah 92% air, Otak adalah air 75% dan otot 75% air.
  • Kita sebenarnya tidak melihat dengan mata kita - kita melihat dengan otak kita. Mata pada dasarnya adalah kamera dari otak.
Read more »

Apa itu GPS ?

Wednesday, November 10, 2010
Salam Semua.. Pengunaan sistem GPS pada zaman sekarang memang berguna terutamanya di lautan, dengan adanya GPS kita akan menjumpai arah tuju destinasi dengan mudah dan pantas, selalunya jikalau kita hendak ke sesuatu tempat yang tidak pernah kita lawati atau pergi memang agak sukar untuk kita mencari jalan silap-silap boleh sesat dibuatnya, dengan adanya teknologi dari GPS ini dapatlah kita mencari tempat atau kawasan tersebut dengan mudah disamping itu penggunaan minyak dan wang ringgit dapat dijimatkan. di zaman sekarang ini banyak kegunaan GPS yang senang diperolehi contohnya di dalam handset, ada juga yang khas untuk pengunaan GPS sahaja seperti Garmin GPS untuk kenderaan, harga agak berpatutan lebih kurang harga handset sahaja, mari kita kaji serba sedikit apa itu GPS.

Apa itu GPS ?
  • Global Positioning System (GPS) adalah sistem navigasi berasaskan satelit yang terdiri daripada rangkaian 24 satelit ditempatkan ke dalam orbit oleh Jabatan Pertahanan AS.  
  • GPS awalnya ditujukan untuk aplikasi tentera, namun pada 1980-an, kerajaan membuat sistem yang sedia untuk kegunaan awam.  
  • GPS bekerja dalam keadaan cuaca, di mana sahaja di dunia, 24 jam sehari. Tidak ada biaya langganan atau kos setup untuk menggunakan GPS.

Bagaimana GPS berfungsi ?
  • Satelit GPS mengelilingi lingkaran bumi dua kali sehari dalam orbit yang sangat tepat dan menghantar maklumat isyarat ke bumi. 
  • GPS receiver memuat triangulasi maklumat dan digunakan untuk mengira lokasi yang tepat pengguna. Pada dasarnya, penerima GPS membandingkan masa isyarat yang dihantar oleh satelit dengan masa yang telah diterima. 
  • Perbezaan waktu memberitahu penerima GPS seberapa jauh satelit tersebut. Sekarang, dengan pengukuran jarak dari satelit lagi, penerima boleh menentukan kedudukan pengguna dan memaparkannya pada peta elektronik unit.

Seberapa tepatkah GPS ?
  • Hari ini GPS receiver sangat tepat, 12 Garmin's penerima saluran selari yang cepat untuk lock ke satelit ketika pertama kali dihidupkan dan mereka mempertahankan lock yang kuat
  • Faktor atmosfera tertentu dan sumber-sumber lain error boleh mempengaruhi ketepatan penerima GPS. Garmin ® GPS receiver tepat ke dalam lingkungan jarak15 meter.
  • Garmin GPS receiver dengan WAAS (Wide Area Augmentation System) berkemampuan dapat meningkatkan ketepatan untuk kurang dari tiga meter.
  • Tidak ada peralatan tambahan atau kos yang diperlukan untuk memanfaatkan WAAS. Pengguna juga boleh mendapatkan ketepatan yang lebih baik dengan pembezaan GPS (DGPS). 
  • US Coast Guard mengendalikan perkhidmatan DGPS pembetulan yang paling umum. Sistem ini terdiri daripada rangkaian menara yang menerima isyarat GPS dan menghantar isyarat disemak oleh pemancar.

 GPS Satelit Sistem
  • Satelit GPS pertama dilancarkan pada tahun 1978.
  • Sebuah konstelasi 24 satelit penuh dicapai pada tahun 1994.
  • Setiap satelit dibina dapat bertahan sekitar 10 tahun. Penggantian terus-menerus dibina dan dilancarkan ke orbit.
  •  Sebuah satelit GPS mempunyai berat sekitar 2.000 kilogram dan sekitar 17 kaki melintasi dengan panel suria dipanjangkan.
  •  Daya Transmitter hanya 50 watt atau kurang.

Jadi dengan adanya teknologi dari GPS ini kita dapat mengetahui tempat atau destinasi dituju dengan tepat bergantung pada maps yang kita ada dan di update, Jikalau ada duit lebih boleh la membelinya untuk kegunaan diwaktu kita ingin mencari jalan, kalau taknak juga boleh le berhenti kat balai polis dan tanya mereka..hehe.ini bergantung pada kepentingan pengunaannya pada individu tersebut.
Read more »

Tips Elak Kecurian di Rumah

Tuesday, November 9, 2010
Salam Semua.. Musim banjir dikedah semakin surut tapi dijangka di Perak pula akan mengalami nasib yang sama,mudah-mudahan tidak berlaku banjir seteruk di Kedah. Di musim banjir begini pun pencuri tidak melepaskan peluang, orang lain sibuk pindah pencuri sibuk nak pecah rumah, maklum le disekeliling tiada orang, baru-baru ini pun ada kejadian kecurian secara berkumpulan di kedah,nasib baik ada pasukan peronda teserempak dengan diaorang, sanggup diaorang lari dengan berenang menyusuri banjir, kalau lemas baru padan muka.

Dulu masa kami baru pindah, rumah kami pun pernah kena pecah, kawasan perumahan baru pula jiran pun tak ramai, masa tu kami balik kampung cuti seminggu, pulang je dari kampung ,kami buka pintu masuk rumah tengok TV LCD dah hilang ,apa lagi terus pergi check semua, habis dalam bilik bersepah, laptop dengan hard disk pun kena curi nasib baik takde tinggal barang kemas dengan duit, lepas tu kami check dari mana pencuri tu masuk, tengok-tengok kat tingkap dapur belakang dah kena umpil, yang lagi dahsyatnya dengan grill sekali pencuri tu cabut, ada banyak juga le barang lain yang hilang macam baju, minyak wangi hantaran pun hilang masa tu kami baru je sebulan kahwin, anggaran kerugian lebih dari 5 ribu..memang dugaan sungguh.

Kami buat laporan polis, polis pun hanya ambil gambar je diaorang tak boleh nak buat apa-apa pun, disebabkan pencuri itu masuk melalui dapur tangan mereka terkena sisa minyak masak ,polis kata cap jari tak boleh nak kesan, kami redha je la mungkin bukan rezeki kami yang penting keluarga kami selamat, selepas kejadian tu baru ada buat rukun tetangga, malam-malam akan ikut giliran berjaga secara berkumpulan, rumah kami pun disekeliling dah bina tembok pagar sebab dulu masih baru hanya guna pagar dawai hijau tu je.tingkap yang diorang pecahkan tu kami block buat dinding terus takde tingkap dah. Di sini kami ingin berkongsi Tips daripada PDRM yang dapat mengurangkan serta mengelakkan dari berlakunya kecurian di kawasan Rumah.


  • Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

  • Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

  • Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes ini berlaku di Dungun dan PJ).

  • Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

  • Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

  • Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

  • Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

  • Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

  • Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

  • Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikanjuga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satuextension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

  • Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

  • Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

  • Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

  • Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

  • Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

  • Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brandnew, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

  • Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

  • Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

  • Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

  • Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

  • Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Read more »

Tips Beli Handphone

Sunday, November 7, 2010
Salam Semua, handphone adalah satu benda yang amat penting pada zaman sekarang ini, boleh dikatakan tanpa handphone akan menyukarkan aktiviti seharian kita, Ada diantara kita terlalu terburu-buru ingin memiliki handphone tanpa menyelidik dahulu tahap kualiti yang ada pada handphone tersebut, jangan hanya melihat pada luaran sahaja dan terus membeli, kita seharusnya mengenal pasti ciri-ciri yang ada pada handphone tersebut. Apa yang perlu kita tahu sebelum dan semasa membeli handphone.





Sebelum membeli:
  • Kenalpasti lokasi pembelian yang meyakinkan.
  • Rancang perbelanjaan mengikut kemampuan.
  • Mencari maklumat dan mengenalpasti ciri-ciri telefon bimbit yang diingini.
Semasa membeli:
  1. Membuat tawar-menawar dan perbandingan harga terlebih dahulu.
  2. Jangan memberitahu bulat-bulat anggaran bajet korang. Buat anggaran.
  3. Fahami jaminan (warranty) yang diberi
    • Jenis jaminan (jaminan kedai atau pengeluar)
    • Tempoh jaminan
    • Jaminan meliputi:LCD, Speaker, Software, Bateri atau kesemua set lengkap
     
  4. Kenal pasti telefon tersebut samada set asli (original) / set AP
  5. Pastikan telefon bimbit dapat berfungsi dengan baik.
  6. Pastikan terdapat cop sirim, sticker ‘void', barcode dan tarikh dikilangkan.
  7. Periksa nombor  E-MEI yang terdapat pada jurujual dan telefon adalah sama.
  8. Jika korang sudah berpuashati, barulah korang membuat pembayaran.


Read more »

Spiderman Alain Robert Panjat Lagi

Saturday, November 6, 2010
Salam Semua.. Korang minat tak tengok cerita spiderman, kalau kita tengok aksi spiderman dalam wayang tu memang gempak dan licah,terloncat sana sini bukan main laju lagi, sebenarnya Spiderman bukan hanya di dalam wayang tapi memang benar-benar wujud, Spiderman Alain Robert memang dikenali diserata dunia kerana aksi merbahayanya memanjat bangunan-bangunan pencakar langit tanpa kebenaran, yang lagi mengerikan dia hanya memanjat bangunan-bangunan tinggi tanpa mengenakan apa-apa alatan memanjat atau keselamatan, berani betul dia ni tak gayat langsung, dah banyak kali ditangkap oleh pihak berkuasa tapi masih tidak serik lagi.

Baru-baru ini dia telah berjaya membuat aksi spiderman lagi dengan memanjat Singapore Flyer, Roda Ferris terbesar di dunia yang terletak di Marina Bay, Singapura. kali ini dia minta kebenaran dari pihak berkuasa tapi dengan syarat mesti mengenakan alatan keselamatan memanjat. Alain Robert berkata bahawa memanjat Singapore flyer tidak mencabar kerana adanya alatan keselamatan berbanding sebelum ini pengalaman dia memanjat Menara berkembar Petronas (KLCC), macam mana le dia boleh terlepas panjat KLCC ,rasanya pihak berkuasa Malaysia kena buat kawalan keselamatan yang lebih lagi terhadap KLCC.Jom kita tengok gambar-gambar bangunan yang telah di panjat sebelum ini.

Alain Robert Biodata
Name        ROBERT
First name    Alain
Nickname    Spiderman
D.o.b          August 7th1962
In                Digoin - SaĆ“ne-et-Loire Bourgogne (France) 
Nationality    French
Height          5ft5
Weight        105 lbs
            
Interests     Climbing
Sites         Cliffs, buildings
Occupation      Solo climber, Speaker
Qualifications     Climbing instructor
Marital status     Married, 3 childrens
            



Bukan sahaja memiliki skill tersendiri serta hobi yang pelik malahan dia juga mendapat pengiktirafan serta telah dianugerahkan lebih dari 10 awards.

Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever