Tips makanan Bersahur & Berbuka

Thursday, August 12, 2010

Salam mesra.. Macam mana dengan puasa minggu ni , masih besemangat ker.. mula2 nampak cergas jer kan nak bangun sahur ke nak berbuka ker ,lama2 jer da rasa lemah je.. Kalau pegi Bazaar ramadhan pun sama juge mula2 dengan akhir2 Ramadhan je berduyung2 bila da tengah2 puasa nanti mesti da kurang orang beli.. 

Sekarang ni pun dekat sini kejap panas terik kejap hujan lebat, cuaca tak menentu, jadi kami berjaga2 takut kena demam, lagi susah nak puasa nanti... Di Bulan puasa ni pun kena kena jaga badan kita agar sihat dan cergas serta makan makanan yang bersih dan sihat, kami pun cuba kawal juge pemakanan nanti dah raya lagi banyak kita nak makan tengok lemang tak bole tahan,hehe...so kena jaga dari sekarang, kat sini kami ingin beri sedikit Tips makanan sihat sewaktu Besahur dan Berbuka..

  • Kita mesti memperbanyakkan sayur- sayuran untuk memastikan tubuh mendapat vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluaan seharian.
  • Mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat perlulah cukup bagi membekalkan tenaga hingga waktu berbuka nanti.
  • Memperbanyakkan minum air kosong bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
  • Elakkan pengambilan minuman yang terlalu manis seperti air gas dan minuman berkafein.
  • Dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti mentega dan santan kerana meningkatkan paras kolestrol dalam darah kita.

Jadi lepas ni bole le kita rasa lebih sihat dan bertenaga.. dapat ler berpuasa dengan lebih baik dari tido petang jer, hehe.. (jangan amalkan kurang Pahala).
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever