Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 H
Posted by
LiFe KaMi
Tuesday, December 7, 2010
Salam Semua.. Lama sungguh kami tak update blog rasanya hampir sebulan, disebabkan kami telah berpindah sementara di kampung jadi di sana nak dapat line Broadband satu bar pun sikit punya susah, ini pun update kat tempat kerja , rasa rindu plak dah lama tak jenguk blog kawan-kawan..
Sekarang ini dah hampir masuk 9 bulan kandungan, baru pagi semalam doktor periksa kandungan, Doktor kata baby dalam keadaan sihat, belum ada tanda-tanda bersalin lagi, ini kali ketiga scan di klinik yang berbeza, doktor tu pun kata kemungkinan baby boy juga sebab kali ni dah tak nampak sangat mungkin baby dah besar dalam kandungan..
Hari ini kita telah masuk dalam Tahun Islam yang baru iaitu 1 Muharram 1432 H, pada 1 Muharram ini lah berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Dari peristiwa ini lah kita umat islam diseru agar berhijrah daripada keburukkan kepada kebaikkan, Kami pun akan cuba untuk meningkatkan lagi azam untuk berubah kearah yang lebih baik, Harap kita sama-sama dapat melakukannya..amin..:)
P/S: Blog ini pun telah berhijrah sedikit walaupun tidak ketara, semoga kita dapat berjumpa lagi..:)