Salam semua , Setelah selama 10 bulan 8 hari kami menanti kelahiran baby cute kami, akhirnya pada pukul 11.51pm, Tanggal 10 Jan 2011, kami telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel , Alhamdulillah doa kami telah dimakbulkan oleh Allah SWT .Sekarang ni kami berasa sungguh bahagia dengan kehadiran penyeri baru dalam kehidupan kami sebagai suami isteri. Jangkaan tarikh due 02 Jan 2011 tapi terlebih 8 hari dari tarikhnya mungkin anak sulung kot tapi tak juga ada juga yang awal, apa-apa pun yang penting sekarang baby dan mamanya dalam keadaan sihat walafiat,Syukur Alhamdulillah..
Detik yang dilalui sewaktu hendak bersalin memang perit dan manis. Begini lah sukarnya pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya dengan begitu bersusah payah, pada waktu hendak bersalin pukul 3.15pm petang ,mama telah dimasukkan ke dalam dewan bersalin disebab doktor check dah 4 cm terbuka, kerana baby suka sangat tinggal dalam perut mama jadi pada permulaan takde langsung bukaan rahim,huhu.. Akhirnya doktor terpaksa memasukkan ubat sebanyak dua kali untuk memaksa ia terbuka,Jadi waktu menahan kontraksi dari pukul 3.15pm sehingga 10.30pm barulah dapat terbuka sebanyak 9cm, bayangkan lah berapa lama mama menahan kesakitan untuk melahirkan Darwisy. Pada pukul 10.45pm papa dibenarkan masuk ke dalam bilik bersalin untuk menemani mama, yang dapat papa bantu hanyalah memberi semangat pada mama,selebihnya adalah usaha keras mama untuk melahirkan Darwisy. Akhirnya tepat 11.51pm Baby kami telah selamat dilahirkan tapi baby kami lambat menangis jadi doktor terpaksa tahan Baby kami dalam wad NICU , takut pernafasan baby terganggu, Alhamdulillah esoknya doktor kata baby dalam keadaan sihat, cuma masih ditahan untuk diberikan antibiotik sehingga dia betul-betul pulih. Berat baby kami semasa dilahirkan adalah sebanyak 3.4kg..berat juga sebab tu tembam je muka dia,geram papa dan mama dibuatnya..
Sekarang ni kami telah mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan sudah begelar ibu bapa, banyak benda yang perlu dibuat tak seperti sebelum ini, nak makan pun cincai-cincai je kalau malas nak masak beli kat luar je, lepas ni kena le masak juga, tambah untuk lagi sepingan, lepas ni kemana-mana sahaja jalan bertiga tak boleh le dating berdua-duaan lagi..hehe , boleh dikatakan banyak le perubahan yang akan berlaku dalam kehidupan kami..kami dapat rasakan life kami yang baru ini akan lebih bahagia.
Setelah jenuh mencari nama untuk baby kami dan memikirkan nama yang sesuai dengan baby kami akhirnya kami telah dapat nama islam yang kami rasa sesuai dan senang untuk dipanggil iaitu Azfar Darwisy yang bermaksud Yang berjaya dan Warak, harap nama ini kelak dapat menjadikan baby kami seperti namanya juga, amin.
Semua barang-barang baby kami telah beli, pada permulaan ini kami nak biasakan baby kami tidur dalam rocky chair ,kalau boleh kami tak mahu baby kami terbiasa tidur dalam buaian, nanti kalau hendak kemana-mana susah pula nak bawa buaian sekali, kalau pakai rocky chair senang sikit nak dilipat dan dipasang, itu pun bergantung pada keselesaan baby juga, harap baby kami dapat biasakan..
Sampai disini je la untuk kali ini, lepas ni memang akan berblogging sekali sekala je maklum le sibuk dengan baby, mau pula banyak lagi benda yang perlu kami belajar ,first time le katakan, harap kami akan menjadi papa dan mama yang terbaik buat baby kami.
Ini lah suatu pengalaman manis dalam life kami yang takkan kami lupakan sampai bila-bila...