Tips Cara Berkawan

Thursday, February 24, 2011
Ramai diantara kita mempunyai kawan samada jumlah yang ramai atau sedikit, kawan adalah sahabat dikala kita suka dan duka, tapi kebanyakkan kawan masa suka je yang ramai masa duka memang susah nak dicari, dalam kita memilih kawan kita kena pandai juga menilai personaliti kawan tersebut, adakah kawan kita itu baik atau sebaliknya,

Berkawanlah dengan kawan yang mempunyai akhlak yang baik, apabila kawan itu mempunyai ciri-ciri akhlak yang baik secara tidak langsung dia juga dapat membimbing kita kearah kebaikkan, Sahabat baik adalah sahabat yang sejati.Disini ada sedikit tips cara kita berkawan.



Memahami
menjadi sahabat yang baik kita harus saling memahami antara satu sama lain,Contohnya kawan taknak temankan kita lepak kat kedai mamak tengok bola janganlah kita anggap yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin kawan kita ada kerja lain jadi kita haruslah berangapan baik terhadap kawan kita.



Jangan Dengki
Janganlah kita ada mempunyai hasrat dengki terhadap kejayaan kawan-kawan kita, Bila kawan kita senang sikit beli kereta baru ke mula lah kita merasa iri hati maklum lah kita pakai motor je tak mampu lagi nak beli kereta, sepatutnya kita berbangga dengan kejayaan kawan-kawan kita. mungkin suatu hari nanti rezeki kita pula.






Menghormati
Walaupun kawan kita itu berpendidikan rendah, kerja pun gaji tak seberapa , muka tak cantik, janganlah kita merendahkan dia, kita hendaklah hormat dan menyokong kawan kita, walaupun sekarang kita di atas atau lebih daripada dia kadang-kadang kita akan dibawah juga, hidup ini ibaratkan roda..




Menegur
Jikalau kawan kita itu melakukan kesalahan atau perkara yang tak elok,kita sebagai kawan seharusnya menegur akan perbuatannya, tegurlah cara yang elok sebagai kawan, ini menunjukkan bahawa kita mengambil berat akan diri kawan kita itu.




Membantu
Masa senang kawan memang ramai yang dekat dengan kita apabila kita hidup susah sorang pun tak wujud, sikap kawan begini harus dijauhkan, bantu lah kawan kita yang dalam kesusahan, bantu apa yang kita termampu, sekurang-kurangnya kita cuba untuk menyelesaikan masalah kawan kita, tapi kadang-kadang kita kena berhati-hati juga contohnya jenis kawan yang suka berhutang ,kalau nak minta berbunga-bunga ayat bila nak bayar balik sikit punya susah nak dapat, jenis kawan yang begini haruslah kita elakkan.




Bermaafan
Ini lah sikap yang paling susah nak diamalkan oleh orang kita, kalau beselisihan faham nak minta maaf memang payah kadang-kadang benda yang kecil pun dibesar-besarkan, bertengkar pasal main bola le ,terkutuk member le, sebab dah lama sangat berkawan benda macam tu pun nak jadi kecoh, lepas tu dua-dua tak nak mengalah ,ego lebih, lastly sampai kesudah tak berbaik, buangkan sifat ego tu, biarlah kita mengalah, minta maaf pada kawan kita tu,rasanya nanti dia pun akan rasa terharu siap malu-malu kucing lagi..:)

29 comments

1:49 PM, February 24, 2011

As salam...
Tips yg baik tp skrg ni susah nak cari sahabat berbanding kawan...

Anonymous
2:01 PM, February 24, 2011

emm bile bercakap psl kwn ni..budak2 lagi matang dri urg dewasa sbbnye meke berkwn klu gado esok lusa dah berdamai,tapi klu kite yg dewasa ..hai ssh nk ckp..ngehx3..

2:03 PM, February 24, 2011

yg penting keikhlasan dalam berkawan kan..

2:37 PM, February 24, 2011

sokonggg! tp btol gak ckp iza. sahabat mmg susah nk cari. kawan ramai la. nak percyakan kawan as sahabat pun kene fikir byk. but insyaAllah masih wujud lagi sahabat dlm dunia ni. AK ade! hahaha

3:40 PM, February 24, 2011

berdasarkan kajian..
sy tgok msa kt kolej dlu, pompuan suka sgt berselisih faham.. berbeza dgn lelaki.. heheh..

5:36 PM, February 24, 2011

ya...memang sukar mencari kawan . Berkawan seribu memang mudah tetapi mencari kawan sebenar, seorang dalam 10 belum tentu ketemu. ...Kawan sejati juga merupakan seseorang yang masih ada apabila semua kawan anda tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata. Memang sukar mencari kawan sejati ...


║║╔║║╔╗ ║
╠╣╠║║║║ ║
║║╚╚╚╚╝ O
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

5:59 PM, February 24, 2011

selalu kalau kt mana2, perempuan byk perselisihan phm dr lelaki, dengki yg terlampau tu ppon punca jg..

10:57 PM, February 24, 2011

mana2 pun kira kwn hee..tak suka bermusuhan..

10:59 PM, February 24, 2011

salam..
tips yang berguna ni
sesamalah kita amalkan

11:12 PM, February 24, 2011

teringat dulu masa emak akak nora amik report kad kat sekolah, cikgu pernah mengadu akak nora ni tak banyak kawan..bukan tak banyak..naluri akak 'sensitif' untuk kawan yang rapat..kawn banyak..tapi yg bukan lawan susah nak cari...

11:29 PM, February 24, 2011

dengki mendengki mmg tak elok.. mesti dijauhi.. :D

8:27 AM, February 25, 2011

jangan ada dengki2 ni..paling sa x suka n anti orang mcm ni..

9:51 AM, February 25, 2011

jaga aib kawan... stuju sangat2..

11:54 AM, February 25, 2011

betul3x
kalau orang tak nak berkawan dengan kita
jangan salahkan mereka
hanya perlu salahkan diri sendiri

2:51 PM, February 25, 2011

ini la perkara asas dalam berkawan...tp..kawan mmg mudah di cari...terutama kawan bila senang..bila ketawa...

bila susah..sngt la payah.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HAOWAN BERWARNA PELIK

4:08 PM, February 25, 2011

kalau berkawan biar ikhlas...jgn ade sifat dengki dan iri hati...

12:04 AM, February 26, 2011

Harga persahabatan bukan macam harga emas 916, ada turun naik-pasang surut-mahal-murah. Tak boleh nak gadai kat kedai pajak pun. Nilai persahabatan itu kamu takkan mampu congak dengan tangan. Jadi, hargai kawan. Jangan nanti, lambat laun dia jadi lawan. Sepatutnya, makin lama bersahabat, makin rapat. Jangan sampai kawan itu rasa dia terjerat dalam perangkap yang berat. Macam ni ajelah. Kalau berkawan, berpada-pada. Tak terlalu suam dan tak terlalu beriya. Puji atas bawah kiri kanan, hebatnya tak terlawan dan kesempurnaannya tak ada tandingan.

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3:09 AM, February 27, 2011

sedaya upaya untuk cuba beramah mesra.. tetapi niat pun kena betul.. bukan sebab ada udang disebalik batu...

1:22 PM, February 27, 2011

selalu pegang prinsip:kita kawan2 tak mau lawan...

5:42 PM, February 28, 2011

wah banyaknya tips ...huhuhu saya suka
:-inspirasicintaku@blog

Anonymous
10:34 PM, February 28, 2011

hurm..kadang2 susah nak tegur kawan yg buat slh..mksudnye, tegur salah, xtegur lg salah..sbb kdg2 kita rase hal yg berlaku xde kene mngena dgn kita..

2:05 PM, March 02, 2011

betull..kwn mmg bny beri pengaruh..memule dulu,aci redah je berkawan..then bile sedar dengan perubahan diri & mulut...baru sedar betapa besarnya pengaruh kawan....


jadilah kawan yg baik agar org lain dpt manfaat yg baik

5:30 AM, March 03, 2011

wah banyaknya tips ...huhuhu saya suka
:-inspirasicintaku@blog

5:30 AM, March 03, 2011

teringat dulu masa emak akak nora amik report kad kat sekolah, cikgu pernah mengadu akak nora ni tak banyak kawan..bukan tak banyak..naluri akak 'sensitif' untuk kawan yang rapat..kawn banyak..tapi yg bukan lawan susah nak cari...

5:30 AM, March 03, 2011

selalu kalau kt mana2, perempuan byk perselisihan phm dr lelaki, dengki yg terlampau tu ppon punca jg..

Anonymous
2:28 PM, February 27, 2012

memang susah nak cari kawan,like budak nert payah betui!

8:21 AM, April 07, 2012

huh ! memahami ? jgn harap die nk mmhami aqu !

Anonymous
5:02 AM, August 05, 2012

susah senang sme2 la.... susa nak dpt kwn cmto skrunk kan...

Anonymous
11:20 AM, September 29, 2012

aku memang pernah berkawan tapi dia tu dah ade kawam baik sendiri.aku suka kawan ngan dia sebab dia baik.MACAM MANA NI ADUH

Post a Comment

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever