Apa itu Kapal?

Wednesday, June 30, 2010
0 Usha KaMi
Ini Picture kapal Bunga Kelana 6 dekat sydney Australia..
Aku nak cerita sikit apa itu kapal.. korang just tau kapal jer apa yang ada atas kapal?
Kapal dagang selalunya saiz yang besar kapal tanker ni panjang lebih kurang 240 meter ,lebar 40 meter, tinggi 20 meter ,sebesar rumah apartment 5 tingkat, macam2 jenis kapal ada contoh kapal kontena, kapal bulk carrier , chemical tanker, LNG ,yang kapal aku naik ni Crude Oil Tanker bawa minyak petroleum.

 Ni picture atas Deck. kat sini ada banyak pipe line untuk minyak flow digunakan time cargo operations discharging dan loading. Untuk Deck Deparment sini la tempat kerja diaorang. So Kat kapal ni yang paling penting Safety, nak buat kerja mesti ada pakai lengkap dgn Protective Gear macam overall, glove,safety shoes.





Ni plak picture dalam Accomodation, korang mesti ingat dalam kapal kecik je tido kongsi2, kami ni kapal dagang ,memang besar ,sorang satu bilik tak kongsi ler,dalam bilik ada bili air,sofa,katil single bed,almari, meja tulis kira lengkap ler juge. Picture kiri tu lounge kitaorang tempat riadah tengok t.v ke Karaoke ke, Picture kanan adalah Galley tempat cook masak,besar kan kalah dapur rumah kita..dalam accomodation juge ada office room,mess room tempat makan, pantry,Gymnasium,Bridge tempat navigate Kapal dan Surau ,nak ingatkan pada semua yg masih ade pemikiran org tua dulu,cakap jer orang kapal mesti ingat benda jahat, kalau dulu mungkin la kot tapi sekarang tak macam dulu, da canggih dan befikiran ,kat sini memang tempat bekerja jer, harap jgn salah tafsir, aku tgk surau tu pun separuh kapal gak pegi, Lagi satu orang kapal lagi sayangkan family diorang yang aku usha ler. kalau nak ikutkan berita sekarang orang yang kat darat lagi teruk.rogol ler,samun ler,bunuh ler..mmm dunia akhir zaman makin tak selamat plak. Berdoa ler dari dijauhkan sebarang musibah.Amin.



Last skali picture Dalam Engine kapal plak. tgk gambar macam kecik jer, engine ni lagi besar dari orang. Ada banyak lagi bahagian machinery tapi aku dapat upload ni je ler. Kat Dalam Engine ni tempat Engine Department kerja plak. so total Kapal ni lebih kurang 30 org semua, berbagai bangsa dan kaum, Skang ni ramai Seaferers dari India and Filipino je, Malaysian Seaferers banyak da blah.

So itu je ler dapat crite skit pasal kapal dari my true experience.. K, Bon Voyage.
Read more »

Darah PALESTIN

0 Usha KaMi







Assalamuailaikum..


Slm ukhwah,slm mahabbah dan slm jihad buat shbt2 yg drahmati Allah sekalian.lama sungguh xupdate blog sy ni.cukup sebulan! Kesibukan bekerja ketika cuti sem ditambah dengan PRK lepas mula sem buatkn masa nak buka blog pun terbatas.Dalam masa itu,banyak peristiwa yg berlaku.1peristiwa yg masih lg panas yg baru nak suam ialah isu Palestin. Hampir 1300 orang gugur shahid.DARAH ibu,bapa,abang,kakak dan adik kita tidak pernah kering menitis di Palestin.Ketika ini kita pula hanya menggeleng kepala bersetuju dgn pandangan lemah pemimpin kedua negara yg menyatakan'Israel sudah melampau, hanya Amerika mampu menghalang Israel'. Itupun selepas mendapat tentangan hebat dari rakyat Malaysia, baru bertindak membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan Arab untuk Palestin. Tetapi ingin sy bangkitkan disini, dimanakah kita wahai saudara sedarah rakyat Palestin? Kita jangan lagi berdiam diri.Mungkin sekarang Israel berhenti menyerang,tetapi mungkin selepas genap sebulan Obama menjadi Presiden Amerika, mereka akan menyerang kembali."Apa yg kita boleh buat? Kita di Malaysia.Jauh sangat dgn Palestin" ayat2 biasa dari orang yg xsayang Palestin.Ketika demo dibuat bagi menyatakan bantahan keatas penyerangan Palestin,golongan ini xturun padang tapi bila ada konsert AF mereka berada di tempat penonton depan sekali.ketika duit sumbangan derma ke Palestin disalurkan mereka menyatakan keengganan menderma kerana bimbang duit sumbangan xsampai ke Palestin tetapi bila undian SMS Geng Starz hantar msg banyak kali tanpa mengira duit yg keluar. Ketika doa utk Palestin di tagih, golongan ini madah berhelah, tiba-tiba selesai sahaja solat lantas bangun tanpa membaca doa utk Palestin atas alasan xde masa.Ketika Qunut Nazilah di baca,golongan ini memaki,mengutuk tok iman sebab buat solat lama sangat. Ketika laungan 'Boikot Israel' dilaungkan golongan yang sama juga menyatkan Xnak boikot barangan Israel sebab dah biasa makan,minum,pakai dan guna produk Israel dan U.S.


Si Mahasiswa pula sibuk belajar sampai tidak tahu perkembangan di Palestin. Tidak berani menyatakan ketidakpuasan hati kepada Israel kerana mereka ada kepentingan dalam U.Takut dilabel pembangkang walaupun yg di bangkang perkara betul. MasyaAllah! Bagaimanakah hati insan-insan ini? Tanpa memikir keadaan saudara di Palestin. Bangkitlah wahai shbt2.. Bersama kita berdoa dan solat hajat bagi keamanan Palestin dan kemenangan Islam.Moga kita dijauhkan dengan sifat yg sy nyatakan tadi..


BERSAMA BERJIHAD DEMI ALLAH UNTUK MANUSIA..


Dicatat oleh MukhLiS di 19:16
Label: Da'wah
 
 
 
SPONSOR BY MUJAHIDIN MUKHLIS BLOG
Read more »

Usha Drama She Wolf

0 Usha KaMi










SINOPSIS


  • Drama bersiri selama 60 episod ini mengisahkan tentang Lyka, seorang gadis jelita yang memulakan kerjayanya sebagai pembantu peribadi kepada pereka fesyen yang tersohor, Lady Elle. Noah ialah seorang Leftenan yang bijak dan mahir dalam peperangan. Noah menjalani misi penyamaran sebagai pengawal peribadi kepada Lady Elle untuk menyiasat operasi House of Elle dan organisasi gelap ‘Waya’.


  • Lyka dan Noah telah bertemu dan jatuh cinta. Namun, takdir mereka bakal memisahkan dua hati muda yang tulus ini. Sebenarnya, Lyka berasal daripada keturunan serigala jadian dan dia akan mengalami transformasi menjelang hari jadi yang ke 21. Malah, Lyka juga perlu akur kepada takdir dan amanat dari keturunannya yang menuntut Lyka sebagai pengawal dan penyelamat kepada keturunan serigala jadian. Noah pula terpaksa menyertai organisasi Luna dalam pelaksanaan misi menghapuskan serigala jadian.


  • Adakah Lyka dan Noah akan meneruskan percintaan mereka meskipun pelbagai rahsia, pengkhianatan dan kejahatan yang menyelubungi mereka? Sampai bilakah mereka sanggup menghadapi takdir yang ingin memisahkan mereka? Ikuti Telenovela ‘She -Wolf the Last Sentinel’ mulai 23 Mac 2010, setiap Isnin hingga Khamis, 3.00 petang di TV3.


ULASAN


  • Ekoran sambutan yang luar biasa di Filipina, “SHE – WOLF” telah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Piolo Pascual) di Star Awards for Television 2008. “SHE – WOLF” juga dipilih sebagai program TV yang paling digemari di Anugerah Anak TV Seal 2008 dan dinobatkan Drama Bersiri Terbaik di Anugerah Gawad Tanglaw 2008. Selain itu, “SHE – WOLF” juga terpilih sebagai Telenovela Terbaik di Festival BANFF World Televisyen 2009 yang merupakan satu-satunya pencalonan drama bersiri dari Filipina yang bertanding dengan 800 pencalonan dari 29 buah negara lain.


PERSAMAAN


  • Drama ini telah memenangi award.. dan drama ini juga mempunyai banyak persamaan dengan drama terkenal korea Forbidden Love. Untuk korang menilai sendiri persamaan drama ini korang boleh baca synopsis drama Forbidden Love






SPONSOR BY PEREKA CERITA BLOG







Read more »

Tips Pemakanan Bakal Mama

0 Usha KaMi
Diet sihat seimbang adalah penting untuk tubuh  terutama pada mama ngan baby.
Semua makanan yg dimakan oleh mama adalah untuk baby juga.
Bahan yang anda simpan sebelum kehamilan juga adalah untuk baby.




Antara Zat makanan yg penting adalah:

a)Asid Folik
-adalah salah satu unsur drpada vitamin B mmbantu mgelak kecacatan saraf tunjang(NTD) seperti spina ifida pada bayi yg belum lahir.
-pemakan asid folik seawal 6 minggu usia kandungan agar peringkat pertumbuhan organ2 bayi berlaku

b)Zat Besi
-zat besi amat penting bg membantu sel2 darah merah dlm badan manusia & mencegah anemia
-makanan kaya dgn zat besi seperti daging merah,hati,limpa,ikan bilis,tauhu,tempe
-wanita boleh mendapat bahan ini melalui vitamin tambahan

c)Kalsium
-boleh didapati dari sumber susu ,marjerin, keju
-kalsium tambahan perlu diambil oleh bakal ibuuntuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi

d)DHA
-berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak baby sejak dalam kandungan lagi.
-sumber vitamin ini dapat diberi kepada baby melalui susu badan, susu yg diperkaya dgn DHA dalam bentuk omega 3,6 , 9 dan juge mengambil vitamin tambah sebelum hamil untuk ibu2.

Risiko kurang asid folik & zat besi
  1. Bayi kurang berat
  2. ibu lebih letih, pitam tumpah darah sewaktu hamil
  3. kekurangan kalsium boleh berlaku tulang rapuh , pembentukan tulang dan gigi baby pun terjejas
Read more »

Ikan Kelisa kaMi

Tuesday, June 29, 2010
6 Usha KaMi



  • Ini lah Our Pets.. Ikan kelisa ni kami beli kat Jalan Pudu,K.L.. kat sana murah2 jer ikan.. Nama Ikan kelisa kami ni Red Wings, dia ni jenis Kalimantan Red.. dilahirkan pada 10 April 2010,( hoho tarikh beli )
Dulu masa first bela baru dalam 6 cm je, da pas 3 bulan 15 cm panjang, bayangkan kalau setahun ,mesti syok jer tgk ikan ni besar, then bila besar warnanya akan betukar silver gold skit,pastu sirip ngn ekor warna merah..
Kami campurkan ngan Ikan kelah, lampam, badaraya ngn ikan jelawat. selalu kna belasah ngan Red Wings tapi diaorang jenis ikan laju,baik punya cilok.. 



  • Makanan Red Wings ni ulat kecil, anak ikan, cengkerik, lipan, katak, Kami selalu beli ulat kecil ngn anak ikan jer kebetulan kedai ikan dekat je ngan rumah so tkde masalah le nk supply makanan, sampai tauke kedai pun da kenal kami. Ikan Kelisa kuat makan juga, sebulan mau 30 ringgit gak mkanan dia jer.. 
Air tukar sebulan sekali jer, banding ngan ikan hiasan lain cepat kotor air aquarium tu maybe bagi dedak ikan kot tapi ikan kelisa jernih jer lagi tak susah kerja..

  • Kami beli dulu dekat 300, kecik je tu,kira mahal dah belum lagi korang beli yang super red ker, golden malaysia ker anak kelisa jer dkt seribu lbh siap dlm badan ada cip lg..So skang Red Wings tengah membesar kalau da besar nanti harga bole beribu gak tu kayo den hehe..
Anyway duk umah sambil tgk ikan kelisa kami berenang dalam aquarium, letak dekat ruang tamu plak bole leka di buatnya lebih2 lagi time bg Red wings makan pergh.. macam buaya sikit punya besar mulut dia..ucapan Kami pada Red Wings Membesar cepatlah wahai Red Wings..Ala ulat da abis kena beli lagi huhu.
Read more »

Bendi SeBesar Terung

Monday, June 28, 2010
5 Usha KaMi


Inilah Kebun Bendi mini kami.. da 3 bulan bercucuk tanam,akhirnya besar semua pokok bendi ni, bole la wat mkn satu family tk payah nak beli kt pasar lg..






Amacam besar tak bendi kami dekat2 besar terung panjang juge ler ,jiran pun duk tanya awat besar sgt , sebenarnya kami beli baja bunga ,tauke kedai tu suruh buh secubit je dkat keliling pokok tu,yang aku tabur mcm bg makan ayam plak,jd le gemuk2 bendi kami..heheheh,








Yang ni picture kacang bendi da tua,korang just amik kacang tu then taburkan jer,senang nk tumbuh,sng nk jaga..






Ini lah hasil nya..banyak tak,sepinggan mau dua ringgit tue kan da jimat..hehe. sedap masak ngn kari kepala ikan, amboi teliur nampak.

Read more »

10 Pemain Bola KacaK diDunia

Friday, June 25, 2010
12 Usha KaMi


  • 10 ) Cristiano Ronaldo,   mulut besar rupanya..
  • 9) Francesc Fabregas,  Bole menyanyi  lagu keroncong..


  • 8) Thienrry Henry,  senyuman menawan sesuai utk iklan gigi..
  • 7) Fabio Cannavaro , abg Botak pandai kawad..
  • 6) Joe Cole, mcm Macho..

  • 5) Lionel Messi , Low profile jer..
  • 4) Michael Ballack , Muka ganas tp hensem..
  • 3) Rafael Van Der Varart, Cool jer..
  • 2) Frank Lampard , Pandai Begaya
  • 1) David Beckham , Igauan wanita..








  • 0) DrogBas ,ni sebenarnya yang paling KacaK bole Angau dibuatnya..ngeh ngeh ngeh..




Read more »

10 Stadium Tebesar diDunia

2 Usha KaMi
  • 1. Rungnado May Day Stadium kat Pyongang, North Korea
  • Capacity 150 000 orang ..Ni paling besar kat Dunia ,kalau masuk bole sesat juga ni.

  • 2. Salt Lake Stadium kat West Bengal, India
  • Capacity 120 000 orang

  • 3. Estadio Azteca Stadium kat Mexico City, Mexico
  • Capacity 105 000 orang

  • 4. Michigan Stadium kat Ann Arbor,Michigan
  • Capacity 106 201 orang

  • 5. Beaver Stadium kat University Park, Pennysylvania
  • Capacity 107 282 orang

  • 6. Jornalista Mario Filho kat Rio De Janeiro, Brazil
  • Capacity 82 238 orang

  • 7. Ohio Stadium kat Columbus
  • Capacity 102 309 orang

  • 8. Neyland Stadium kat knoxville, Tennessee
  • Capacity 104 079 orang


  • 9. National Stadium Bukit Jalil kat sini ler...hehe
  • Capacity  87 411 orang.... Jangan korang tak tau Stadium kita pun TOP 10 Dunia.


  • 10. Melbourne Cricket Ground kat Australia
  • Capacity 100 000 orang
Read more »

Jenis2 World Cup Ball

Thursday, June 24, 2010
1 Usha KaMi
  • Telstar Tahun 1970


  • Telstardurlast Tahun 1974


  • Tango Durlast Tahun 1978


  • Tango Espana Tahun 1982


  • Azteca  Tahun 1986

  • Etrusco Tahun 1990

  • Questra Tahun 1994

  • Tricolore Tahun 1998

 
  • Fevernova2 Tahun 2002
 
  • Teamgeis Tahun 2006

  • Jabulani Tahun 2010






  •  Bola Kertas ni Tahun Depan kot..hehe..
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever