Menyambut Kelahiran Anak Pertama

Thursday, November 18, 2010


Tangisan pertama si anak yang baru keluar bertemu alam dunia, memberi makna besar kepada ibu. Seorang ibu, juga bapa tentunya mengukir senyum gembira tatkala melihat anak yang ditunggu-tunggu lahir ke dunia. Namun di sebalik kegirangan itu terselit tanggungjawab yang mula terpikul oleh bapa dan ibu. Tanggungjawab yang bermula sejak saat kelahirannya itu, perlulah dipikul berbekalkan pedoman wahyu.
Islam agama yang maha hebat. Ia menerangkan dengan terperinci tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyambut kelahiran anak Langkah-langkah ini tentunya terlukis melalui gerak laku Baginda Rasulullah SAW sekalu pendidik terulung sepanjang zaman.
Dalam perbincangan yang lepas, kami telah menyentuh soal mendidik anak dalam kandungandan memilih nama anak yang baik. Begitu juga cara mengelakkan kesilapan dalam memilih nama. Tentunya menamakan anak itu antara perkara awal yang dilakukan. Namun ada lagi tindakan lain yang perlu dilakukan segera, sebaik sahaja anak muncul di alam dunia.
Dalam posting ini dan beberapa posting berikutnya, kami insyaallah, akan kemukakan melihat beberapa langkah penting dalam tempoh segera selepas kelahiran. Ini termasuklah soal azan, iqamah, tahnik, aqiqah dan seumpamanya.
Syukur Dan Memberitakan Kelahiran
Jika ditanya kepada seorang bapa, atau ibu, apakah antara peristiwa yang manis dalam hidupnya, tentu antara jawapannya ialah ketika dia menyambut kelahiran anak. Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Perasaan girang, syahdu dan tenang akan membelai hati apabila mendapat berita kelahiran, apa lagi selepas memandang dan memeluk anak buat kali pertama.
Kegembiraan ini tentunya perlu disandarkan kepada syukur yang melimpah kepada Allah. Syukur atas nikmat dan rezeki anak kurniaaan-Nya. Syukur di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya. Syukur atas kehilangan rasa runsing, dan syukur atas segalanya. Ibu dan bapa perlu ingat bahawa Allah menjamin akan menambahkan nikmat kepada hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Selepas itu, bapa janganlah lupa memberitakan khabar gembira itu kepada keluarga, dan rakan-rakan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk berbanga-bangga. Tapi, atas semangat agama yang menganjurkan agar kita memberitakan nikmat kepada orang lain. Memberitakan nikmat adalah sebahagian dari bersyukur. Secara tidak langsung, mereka yang menerima berita dapat mendoakan buat kita dan turut melafazkan syukur kepada Allah.
Inilah tindakan pertama. Tindakan-tindakan lain akan kami kemukakan dalam posting berikutnya...
P/S: Salam Semua..Selepas ini nampaknya kami akan kurang online internet dan tak dapat juga le nak selalu update blog macam dulu sebab kami akan berpindah buat sementara waktu sehingga habis berpantang di Kuala Nerang, Kedah, 
Di sana line memang tak clear, Cuti sekolah pun dah bermula, jadi Cikgu pun ikut jejak langkah anak-anak murid pergi bercuti juga..:) manakala bagi seorang lagi yang berkerja di kawasan pelantar minyak di tengah lautan waktu free agak sukar diperolehi..Sekarang kandungan sudah 8 bulan..Doakan kesejahteraan kami dan Baby yang bakal lahir nanti.
Terima Kasih Semua..:)
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever