Tips Hilangkan Mengantuk

Monday, January 31, 2011
41 Usha KaMi
Salam.. Korang ngantuk ke, rilek ler awal lagi ni..:) mengantuk memang boleh tapi bergantung pada keadaan dan tempat kalau korang kerja takkan nak ngantuk silap-silap ada yang kena buang kerja, sama juga ketika kita memandu kalau tertido boleh merbahayakan diri sendiri dan orang lain, nampaknya perkara ini kita kena ambil berat. Mari kita lihat cara-cara bagaimana nak hilangkan mengantuk.

 1) Baca potongan Ayat Qursi
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
maknanya: "DIA (ALLAH) TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR"
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca
Ayat Qursi sebanyak 3 kali sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan kita ditambah
dengan ayat
"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA'
WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3 kali


2) Berhenti / Berehat
  • Berhenti le sebentar ,rehat dulu ambil nafas, cuci muka, kalau dah masuk waktu solat pergi la bersembahyang dulu, air wuduk tu dapat menyegarkan kita.


3) Makan / Minum
  • Makan atau minum apa yang patut, kalau dalam kereta senang la kan,kalau kat tempat kerja kunyah la apa yang patut bagi tak nampak. Selalunya ramai diantaranya menghisap rokok dulu lebih-lebih lagi masa memandu, elok elakkan lah hisap rokok tu yer tau-tau je la kan, ayat biasa korang dengar rokok merbahayakan kesihatan.
  

4) Bersembang / Berlawak
  •  Kalau semasa memandu korang buat-buatlah bersembang dengan kawan sebelah tu, cerita le apa-apa pun, kalau bole buat lawak sikit baru rasa cergas jer.
 
 
5) Zikir / Muzik
  • Pasang la ayat-ayat zikir ke, lagu nasyid ke, lagu mat saleh ke,apa-apa yang boleh menghilangkan sunyi terutamanya dalam kenderaan.
 
 
6) Kesakitan
  • Buat diri korang rasa sakit, sakit sikit je le jangan sampai luka pula, contohnya cubit peha ke, tampar pipi ke tak pun tarik bulu hidung, perghh yang ni boleh berair mata dibuatnya..hehe

Read more »

Tips Penampilan Diri Yang Menarik

Saturday, January 29, 2011
67 Usha KaMi
Salam..Kali ini kita kami ingin berkongsi tips tentang bagaimana ingin memberi penampilan diri yang menarik, Penampilan diri ini penting serta memberi kesan yang besar terhadap hidup kita,apabila kita bertemu dengan sesiapa ,pertama sekali kita boleh melihat dari segi gaya penampilan seseorang itu samada dia ni pengotor ke, seorang yang cermat ke,bertanggungjawab ke. Jadi apakah yang boleh memberi nilai positif kepada orang lain terhadap penampilan kita,tentu sekali kita hendak orang melihat kita dari segi positif, Diantaranya adalah.

Jenis Pakaian
  • Pakaian seharusnya mengikut kesesuaian kawasan dan persekitaran, contohnya baju sukan,baju batik , kot, seluar , baju kurung dan lain-lain.jangan terlalu banyak corak atau gambar pada pakaian kita. biar nampak simple dan cool jer.

Keadaan Pakaian
  • Pakaian hendaklah sentiasa dan keadaan kemas dan bersih, kalau kita pakai kemeja hendaklah digosok supaya tidak berkedut.saiz baju atau seluar mesti lah bersesuaian, jangan terlalu besar atau ketat, nanti seksa dibuatnya.

Warna Pakaian
  • Pakailah warna yang kurang menonjol dan bersesuaian dengan persekitaran, jangan pakai warna pakaian yang terlalu kontra seperti baju pink seluar hijau dah macam bangla la plak.

Wangian
  • Semburlah sedikit pewangi untuk menarik rasa orang untuk mendekati kita,jangan terlalu banyak memakainya , Pakaian pula hendaklah sentiasa dibasuh supaya tiada kesan degil atau bau yang kurang menyenangkan.

Gaya Rambut atau Tudung
  • Gaya rambut kita juga akan menunjukkan ciri sebenar orang tersebut,adakah dia ini jenis selekeh atau kemas, garang atau lembut . jikalau memakai tudung pilih la warna yang sepadan dengan pakaian kita, jangan tudung warna merah baju kurung warna biru kan dah nampak lain tu.selalunya tudung eloklah lebih gelap warnanya dari pakaian,buatlah gaya tudung yang berlainan sedikit contohnya macam yuna.

Kasut atau Sandal

  • Pakailah warna dan gaya kasut yang sesuai dengan tempat kita tuju contohnya dimajlis kahwin elok lah pakai kasut, pergi pasar malam pakai selipar pun dah boleh, keadaan kasut yang bersih dan kemas juga menunjukkan ciri seseorang itu.

 Aksesori
  • untuk lihat lebih eksekutif dan bergaya  ,pakailah jam tangan dari sini boleh menunjukkan yang seseorang itu mengambil berat terhadap masa. Jangan terlalu banyak aksesori sehingga kelihatan serabut, barang-barang kemas hendaklah berpada-pada tidak terlalu menonjol sehingga membuatkan ada mata-mata liar yang berkenan dengan barang kemas kita.

Kesihatan Diri
  • Pastikan kuku kita sentiasa dipotong ,tidak terlalu panjang dan kelihatan kotor, kalau ada pencuci muka tu cuci la sikit muka tu supaya tak nampak kesan berminyak , make up yang tidak terlalu tebal, jagalah kesihatan diri agar sentiasa kelihatan cergas dan bertenaga.

Ini adalah antara faktor-faktor untuk kelihatan diri kita menarik dipandangan mata orang, untuk menambahkan lagi terserlahnya penampilan diri yang menarik adalah dengan memberi senyuman, selalulah sedekahkan senyuman barulah orang akan merasa senang mendekati diri kita.
    Read more »

    Tips Elak Facebook Dicerobohi

    Thursday, January 27, 2011
    75 Usha KaMi
    Salam... Ramai diantara kita mempunyai akaun facebook, boleh dikatakan tidak kira budak-budak, orang muda, orang tua semuanya mempunyai akaun facebook, Facebook pada masa sekarang ini cukup popular dari laman web yang lain, iklan-iklan ,artis ,promosi semuanya menggunakan facebook untuk tujuan tertentu, sekarang ni pun MHI (Malaysia Hari Ini) dah mula mengulas sesuatu isu melalui Facebook dengan kita boleh terus memberi pendapat kita disitu.

    Masalah dari segi negatifnya akaun kita boleh dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, menggunakan akaun kita untuk memburukkan kita, membuatkan rumah tangga porak peranda, putus cinta, ,gambar-gambar digunakan untuk tujuan yang salah, penipuan wang, kes pecah rumah, penculikan dan lain-lain lagi,
    Bagaimana benda sebegini boleh terjadi, ada diantara kita yang tidak mengambil berat tentang keselamatan maklumat peribadi yang mungkin boleh mendatangkan keburukkan kepada kita. disini kita hendaklah mengambil langkah pencegahan yang betul supaya akaun facebook kita tidak mudah dicerobohi dan maklumat peribadi kita dapat dikawal,diantara langkah-langkah pencegahannya adalah..


    • Kawal security setting kita, hanya benarkan friends sahaja yang boleh melihat maklumat diri dan gambar-gambar kita.
    • Jangan berkongsi atau memberitahu password akaun Facebook kita kepada orang lain termasuklah kawan-kawan, adik-beradik atau pun kekasih hati.
    • Jangan letakkan email, nombor telefon dan alamat rumah kita.
    • Jangan terima rakan facebook yang tidak dikenali, hanya yang memang kenali atau yang kita percaya sahaja yang confirm menjadi salah seorang friends kita.
    • Gunakan password yang kuat dan kerap kali lah bertukar password yang berlainan.
    • Pilih gambar yang betul-betul sesuai untuk di upload kedalam album facebook kita.
    • Berfikir dahulu sebelum hendak klik apa-apa link yang di post di dalam facebook kita
    • Block member yang kita rasa tidak selamat akan maklumat yang ada di dalam facebook kita
    • Pastikan kita telah benar-benar log out akaun facebook kita terutamanya apabila kita menggunakan komputer awam atau public.

    Diharapkan Tips ini dapat memberi sedikit info kepada kita bersama. Janganlah kita terlalu leka dan lalai bermain facebook ini sehingga melupakan tugas dan tanggungjawab di dalam kehidupan seharian kita.
    Read more »

    Tips Tukar Disqus Komen ke Blogger Komen

    Tuesday, January 25, 2011
    67 Usha KaMi
    Salam.. Setelah lama kami mencuba bagaimana cara nak menukarkan disqus komen kembali kepada blogger komen akhirnya kami berjaya juga, Ini disebabkan ramai yang telah komen berkenaan Loading disqus komen yang lambat dan kadang-kadang tak boleh nak komen langsung.

    Kami pun dapat merasakannya pada loading page untuk blog kami pun agak lembab sikit,ingat nak buang lama dah tapi sayang pula dengan komen-komen yang dulu nanti akan hilang semua pula tapi sekarang semua dah settle, komen lama masih ada cuma still pakai disqus dan yang baru semua akan guna blogger komen , Jadi kami ingin berkongsi tips kepada pengguna Disqus yang rasa nak tukar kepada blogger komen semula boleh refer cara dibawah.


    1. Korang klik Admin
    2. Select Tools
    3. Select import/export
    4. Select Blogger




    1. Pastu Klik kat Enable to jadikan ia Disable
    2. Kemudian klik perkataan click here to resync remaining comments 
    3. Tunggu sampai semua komen dipindahkan ke akaun blogger korang
    lama juga proses menunggu ni ikut pada banyak mana komen korang la, lepas tu dekat Blogger pun kena setting juga.





    • Masuk akaun blogger korang
    • Klik Setting
    • Select Anyone pada Who Can Comment
    • Disebabkan kami menggunakan Template lain selain blogger jadi Profile picture takde ,jadi kami setting Pop-up Window pada Comment Form Placement supaya balik pada asal
    • Akhir sekali select New post have comment pada Comments default for post. 
    • Sekarang dah siap pun, Selamat mencuba..:)
    Read more »

    JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

    Sunday, January 23, 2011
    31 Usha KaMi
    Salam Semua, Pagi Ahad ni takde benda nak buat, seronok juga kalau kita bersantai-santai, jadi kami ingin bersantai dengan bro Ben Ashaari ni dengan menyertai segmen Header blog best, header tak cantik mana pun saja je nak try test..:)
    cara untuk sertainya adalah..

    1. Letak header BLOG BEN ASHAARI 
    2. Tajuk : JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini .. 
    3. Sila lengkapkan
      • Sapa yang buat header tersebut
        Kami
      • Perisian yang digunakan
         Photoshop
      • Maksud header tersebut
        Ketenangan hidup seperti ketenangan pemandangan pantai yang indah..:)
      • Jangkamasa yang diambil buat header itu 
        1 Jam 14 minit masa tu sempat tgk jam hehe
      • Header blog lain yang anda suka tengok 
        Header blog Ben Ashaari ler,,ada makna tu..hehe
    4. Tinggalkan url entri korang tu di ruangan komen blog Ben Ashaari
    Tarikh tutup : ( 5 PETANG : 23/1/2011 )
    Read more »

    Tips Kawal Perbelanjaan

    Thursday, January 20, 2011
    Salam Semua.. Ramai diantara kita merungut kekurangan duit untuk membeli atau membayar sesuatu, faktor utama yang menyebabkan berlakunya perkara seperti itu adalah disebabkan kita berbelanja melebihi kemampuan kita, contohnya kita mampu untuk beli kereta Proton Inspira tapi apabila dikaji balik kalau kita beli Myvi pun dah cukup, memang bersesuaian dengan keperluan kita dan duit lebihan dari perbandingan harga tersebut boleh dibelanjakan untuk tujuan lain, Di sini disebabkan kita minat akhirnya duit kita hanya cukup-cukup makan je dan apabila terjadinya sesuatu dan kita terdesak memerlukan duit mulalah tidak cukup dan berhutang. Di sini ada beberapa tips untuk mengawal perbelanjaan yang dapat kita kongsi bersama.

    Masa Hadapan
    • Berbelanjalah kurang dari pendapatan bulanan kita, selebihnya eloklah disimpan untuk kegunaan masa hadapan. walaupun sedikit jumlah kita simpan, lama-lama akan banyak juga dan pada masa tu lah kita akan rasa puas dengan hasil simpanan kita selama ini.
    Dibawah Kemampuan
    • Belilah barang yang kita benar-benar mampu untuk membayarnya, kalau boleh bayar secara tunai, tidaklah akan membebankan kita untuk memikirkan hutang bulanan yang harus dibayar, kalau terlambat bayar interest pun naik, kan dah menambahkan hutang.
    • Yang lebih elok walaupun kita mampu tapi kita berbelanjalah dibawah kemampuan kita.
    Keperluan
    • Utamakan beli sesuatu berdasarkan keperluan bukannya kehendak contohnya dah ada handset Nokia N97 masih elok tapi nak tukar beli Samsung Galaxy disebabkan application yang lebih canggih, kan dah kira membazir, sebenarnya lama-lama akan bosan juga menggunakannya selepas tu tukar lagi.
      Anggaran Perbelanjaan
    • Buatlah anggaran perbelanjaan kita secara bulanan maksudnya kira kesemua hutang kereta, rumah, bil-bil, nafkah, barang rumah dan lain-lain, selepas itu bakinya barulah kita belanjakan untuk barangan atau sesuatu perkara yang diperlu dijelaskan jikalau tiada apa-apa yang hendak dibelanjakan eloklah kita simpan walau bakinya lebih dari biasa kita simpan.
    Elakkan Kad Kredit
    • Menggunakan kad kredit biarlah berpada-pada, kadang-kadang kita leka menggunakannya sehingga melebihi kemampuan kita berbelanja untuk bulan tersebut, kalau boleh tidak menggunakkan kad kredit, biasakan membawa wang tunai yang mencukupi untuk digunakan sahaja.
     Berdoalah
    • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari sebarang musibah seperti bebanan hutang atau kecelakaan yang mengakibatkan kerugian harta benda. Mudah-mudah Doa kita sentiasa dimakbulkan oleh Nya.

    Harap kita dapat bersama mengawal perbelanjaan kita supaya tidak membebankan diri kita dan orang lain, Ingat jangan sampai kita diperhambakan dengan duit nanti buruk padahnya, Renung-renungkan dan selamat beramal...:)
    Read more »

    Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG)

    Monday, January 17, 2011
    Salam Semua.. Hari ni tengah saja-saja searching google teringat pula kisah awek penyerang bola negara kita Khairul Fahmi, nak juga tengok macam mana blog dia, then apabila kami baca memang menarik blog dia, namanya Elia, sekarang ni Elia dan kakak dia Erin ada menganjurkan 1st Combined Giveaway (FCG), caranya senang je dengan meletakkan sticky post dan pemenang akan dipilih secara lucky draw, sekarang ni kami ada mood contest pula..hehe, Apalagi marilah mencuba nasib..:)


    FCG ini dibuat sempena ;
    1. menghargai para pembaca kami yang sentiasa menyokong kami
    2. meraikan 'kemeriahan' BE kami di tahun baru ini
    3. berkongsi kegembiraan di atas kemenangan Malaysia dalam Suzuki AFF Cup.
    4. tanda terima kasih kepada semua yang membantu kami memenangi sebuah iPad 16G Wifi dalam "Win an iPad" Contest anjuran Ryl Designs.



    Syarat2 penyertaan:

    1. Terbuka kepada semua blogger yg mempunyai alamat di Malaysia
    2. Perlu follow 4 blog yg berikut; Ceritera Erin , Elia: Short & Sweet , My Worth Buying Shoppe (penaja), dan Closets of AmyAmy(penaja) .
    3. Buat "sticky post" entry dengan tajuk;Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011
    4. Ltak banner di atas serta link kan ke entry ini.

    5. Sila komen di entry ini dgn maklumat anda;

    -Nama
    - ID Follower

    - link entry

    tarikh tutup: 4 Feb 2011
    masa: 1159pm

    beberapa hadiah MISTERI menanti anda!! semakin FCG ini mendapat sambutan, semakin 'meriah' hadiah untuk anda semua. pemenang akan dipilih berdasarkan lucky draw samada dengan bantuan random.org atau lelaki misteri ;)(Khairul Fahmi la tu..hehe)

    Read more »

    CUTE BABY 2011 BY MAMARIFqy

    Saturday, January 15, 2011
    Salam Semua, Kali ni kami nak try join contest yang dianjurkan oleh MamaRifqy, maklum le kami telah pun dikurniakan baby pada tahun ni jadi sesuai le nak masuk contest ni kan..hehe, Jom kita tengok syarat penyertaannya..:)

    1. Buat 1 entry yang bertajuk CUTE BABY 2011 BY MAMARIFqy !!

    2. Letak Banner pada entry dan pada Sidebar dan link pada entry INI.

    3. FOllow http://mamarifqy.blogspot.com/ dan http://miszmaliana.blogspot.com/

    4.sponsor kena Follow juga

    http://naniedean.blogspot.com/
    http://yantimatisa.blogspot.com
    http://dhiyakhairina.blogspot.com
    http://violetgloves.blogspot.com/
    http://hafizahismail.blogspot.com/
     
    5. Wajib mention nama PENAJA dan link balik ke blog berkenaan

    6. Upload HANYA 1 keping gambar anak SAHAJA..gambar anak yang cute miut/comel dimata anda.kalau xde anak,anak sedara pon boleh.
    Yang Layak hanya bb yang berumur 0-4 years ONLY !!!
    (kalau ade > dr 1 anak,,leh masukkan terus dlm 1 entry..Mudah kan??)
    *sertakan Nama dan umor anak*

    7. Da siap..tinggalkan comment anda pada entry ini
    TARIKH TUTUP CONTEST INI.. PADA 25 JANUARI 2011


    Nama : Azfar Darwisy
    Umur : setakat hari ni, 5 hari jer..:)
     
    Read more »

    Kami Dah Jadi Papa Mama

    Wednesday, January 12, 2011
    Salam semua , Setelah selama 10 bulan 8 hari kami menanti kelahiran baby cute kami, akhirnya pada pukul 11.51pm, Tanggal 10 Jan 2011, kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel , Alhamdulillah doa kami telah dimakbulkan oleh Allah SWT .Sekarang ni kami berasa sungguh bahagia dengan kehadiran penyeri baru dalam kehidupan kami sebagai suami isteri. Jangkaan tarikh due 02 Jan 2011 tapi terlebih 8 hari dari tarikhnya mungkin anak sulung kot tapi tak juga ada juga yang awal, apa-apa pun yang penting sekarang baby dan mamanya dalam keadaan sihat walafiat,Syukur Alhamdulillah..


    Detik yang dilalui sewaktu hendak bersalin memang perit dan manis. Begini lah sukarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya dengan begitu bersusah payah, pada waktu hendak bersalin pukul 3.15pm petang ,mama telah dimasukkan ke dalam dewan bersalin disebab doktor check dah 4 cm terbuka, kerana baby suka sangat tinggal dalam perut mama jadi pada permulaan takde langsung bukaan rahim,huhu.. Akhirnya doktor terpaksa memasukkan ubat sebanyak dua kali untuk memaksa ia terbuka,Jadi waktu menahan kontraksi dari pukul 3.15pm sehingga 10.30pm barulah dapat terbuka sebanyak 9cm, bayangkan lah berapa lama mama menahan kesakitan untuk melahirkan Darwisy. Pada pukul 10.45pm papa dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin untuk menemani mama, yang dapat papa bantu hanyalah memberi semangat pada mama,selebihnya adalah usaha keras mama untuk melahirkan Darwisy. Akhirnya tepat 11.51pm Baby kami telah selamat dilahirkan tapi baby kami lambat menangis jadi doktor terpaksa tahan Baby kami dalam wad NICU , takut pernafasan baby terganggu, Alhamdulillah esoknya doktor kata baby dalam keadaan sihat, cuma masih ditahan untuk diberikan antibiotik sehingga dia betul-betul pulih. Berat baby kami semasa dilahirkan adalah sebanyak 3.4kg..berat juga sebab tu tembam je muka dia,geram papa dan mama dibuatnya..


    Sekarang ni kami telah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan sudah begelar ibu bapa,  banyak benda yang perlu dibuat tak seperti sebelum ini, nak makan pun cincai-cincai je kalau malas nak masak beli kat luar je, lepas ni kena le masak juga,  tambah untuk lagi sepingan, lepas ni kemana-mana sahaja jalan bertiga tak boleh le dating berdua-duaan lagi..hehe , boleh dikatakan banyak le perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan kami..kami dapat rasakan life kami yang baru ini akan lebih bahagia.

    Setelah jenuh mencari nama untuk baby kami dan memikirkan nama yang sesuai dengan baby kami akhirnya kami telah dapat nama islam yang kami rasa sesuai dan senang untuk dipanggil iaitu Azfar Darwisy yang bermaksud Yang berjaya dan Warak, harap nama ini kelak dapat menjadikan baby kami seperti namanya juga, amin.
    Semua barang-barang baby kami telah beli, pada permulaan ini kami nak biasakan baby kami tidur dalam rocky chair ,kalau boleh kami tak mahu baby kami terbiasa tidur dalam buaian, nanti kalau hendak kemana-mana susah pula nak bawa buaian sekali, kalau pakai rocky chair senang sikit nak dilipat dan dipasang, itu pun bergantung pada keselesaan baby juga, harap baby kami dapat biasakan..

    Sampai disini je la untuk kali ini, lepas ni memang akan berblogging sekali sekala je maklum le sibuk dengan baby, mau pula banyak lagi benda yang perlu kami belajar ,first time le katakan, harap kami akan menjadi papa dan mama yang terbaik buat baby kami.
    Ini lah suatu pengalaman manis dalam life kami yang takkan kami lupakan sampai bila-bila...
    Read more »
     
    LiFe KaMi. Powered by Blogger.

    Best FrienDs KaMi

    SponSor By

    BioData KaMi

    My photo
    KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

    © 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
    Hak Milik LiFe KaMiHappyForever