Tips Mengatasi Tekanan Jiwa & Perasaan

Thursday, August 19, 2010

Salam Sejahtera..Akhir-akhir ini kita disajikan dengan cerita2 kekejaman seperti bapa menyimbah cuka dimuka anak,ada yang  mengamuk sehingga sanggup menetak isteri ,bunuh diri terjun dari apartment dan macam2 lagi.. Ini terjadi kerana mental dan jiwa yang tertekan tidak dapat dikawal dan akhirnya diri sendiri dan orang lain menjadi mangsa, kenapa berakhirnya kejadian seperti itu yang merugikan diri dan orang lain.

Kadang2 kita merasakan banyak tekanan diluar dan didalam, Hidup sebagai manusia ini memang tak lepas dari menghadapi tekanan cuma kita hendaklah pandai mengawal perasaan, mental dan jiwa kita, Kami ingin berkongsi bersama serba sedikit bagaimana kita dapat mengatasi tekanan Jiwa dan Perasaan kita antaranya...

 Solat
  • Sebagai umat islam kita hendaklah sentiasa mengerjakan Solat fardu yang wajib ,jikalau kita meninggalkan nya bermakna kita tidak besyukur dan berterima kasih dengan pemberian dari Allah. Apabila kita dalam keadaan berwuduk jiwa kita akan rasa tenang dan apabila kita tidak meninggalkan solat, InsyaAllah Allah akan sentiasa melapangkan hati dan jiwa kita supaya lebih tenang dan tenteram dalam melakukan sesuatu perkara. 

Al-Quran
  • Memperbanyakkan lah membaca Al Quran sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran yang besar walaupun dengan membaca satu ayat. Waktu yang sesuai adalah selepas kita bersembahyang, Apabila kita mendengar orang mengaji pun kita akan mendapat pahala yang besar, hati kita akan rasa lapang dan tenang dari memikirkan beban yang ditanggung.

 Sukan
  • Rajin2 lah bersukan, apa salahnya kita berjogging dan beriadah dengan family dekat tasik ker dekat keliling rumah pun tak salah dapat juge mencergaskan badan dan minda kita.Apabila badan sihat otak pun akan cergas dan mudah kita nak berfikir dengan baik untuk menyelesaikan masalah2 tersebut..

 Makanan
  • Pemakanan yang sihat antara punca otak kita sihat, perbanyakkanlah minum air kosong, Jangan suka makan makanan yang berminyak dan berlemak ambil banyak buah-buahan dan sayuran, apabila kita mengawal cara pemakanan kita secara tidak langsung terhindar dan mengurangkan lagi daripada terkena penyakit2 yang akan memberi tekanan dalam kehidupan kita seharian.

Luahan
  • Apabila kita dalam tertekan ,jangan kita simpan sahaja dalam hati sehingga kadang2 kita akan terfikir balik perasaan marah atau tidak puas hati kita itu, Luahkan lah kepada orang yang kita betul2 kenal hati budinya dengan apa yang kita ceritakan dapat le mengurangkan beban dan perasaan geram kita. Kalau kita menangis pun biar kita menangis sepuas hati biar lepas segala-galanya dan juga kalau kita hendak menjerit biar le kita menjerit sepuas hati selepas tu kita akan rasa puas hati sangat seperti kita sudah lepaskan geram tersebut.  



Bersyukur
  • Kita ini adalah antara golongan yang bernasib baik, bole lagi nak berblogging ,bole berjalan, bole makan,bole minum, ada keluarga. Cuba kita lihat orang lain mereka lagi hidup susah, tak makan tak minum, tak bole berjalan, ada yang jadi gila, hidup tak tentu arah, takde masa depan, Kalau kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang kita akan rasa hidup kita adalah yang paling indah.



 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever