Tips Kawal Perbelanjaan

Thursday, January 20, 2011
Salam Semua.. Ramai diantara kita merungut kekurangan duit untuk membeli atau membayar sesuatu, faktor utama yang menyebabkan berlakunya perkara seperti itu adalah disebabkan kita berbelanja melebihi kemampuan kita, contohnya kita mampu untuk beli kereta Proton Inspira tapi apabila dikaji balik kalau kita beli Myvi pun dah cukup, memang bersesuaian dengan keperluan kita dan duit lebihan dari perbandingan harga tersebut boleh dibelanjakan untuk tujuan lain, Di sini disebabkan kita minat akhirnya duit kita hanya cukup-cukup makan je dan apabila terjadinya sesuatu dan kita terdesak memerlukan duit mulalah tidak cukup dan berhutang. Di sini ada beberapa tips untuk mengawal perbelanjaan yang dapat kita kongsi bersama.

Masa Hadapan
  • Berbelanjalah kurang dari pendapatan bulanan kita, selebihnya eloklah disimpan untuk kegunaan masa hadapan. walaupun sedikit jumlah kita simpan, lama-lama akan banyak juga dan pada masa tu lah kita akan rasa puas dengan hasil simpanan kita selama ini.
Dibawah Kemampuan
  • Belilah barang yang kita benar-benar mampu untuk membayarnya, kalau boleh bayar secara tunai, tidaklah akan membebankan kita untuk memikirkan hutang bulanan yang harus dibayar, kalau terlambat bayar interest pun naik, kan dah menambahkan hutang.
  • Yang lebih elok walaupun kita mampu tapi kita berbelanjalah dibawah kemampuan kita.
Keperluan
  • Utamakan beli sesuatu berdasarkan keperluan bukannya kehendak contohnya dah ada handset Nokia N97 masih elok tapi nak tukar beli Samsung Galaxy disebabkan application yang lebih canggih, kan dah kira membazir, sebenarnya lama-lama akan bosan juga menggunakannya selepas tu tukar lagi.
  Anggaran Perbelanjaan
  • Buatlah anggaran perbelanjaan kita secara bulanan maksudnya kira kesemua hutang kereta, rumah, bil-bil, nafkah, barang rumah dan lain-lain, selepas itu bakinya barulah kita belanjakan untuk barangan atau sesuatu perkara yang diperlu dijelaskan jikalau tiada apa-apa yang hendak dibelanjakan eloklah kita simpan walau bakinya lebih dari biasa kita simpan.
Elakkan Kad Kredit
  • Menggunakan kad kredit biarlah berpada-pada, kadang-kadang kita leka menggunakannya sehingga melebihi kemampuan kita berbelanja untuk bulan tersebut, kalau boleh tidak menggunakkan kad kredit, biasakan membawa wang tunai yang mencukupi untuk digunakan sahaja.
 Berdoalah
  • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari sebarang musibah seperti bebanan hutang atau kecelakaan yang mengakibatkan kerugian harta benda. Mudah-mudah Doa kita sentiasa dimakbulkan oleh Nya.

Harap kita dapat bersama mengawal perbelanjaan kita supaya tidak membebankan diri kita dan orang lain, Ingat jangan sampai kita diperhambakan dengan duit nanti buruk padahnya, Renung-renungkan dan selamat beramal...:)
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever