Berbuka Di Restoran Cina Muslim Al Munawarah

Monday, August 22, 2011
Alhamdulillah, pada hari minggu kali ini kami telah berbuka di luar pula, sekali sekala nak juga rasa masakan diluar sana, bukan apa, untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama keluarga. Jadi kali ni kami plan nak pergi makan makanan cina pula, yang ni cina muslim yer gerenti halal. Restoran yang telah dibuka oleh seorang mualaf cina yang bernama Muhammad Yusof Ong, kalau nak lebih detail lagi bole usha sini Kosmo .

Kami order menu mengikut harga pakej ,nak pilih menu pun tak berapa tahu sangat makanan cina ni, order pakej untuk 6 orang lagi senang semua dah ada kat situ, lebih kurang 8 jenis lauk juga le. harga pakej ni RM 125 untuk satu family ikut berapa ramai family korang yang makan, mungkin ini harga promosi bulan ramadhan kalau nak beli asing-asing rasanya lagi mahal.

 Disebabkan restoran ni sentiasa full house walaupun ada dua tingkat tempat makan tapi still tak cukup tempat duduk, memandangkan kami datang agak awal kul 6 petang lagi jadi kami booking meja dan menu dulu,senang cerita datang balik terus makan je bole pergi merayap kejap tengok barang raya dulu..:)

Menu pakej lengkap dengan sup cendawan cina, sayur goreng cina, itik panggang cina, daging kicap cina, tauhu masak cina, udang dan sotong goreng tepung, desert, buah-buahan, air sirap selasih (cina = tak ingat nama makanan dalam bahasa cina) ,disebabkan semua sedap jadi siap order nasi tambah lagi..hehe. Rasanya berbaloi la makan kat sini, sedap dan kenyang ,memang puas hati, customer service pun ok, lain kali bole la kami datang lagi, kalau korang dekat-dekat area Shah Alam boleh la cuba rasa..:)


p/s: Alamat Restoran Cina Muslim Al Munawarah
      Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9, Shah Alam,
      Belakang Hotel Concord Shah Alam

28 comments

5:04 AM, August 22, 2011

makk aiii... nampak sedap2 je gambar2 yang d ambil d restoran cina ni...

gambar yang last tu lucu tengok.. adik awis x sampai tangan nak cecah makanan... ehehehe

6:13 AM, August 22, 2011

lauk nampak menyelerakan.. harga berpatutan tak? kena try nii..

8:38 AM, August 22, 2011

Heee... dalam banyak pic yg dipapar kakak tetap suka gambar yg last. Darwisy dah boleh duduk di babay chair ye. Tak puas sebab tak nampak muka dari depan... Dah pandai nak kacau org makan ye...:)

9:31 AM, August 22, 2011

belum sempat buka posa kat luar lagi

9:51 AM, August 22, 2011

Sian dia tangan tak sampai.. Kalau sampai nanti, kesian pula mak ayahnye kan? hehe..

10:16 AM, August 22, 2011

mmg nampak menarik menu2 dia.. boleh try nnt..

12:43 PM, August 22, 2011

Orang rumah ada ajak makan Restoran Cina Muslim berdekatan dengan tempat tinggal belum berkesempatan lagi. Saya suka makanan Oriental :-)

1:02 PM, August 22, 2011

alor..comelnyer awis..awis dh pandai ke mkn mknn cina tu?hehe

4:58 PM, August 22, 2011

sungguh meyelerakan lah!

ps:-nnti klu sudah ade wife bole buat mcm ni..ehem3..ops!

1:01 AM, August 23, 2011

oo..blakang concorde ya..ari tu akak try kat seksyen 7..tak leh nak perati betul2 pasal tgh huru hara dgn abg n adik ni..

1:20 AM, August 23, 2011

Rm125...kire okeh la tuu...maximum person ade bgtau dak?

1:38 AM, August 23, 2011

nampak sedap je tu
alhamdulillah

kami berbuka kat rumah je sepanjang ramadhan ni

11:10 AM, August 23, 2011

kami berbuka di rumah sahaja walau menunya dibeli..hehe,comel darwisy,maaf zahir batin ye...

1:06 PM, August 23, 2011

KEKADANG TU TERINGIN GAK nak merasa makanan lain tapi sering tak berkesempatan... BEBERAPA hari ni ayik berbuka ala buffet jer... walaupun mahal tak kesah, yang penting org belanja... hehehe

SELAMAT HARI RAYA...

7:19 PM, August 23, 2011

jauh tu..kalau ade cawangan belah utara ni leg gak p try..penah makan yang oriental cuisine, ala2 masakan cina gak wnaie rase..sedap tp mahal..huhu

10:05 PM, August 23, 2011

puasa tahun ni berbuka dekat rumah je. malas btol nak keluar2 makan.hahahaha

1:45 AM, August 24, 2011

salam..
tu dia..sedapnya makanan..
ermm..mesti mahal agaknya?
tak pe..janji kepuasan dalam
berbelanja kan..?


maaf lama tak ke sini kerana
blog list saya tak pernah dapat
updated terbaru blog anda..mungkinkah
kerana feed setting @ etc?

8:04 AM, August 24, 2011

aida berminat tengok ayam dan udang je. kbai. :P

9:15 AM, August 24, 2011

Amboii
Tgn si budak kecik tu nak mencapai aje ye :-)

**Mcm sedap jek yummie~

12:35 PM, August 24, 2011

aduhh.. salah time lak masuk blog ni..
sudah meleleh air liur.. aderkkkk

maza juga minat makan makanan cina ini, kecuali yg Bak Kut Teh lah.. heheheh

11:50 AM, August 25, 2011

hehehe...wahhh..keluarga Kami memang meriah kan..sedap makanan..lapar!!!!

3:58 PM, August 25, 2011

adoila... awatla yg pi singgah blog ni masa siang.. lapaqqqqq... haha..

6:22 AM, August 26, 2011

Aku suka masakan ala-ala chinese ni sebab tak banyak guna minyakk ... main rebus-rebus ajerrr... pastu mmg sedap kena ngan tekak aku yang tak suka pedas2 ni..... eeemmm janji Halal itu yang penting


Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup

11:43 AM, August 26, 2011

bestnya..tapi apesal jauh sgt tempatnye..huhu

5:16 PM, August 26, 2011

SALAM,
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)

10:11 AM, August 29, 2011

selamat hariraya…maaf zahir batin

1:35 PM, August 29, 2011

wah nampak sedaplah semua masakan ni..terliur tgk..nak makan jgk..hee...

slmt hari raya maaf zahir & batin :)

4:34 AM, September 05, 2011

uihhhh yang penting halal.... service cepat dan baikkkk... makanan sihat.... suka masakan ala2 kunming

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.

Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.

------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi

Post a Comment

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever