Semakin hari kita semakin tua,ada ke yang semakin hari semakin muda, kalau ada memang ajaib tu,hehe.. apabila kita semakin tua, perubahan fizikal dan mental turut berubah menjadi semakin tua ,tapi bab idea semakin tua semakin banyak le pengalamannya.. Bagaimana caranya kita untuk kelihatan sentiasa muda, memang manusia semuanya akan tua tapi melambatkan proses penuaan tu lagi bagus dari dibiarkan dan apabila usia kita menjangkau lebih tua orang akan lihat kita seperti muda, antara cara untuk menjadi awet muda ialah..
Tidur
Tidur adalah cara kita merehatkan diri, mata serta anggota badan kita hendaklah cukup waktu rehatnya, masa tidur tu lah pertumbuhan sel-sel badan kita terhasil. bila tidur cukup muka pun tak le kelihatan lesu dan sembam.
Air Masak
Air masak hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mencuci organ dalaman badan kita dan membekalkan kandungan oksigen yang mencukupi, sebelum minum air masak amalkan berselawat dahulu.
Makanan
Memperbanyakkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran, selalu makan ulam-ulaman seperti pegaga,ulam raja, halia muda, tomato, dan banyak lagi. Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolestrol serta makanan yang disimpan didalam tin, kurangkan minuman berais dan minuman bergas.
Mental
Selalulah sedekahkan senyuman dan hidup ceria, jangan suka marah-marah ,tension, mengumpat, mencaci , mempunyai hasad dengki,sombong .Sentiasa berfikiran positif ,menjadi seorang yang penyabar dan melakukan perkara-perkara yang baik.
Beriadah
Amalkan bersenam dengan melakukan aktiviti riadah seperti berjogging , berjalan-jalan ditempat yang aman dan tenang bersama keluarga, bersukan bersama kawan-kawan.
Beracun
Elakkan pengunaan barang-barang yang diperbuat daripada bahan-bahan kimia, amalkan penggunaan barangan semulajadi, Jauhi daripada terhidu asap kenderaan atau rokok serta bersihkan persekitaran yang berhabuk .
Solat
Walau apa pun kita lakukan tapi kalau selalu meninggalkan solat memang tiada maknanya, sedarlah bahawa kita semakin hari semakin tua dan pada bila-bila masa nyawa kita akan diambil, Jangan tinggalkan solat, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dalam keadaan sihat dan tenang, disamping itu air sembahyang juga merupakan penawar untuk awet muda.
Read more »