Tips Khusyuk Dalam Solat

Saturday, August 13, 2011

Alhamdulillah,sehingga kini kita dapat melakukan ibadah puasa dengan keadaan baik dan dipermudahkan oleh Nya, semoga kita sentiasa dapat menyempurnakan ibadah puasa ini sehingga akhir bulan Ramadhan nanti. Dalam kita mengerjakan ibadah puasa ,janganlah pula kita lupa dan lalai untuk mengerjakan ibadah yang utama iaitu solat, kalau kita sekadar menahan diri kita dari lapar dan dahaga tetapi tidak solat serupa makan nasi tidak berlauk iaitu tidak cukup dan kosong ,tidak mendapat apa-apa makna.

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu diakhirat kelak oleh Allah SWT berbanding dengan amalan yang lain, sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna barulah dihitung pula amalan yang lain.

Orang yang hatinya lalai semasa solat meskipun lidahnya menyebut lafaz zikir dan ayat Al Quran, namun gerak lidahnya itu bukan dari dorongan hati, ianya bergerak kerana kebiasaan kita melakukannya dan hatinya melayang pada perkara-perkara dunia dan jiwanya hanya memikirkan perkara diluar batasan solat.

Disini ada beberapa tips yang dapat kami kongsikan daripada salah satu buku Tazkirah, bagaimanakah cara kita ingin khusyuk di dalam solat.


Hayati Makna Ayat
Iaitu kita cuba memahami maksud dan erti ayat yang dibaca supaya kita dapat menghayati maksud sebenar apa yang kita baca.

Bersemuka dan Bersoal Jawab dengan Allah SWT
Hendaklah seseorang membayangi ketika seolah-olah ia baru dibangkitkan dari kubur dan sedang bersoal jawab dengan Allah SWT.

Ingatlah bahawa Solat menghubungkan kita dengan hari Akhirat
Solat adalah perkara yang amat mustahak menentukan nasib kita diakhirat kelak dan inilah kehidupan yang lebih baik dan kekal selamanya. Solat lah bekalan yang utama akan kita bawa di akhirat kelak.


Melahirkan rasa Gerun terhadap Allah SWT
Apabila seseorang mengucapkan Allahu Akbar bermakna Allah itu Maha Besar seharusnya kita merasa gerun padaNya, bayangkan kalau kita berdepan dengan ketua atau raja kita akan merasa gentar inikan pula kita berhadapan dengan Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa.


Mengharap limpah rahmat dan Sifat 'Lutfillah'
Iaitu rasa penuh pengharapan atau meletakkan pergantungan terhadap Allah SWT, Allah mempunyai sifat 'Lutfillah' iaitu sifat lemah lembut dan karamah serta luas nikmat Nya. Yakinkanlah diri kepada Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani hamba-hamba Nya.


Elak gangguan solat dengan membatasi Pandangan
Iman al-Ghazali menggariskan beberapa kaedah antaranya dengan kita memejamkan mata ketika solat kerana hati yang lalai sangat mudah mengikuti pandangan mata.
Sebaik-baiknya berdiri berhampiran dinding atau tembok yang membatasi penglihatan mata dan memandang kearah tempat sujud sahaja.


Menghadapi Allah SWT sebagai seorang Pesalah
Datang menemui Tuhan dengan kesedaran sebagai seorang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang memperlihatkan keinsafan yang sebenar sebagai seorang hamba, mengharapakan agar Allah SWT menerima taubat serta mengampuni dosa-dosa yang lalu.


Dorong Hati untuk mendekati Khusyuk
Apabila kita terleka dan lalai mengingati Allah ketika solat maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya bahawa Allah Maha mengetahui kedudukan hati kita, supaya kita dapat mengawal hati dan perasaan kita hanya untuk Allah SWT.



Janganlah kita lalai dan lupa ketika bersolat sehingga ada yang tidak menyedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan disebabkan fikiran dan hati melayang ditempat lain, hanya perlukan sedikit waktu untuk kita menyembah dan mengingatinya sahaja, semoga perkongsian ini dapat memperbaiki diri kami dan kita semua agar sentiasa Khusyuk dalam melakukan ibadah Solat.

32 comments

3:04 AM, August 13, 2011

salam
moga2 kita sentiasa beroleh khusuk di dalam solat

7:16 AM, August 13, 2011

payah sebenarnye nak betul2 khusyuk ni..huhu..kalau xde gangguan persekitaran, gangguan dalam minda lak..

9:07 AM, August 13, 2011

memang seronok bila faham apa yang kita baca

9:12 AM, August 13, 2011

Sedikit sebanyak sebab minda kita sentiasa berputaran mendapt khusyuk amat sukar. Cuma bila sedar yg terlalai kembalikan segera khusyuk kita dgn segera... itu saja

Lama tak nampak perkembangan Darwisy... Moga dia sihat. Kakak suka tengok mata dia...:)

10:06 AM, August 13, 2011

mmg betul tu,solat perkara utama wajib bagi kita dan tiang agama..

mmg susah nak dptkan khusyuk solat ni.akak kena pastikan anak2 akak bz main2 atau dah tdo baru akak solat,kalau tak,asyik dikerumun dek diorang..mmg tak khusyuk.

2:27 AM, August 14, 2011

memang susah nak khusyuk jika tiada perasaan-perasaan di atas. Kalau betul cinta kuat terhadap Allah swt, sembahyang di medan perang pon tetap khusyuk juga.

8:28 AM, August 14, 2011

Semua perkara kat atas tu mmg tips2 yg berguna tuk mendekatkan hati dan diri kita dgn Allah s.w.t....
Namun nak melaksanakannya mmg lerr susah...klau dlm bulan rammadhan pun solat tak bape nk khusyuk...bulan2 yg syaitan dilepaskan lagi laaa...huhuhu

9:36 AM, August 14, 2011

thx 4 sharing. :)

11:29 AM, August 14, 2011

thx 4 sharing
mmg nas bila sembahyang mmg xpenah nak khusyuk
asyik fikir bende lain
harap2 nas berubah..

12:52 PM, August 14, 2011

wah... entry yg baik sekali..

maza minta mahu syer boleh?

huhhhu.....

Anonymous
1:19 PM, August 14, 2011

ada tips lain..solat dlm cahaya yg suram, fokus pada tmpat sujud, tahu apa yang di baca setiap pergerakan solat.....

4:26 PM, August 14, 2011

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis motorsikal kupcai scooter

nak cakap mudah nak buatnya susah...

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45)

nak khusyuk kena ada ikhlas dan ehsan

Pada diri kita ada 3 tempat bercakap, (fek'li, qauli dan qalbi.)

1.mulut baca surah-surah
2.akal (fikiran) kata lain dengan terbayang macam2 masa sembahyang
3.hati pun kata lain

so jaga lahhh 3 perkara ini

4:58 PM, August 14, 2011

semoga kita semua dpt khusyuk dlm solat..thanks utk tips ni mmg bagus...

4:59 PM, August 14, 2011

aaa..mmg susah nak dpt khusyuk..selalu tu cube bygkan Allah kat depan kite (tapi memang pun kan, cuma xnampak je)..bila tau makna, memang boleh khusyuk..

5:58 PM, August 14, 2011

bukn senang nk khusyuk..hati mau bersih jugak..=)

5:23 AM, August 15, 2011

alhamdulillah.. saya pun tengah berusaha untuk memperbaiki solat saya... terima kasih atas perkongsian ini yaa..

9:22 AM, August 15, 2011

Ambil peluang untuk meningkat ibadah yang sudah tentu mendapat pahala berlipat ganda di bulan Ramadhan

10:14 AM, August 15, 2011

saya suka salah seorng mereka yang lalai dalam solat...

bolehkah menutup mata... coz hari tu pernah terbaca... menutup mata ketika solat tak berapa digalakkan...

10:17 AM, August 15, 2011

saya juga selalu lalai dalam solat... berusaha untuk memperbaikinya...

bolehka menutup mata ketika solat... coz saya pernah terbaca menutup mata ketika solat tak berapa digalakkan....

2:08 PM, August 15, 2011

memang biasa terjadi pd sy...lg2 kalau solat brjemaah..bila imam bc surah y pnjg..psti fikiran melayang entah ke mana..
terima kasih sudi brkongsi ;-)

10:48 PM, August 15, 2011

Alhamdulillah.. tips yang sgt baik ni.. terima kasih berkongsi di sini.. semoga kita dapat mengamalkannya dan semoga solat kita diterima olehNYA.. InsyaAllah..

3:27 PM, August 16, 2011

huhu..
masih berusaha ntk khusyuk dalam solat walaupon dah tau tips2 nih lama dah..

Ya Allah bantulah hamba-Mu ini..

10:49 PM, August 16, 2011

terima kasih atas perkongsian..
mmg sukar nak kusyuk..
biasa cuba hanyati bacaan ayat

6:26 AM, August 17, 2011

thanks for sharing

8:22 AM, August 17, 2011

assalamualaikum..

trime kasih atas info ini..marilah kita jadikan ramadhan tahun nie sbg asas untuk kita mencapai kekusyukan dalam solat..

9:50 AM, August 17, 2011

tips yg amat baik,semoga kita dapat sama-sama khusyuk dalam solat dan diterima solatnya..Amin...

9:08 PM, August 17, 2011

InsyaAllah & terima kasih di atas perkongsian ni ye :-)

2:58 AM, August 21, 2011

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tayar motorsikal pancit
Khusyuk dalam solat adalah satu tuntutan yang penting. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mukminun, ayat 1-2] Akan tetapi kita adalah manusia dan bukannya robot sehingga memelihara kekhusyukan seratus peratus dalam solat adalah hampir mustahil. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak selalu khusyuk dalam solatnya.

Dalam hadis-hadis yang sahih diterangkan bahawa Rasulullah pernah memendekkan bacaan solat ketika mendengar tangisan bayi, agar ibunya dapat segera mengurusi bayinya. Rasulullah juga pernah bergegas bangun sebaik sahaja selesai solat kerana ketika solat, baginda teringat kepingan logam berharga yang tersimpan di rumah yang masih belum disedekahkan.

Para sahabat pernah mengucapkan salam ketika Rasulullah sedang solat dan baginda menjawabnya. Namun pada ketika yang lain baginda tidak pula menjawabnya. Apabila ditanya kenapa, baginda menjawab: “Dalam solat terdapat kesibukan”. Contoh-contoh di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w. juga tidak selalu khusyuk dalam solatnya. Saya mengemukakan contoh-contoh di atas bukan untuk membuktikan kekurangan solat Rasulullah, tetapi bagi menerangkan bahawa adalah sesuatu yang normal jika seseorang itu tidak khusyuk dalam solatnya. Ini adalah penting kerana ramai yang diserangi sindrom “terlalu khusyuk memikirkan bagaimana nak khusyuk hingga akhirnya tidak khusyuk langsung.”

11:36 PM, August 21, 2011

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip penjagaan rantai motorsikal

Firman Allah S.W.T:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
(Surah Al-Baqarah:45-46)

5:00 PM, August 22, 2011

solat ni 2 perkara kena diteliti

1. fizikal=kerjakan solat
2. Roh= dirikan solat

2-2 kena seiring..semoge dipermudahkan iya ;)

8:32 AM, September 26, 2011

thanks for sharing...;)

9:07 AM, November 03, 2011

@maza
Boleh bro..dia alu alu kan..:)

Post a Comment

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever