M.Rajoli Telah Meninggal Dunia
Posted by
LiFe KaMi
Saturday, September 18, 2010
Marilah kita menyedekahkan Al- Fatihah kepada Allahyarham M.Rajoli yang telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1045 malam tadi, 17hb Sep 2010. Semoga Rohnya ditempatkan diantara golongan yang beriman.Amin..
PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.
Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.
M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.
Sumber: mStar
Berdengkur
Posted by
LiFe KaMi
Thursday, September 16, 2010
Salam Semua.. Pernah tak kita tidur atau mendengar orang lain berdengkur, kalau kita berdengkur memang takde hal punya tapi kalau orang lain berdengkur, rasa macam nak ambil air sebaldi curah pada sipendengkur tu, nak taknak sabar je lar, tutup la telinga dengan bantal ,esok pagi mata pun bengkak tak dapat tidur lena..
Kali ini kami ingin berkongsi tentang berdengkur secara ringkas dari web Kementerian Kesihatan Malaysia:.
Istilah Berdengkur
Ialah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.
Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Sebab-sebab Berdengkur
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas.
- Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.
- Tisu tekak yang besar dan tebal.
- Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.
- Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
- Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan tersekat.
- Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran.
- Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.
Tips Untuk kurangkan Berdengkur
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
- Kurangkan pengambilan ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
- Elak pengambilan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Jadi selepas ini boleh lah kita mengurangkan sedikit kekerapan kita (jika rasa-rasa berdengkur) dan orang lain yang berdengkur ,supaya kita dapat tidur lena dan bangun pagi dengan ceria, nak senang lagi tidur bilik asing habis cerita kalau tak sumbat je telinga tu dengan kapas..hehe
Ladang Gadong Ladang Maut
Posted by
LiFe KaMi
Wednesday, September 15, 2010
Kes pembunuhan Sosilawati telah merungkaikan dan membocorkan semua rahsia disebalik Ladang Gadong.. Ladang yang dimiliki oleh Datuk tersebut menyimpan kesemua kegiatan jenayahnya yang sebelum ini tidak diketahui umum..
Memang pandai mereka berselindung disebalik perusahaan ladang sawit dan ternakan , padahal mereka dah melakukan banyak kegiatan jenayah disitu, Kawasan ladang yang terpencil ,dikelilingi dengan tembok, dikawal rapi sudah cukup menyukarkan orang lain untuk masuk kesana, Memang mereka bukan penjenayah sebarangan, dah tahap mafia dan gangster, tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya mereka semua ditangkap juga.
KUALA LUMPUR: Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.
“Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun.
“Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting.
“Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal.
“Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang,” katanya.
Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting.
Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah.
“Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan.
“Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan,” katanya.
Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia.
“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.
Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan.
“Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu.
“Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting.
“Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal.
“Saya bimbang keselamatan suami lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas sehingga sekarang,” katanya.
Muthuraja antara empat individu yang hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting.
Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah.
“Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan.
“Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan,” katanya.
Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia.
“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan suami menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.
Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan laporan Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib seperti Sosilawati dan rakan.
“Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu.
“Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka.
“Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan,” katanya.
“Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Jiran Bunuh Ustazah
Posted by
LiFe KaMi
Kisah yang berlaku pada 2 September lalu, betul membuat kami terasa begitu sedih, Kes Seorang ustazah serta anaknya yang mati lemas setelah diikat oleh perompak yang tidak berhati perut.. Mereka hanya insan yang lemah tidak berdaya, kenapa perompak itu sanggup melakukan perkara sebegitu, kami mengharapkan supaya perompak itu mendapat balasannya.
Selepas beberapa hari kemudian ade berita keluar yang menyatakan perompak itu ditangkap,Allah Maha Kuasa, ingatkan perompak mana lah rupanya jiran sebelah je, Masyalah bukan banyak mana pun yang dia dapat hanya 2 ribu lebih jer itu pun nak bayar hutang takkan la sampai takde akal memusnahkan hidup orang lain, Manusia jenis apakah dia ini..Al Fatihah kepada kedua-dua arwah semoga roh mereka ditempatkan diantara golongan beriman..Amin..
SEREMBAN - Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.
Jirannya itu, seorang lelaki berumur 34 tahun, dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.
Suspek yang telah 12 hari direman sejak 6 September lalu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.
"Jiran mangsa dipercayai menghadapi masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama.
"Hasil samun terhadap mangsa kesemuanya berjumlah RM2,800. Suspek telah menggunakan untuk membuat bayaran hutang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.
Sumber: Kosmo
Gambar Lokasi Pembunuhan Sosilawati
Posted by
LiFe KaMi
Tuesday, September 14, 2010
Gambar lokasi kejadian sekitar Ladang Gadong, Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai diBunuh dan diBakar :
Gambar Sungai Panchau lokasi dimana seorang suspek lelaki dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan abu mayat bersama barang peribadi mangsa bagi tujuan menghapuskan bahan bukti.
Pasukan penyelam Polis Marin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut.
Gambar beberapa anggota Unit Forensik sedang meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau dipercayai tulang Sosilawati dan tiga lagi individu.
Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.
Polis turut mengadakan sekatan jalan ke Ladang Gadong dijalan Gadong ,Tanjung Sepat kira-kira 1 kilometer dari jalan raya itu.
Datuk K. Patmanaban Bunuh Sosilawati?
Posted by
LiFe KaMi
Monday, September 13, 2010
Sekarang kebanyakkan kes jenayah yang kejam orang kaya-kaya yang buat, tak cukup dengan harta yang berjuta-juta tapi masih tamak ingin mengejar kekayaan lagi. Seorang peguam yang begelar Datuk K.Patmanaban telah disyaki dalang disebalik kejadian pembunuhan Sosilawati., Sekarang semua suspek telah ditahan polis, kita tunggulah keputusan perbicaraan kes ini ,Biar lah mereka yang melakukan kes Bunuh ini dihukum dengan setimpal.
Empat suspek ditahan reman
KUALA LUMPUR 12 Sept. – Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu.
Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat.
Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.
Semalam misteri kehilangan jutawan kosmetik, Sosilawati, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.
Mingguan Malaysia semalam melaporkan, misteri kehilangan keempat-empat mangsa itu hampir terungkai dengan tertangkapnya lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut kelmarin di sekitar daerah ini.
Hasil siasatan ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong di Banting, Selangor.
Sumber:Utusan
Peguam ada harta luar biasa
BANTING - Pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki amat mengejutkan negara kerana kejadian itu turut menyaksi seorang peguam, Datuk K. Patmanaban, 41, yang dikenali ramai di daerah ini ditahan bagi membantu siasatan.
Peguam dari firma Pathmanalli & Partners beralamat di Jalan Kemboja, 33 Off Jalan Sultan Ahmad Shah di sini telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, Datuk itu dipercayai memiliki harta yang luar biasa dan siasatan akan dilakukan secara rapi termasuk menyelidik akaun bank milik peguam itu.
"Kita akan semak akaun Datuk itu dan sedang fikirkan keperluan untuk membekukan asetnya," kata beliau.
Bagaimanapun, katanya, peguam itu tiada rekod jenayah.
Sumber: Kosmo
Subscribe to:
Posts (Atom)



















































