Showing posts with label FUNNY PAPER. Show all posts
Showing posts with label FUNNY PAPER. Show all posts

Cerita Orang KL

Saturday, October 9, 2010

Salam Semua.. Cerita lama ini berlaku semasa aku baru masuk kolej, nak dipendekkan cerita sewaktu di asrama kami berkongsi bilik berdua, jadi semua kat situ baru berkenalan maklum le baru masuk U ramai yang tak kenal kalau kenal pun geng kawan sekolah dulu itu pun sorang dua jer.
Kemudian roommate baru ku kenali namanya Mustapa (bukan nama sebenar) ajak pergi lepak di kedai mamak berhampiran.

Di Kedai Mamak Bistro

Mamak     : Mau order apa bang..
Diriku       : Teh Tarik dengan Roti canai telur.
Mustapa    : Bagi saye air koke-kole dengan mee goreng

Mamak tu pun menggaru kepala nya yang tak gatal tu dan bertanya semula.. 

Mamak     : Air apa abang tara paham la..
Mustapa   : Koke-kole ala air tin warna merah tu..
Diriku      : itu Coca-cola ler..
Mamak    : okey-okey sudah paham..(mamak itu berlalu pergi sambil tersengih-sengih)

Kebetulan kat Kedai mamak tu ade pasang astro ESPN ,kami pun tengok la Arsenal lawan M.U..
Tiba-tiba Mustapa sound dengan nada yang kuat..

Mustapa  : Tendang le Bole tu kuat-kuat sikit.

Semua orang kat kedai mamak tu memandang kami
malu giler aku dibuatnya, apa la Mustapa ni..

Diriku     : wei ko cakap bahasa apa ni, bola la bukan bole
Mustapa  : oo ye ke, Orang KL panggil macam tu juga ke, aku ingat semua kena ade huruf E je.
Diriku     : laa ko cakap jer macam biasa, orang sini paham le..patut la dari tadi pelik je bunyinyer..
Mustapa  : Ooo lagu tu rupanya, awat hang tak habaq mai..

hahaha..Kami pun tergelak sakan...

Begitu lah masa mula-mula berkawan dengan Mustapa. Tapi selepas 2, 3 sem kemudian Mustapa dah berubah dulu skema pakai baju kemeja dengan seluar slack je tapi selepas lama duduk belajar kat KL tu terus berubah jadi Hip Hop, pakai seluar londeh, cakap pun ada tambah yoyo,ntah dengan sapa dia belajar pun tak tau ler, aii sekejap betul kawan ku ni boleh berubah..hehe

Read more »

Peristiwa Lawak Di Pagi Sahur

Tuesday, August 24, 2010
Salam Puasa, Aku ingin bercerita sedikit pengalaman lawak ku  sewaktu bersahur di asrama kolej waktu dulu-dulu, sampai sekarang masih teringat lagi Peristiwa yang mengeletek ibu jari ku.. Ceritanya begini..

Pada suatu hari diwaktu subuh yang sunyi dibulan puasa yang mulia , Tinggallah 6 orang student di dalam sebuah bilik yang agak gelap gelita.. Kerana malam semalam ade cerita gusti WWF kat T.V ,disambung plak sembang-sembang bergosip sampai lewat pagi baru ler kesemuanya tido dengan lena selenanya kerana esok nak bangun sahur..
Kedengaran lah dengkuran silih berganti seperti guruh sambung menyambung…Tiba-tiba…..

KKRriiinnnnnnnnggGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG….. Jam Berbunyi…

Si Samad(bukan nama sebenar) kawan ku bangun dengan bersemangat ke bilik air dan diikuti 3 yang lain  serta diriku kebilik air utk mencuci muka dan gosok gigi..Tinggallah Si Majid(bukan nama sebenar) baru terpinga-pinga bangun terus memasak air dalam heater murah disebabkan hari keenam puasa adalah giliran si Majid untuk buat air Nescafe Tarik untuk jamuan kami berenam besahur, Padahal ade jer disediakan makanan free untuk besahur di Kantin tapi kerana kedudukan kantin yang agak jauh dan kemalasan nak salin baju jadi kami besahur dibilik sahajalah..

Selepas air masak kami berenam membuat tugas masing-masing ade yang buat maggi, ade yang letak tin biskut dan diriku sediakan roti Gardenia dengan jem kaya.. Si Majid dengan tak basuh mukanya serta mata sepet iras-iras pelakon korea kerana mengantuk giler penangan tidor lambat terus mencurah air panas kedalam kole untuk membuat air Nescafe Tarik ala-ala kedai mamak itu dengan tekun..
 Selepas itu aku terbau benda wangi dalam bilik kami,  kami bertanya sesame sendiri..

Diri ku       : Eh! korang ade bau wangi tak…?
Si Samad    : A’a ek bau ape tu…?
Si Ramli      : Pagi ni pagi jumaat, takkan lah…..
Si Harun     : haishh… benda tu selalu malam jumaat pagi-pagi mana ade,lagi pun      bulan puasa semua setan kena rantai..
Si Kasim     : Ishh.. seram sejuk plak aku..

Semakin lama semakin kuat bau wangi tersebut….
Tiba-tiba..Puugrghhhhhh..tuiih tuiih..Si Majid besembur sambil meludah-ludah..

Diri ku                   : Apasal Majid?
Si Majid                : Perghh..Pahit payau…

Bila kami berlima usha tengok balik kole air Nescafe tu dah berbuih-buih banyak ingat kan baekk punya tarik rupanya Si Majid salah masuk kan , dia ingat coffee-mate rupanya serbuk sabun cap harimau , disebabkan semalam Si kasim letak bekas serbuk sabun dengan bekas coffee-mate sebelah menyebelah menyebabkan Si Majid tersalah angkat…

Baru kami sedar bau wangi tu rupanya dari air sabun panas yang dibancuh.. Hahaha… riuh satu bilik gelakkan Si Majid, selamat ler sabun tu berbau kalau tak mau berbuih kami minum... itu lah pengalaman sahur ku masa belajar dulu,..  Pengajarannya lain kali basuh muka dulu sebelum sediakan juadah bersahur…

Read more »

Selesaikan Masalah Cara Mudah..

Tuesday, July 20, 2010

Selalu benda yang nak kita buat tak menjadi, atau kekurangan modal dan masa.. jadi cara mudah yang selalu kita akan lakukan, senang citer kita sendiri puas hati.. contohnya macam ni..



nak zoom kamera cap ayam gambar tak clear.. amik nak sgt pakai teropong clear pun..


Buku banyak sgt, sampai patah meja, selamat ada tin sardin bole support skit..



Nak tebang sayang la plak.. cross skit ler, amacam kretip tak..


keta da lama,seat belt pun da uzur,putus plak..payah bebenor kan senang tu tak payah nak ganti baru..



Hari tu anak main lompat2 atas sofa ni, keta pun tesadai jer, bole ler guna sementara..


haa ni la dia,nak isap botol pun nak suruh orang pegangkan, kan da senang tu,senyap pun..


kebetulan kat rumah ada banyak cermin, bole le gantikan, nampak juga keta kat blakang tu..



Sorry le company save budget..so untuk safety kasi tampal dulu..


Ingat kan motor jer pakai rantai lock tayar, keta pun ade..ish.. ish.. sadis betul...
Read more »

Kalau Dah Ngantuk Giler..

Monday, July 19, 2010

Pernah tetido kat mana2 tak kerana terlalu mengantuk..mesti pernah kan.. kadang2 kalau da ngantuk giler time bediri pun bole tetidor.. Ni jom usha telatah orang yang da ngantuk giler asal dapat tido jadi ler...


Mamat ni dah tak tahan dari perlis gi kedah, so wat cam keta tido dulu,baru selamat perjalanan..




Ni time cuci pinggan masa kenduri ,penat tu dalam besen pun jadi ler..




Pergh mamat ni memang hebat.. atas rantai tu pun bole tido, ni mesti selalu cakap" ade aku kesah" hehe..




skali tgk macam tido, dua kali tgk macam semua mati keracunan plak...




Brother ni tunggu lama sgt LRT, sampai tetido kat lantai.. macam biasa buat jer..



Aksi bahaya ni, Don't make at home! skali member dia lupe,nah nangis ler minta tolong kat bawah tu..



Haaa..malam tadi tgk bola, bangun pagi nak gi kerja da ngantuk giler, siap bawa bantal tu....kikiki...
Read more »

Ronald Mac D yang Kelakar


Suka tak makan Mac D.. korang kalau pegi ke lalu ke dekat Mac D tu ade tak ambil gambar ngan Patung Mac D tu, nama patung tu Ronald Mac D. Jom kita usha picture Klakar Nie..


Ntah ape benda tak senonoh le mamat ni buat..hahaha...




Ni macam tgh mencuri jer,nak wat pe la ngan patung tu..



Smart ler brother ni..macam real jer patung tu nak sepak dia..hehe..



Ni ape kes plak ,macam mana bole kena tangkap tu..



Jangan korang tak tau , Joker dalam citer batman pun buat keja part time kat Mac D..




Ni Micheal Jackson masa party besday budak ni, saja nak buat lawak..




Rupa-rupanya si Ronald ni pegi beli burger kat kedai sebelah senyap2.. Kantoi la plak..ngeh ngeh ngeh..





Read more »

Wujudkah Ninja Turtle ?

Wednesday, July 14, 2010
Ingat tak kartun Ninja turtle. Dulu masa kecil selalu gak tgk dalam t.v ,ada Raul la, Leo la, Donatelo la, Telor la eh takde ek.. waktu senja plak kartun tu..sampai kena marah tak sembahyang maghrib duk ngadap kartun tu jer.. tapi skang dah takde kartun tu. 

Ni aku jumpa plak mamat mana yang fanatik ngan citer tu sampaikan kura2 dia pun da jadi ninja turtle..kreatif giler..hehe
.



.





Read more »

Netherlands Bakal Juara

Wednesday, July 7, 2010
3 Usha KaMi


Nampaknya semalam Netherlands menang lagi..hohoho pasni da masuk final,tak sia2 sokong netherlands dari mula.. puas hati le kami tgk Netherlands main semalam memang fight giler..nyaris je tu.. Semoga Netherlands bakal juara.. Goalllll..
ni ada sketsa Team Netherlands skit..selamat menonton..hehe..















Read more »

Apa Maksud Gambar ni?

0 Usha KaMi
Semua Picture yang diambil mengambarkan maksud yang lain juge, jom usha...


budak 2 orang ni macam tgh besandar kat menara tu jer..

kaki mamat ni macam poster tu yang punya plak,.


Double Meaning Photos
macam tgh pakai cover lampu daa,,

kucing ni silau ngan lampu da macam kena karan plak..


ni mesti niat jahat siap betanduk lagi..


Pergh seksi giler brother nie..hehe..
Read more »

Cara Tangkap Gambar

Tuesday, July 6, 2010
3 Usha KaMi
Kat sini kami nak tunjukkan kat korang cara tangkap gambar yang betul...


 


Macam nie ler baru Picture korang nampak cantik dan realistik..selamat mencuba.. hehe..
Read more »

Cerita Lawak 2

0 Usha KaMi

Anak Kembar


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.” 
Read more »

Cerita Lawak 1

0 Usha KaMi


Tak sedar diri
Diceritakan didalam sebuah hutan nie tinggal la berbagai-bagai jenis binatang.. Ada pun dalam banyak-banyak binatang nie terdapat dua sahabat karib iaitu seekor anak babi dan seekor anak kerbau..

Pada suatu petang, sedang mereka melepak-lepak di sebuah taman hutan,

Babi : Eish, boring la plak kan kerbau..
Kerbau : A'Ah, boring betul.. Kau pikir ape yang patut kite buat agar hilang boring kiter nie..
Babi : Ha, aku ade satu cadangan. Ape kate kite melukis. Kau lukis muke aku dan aku lukis muke kao.
Kerbau : Hm, ok gak. First ko lukis muke aku dulu pastu aku plak lukis muke kau.
Babi : Ok. Kau dok diam2..

5 minit kemudian......

Babi : Hah, dah siap, nah..
Kerbau : Wa lawa nya kau lukis.. Ok sekarang aku plak lukis muke kau..

Maka anak kerbau pun mula melukis muke anak babi..
5 minit kemudian...

Kerbau : Nah dah siap muke kau yang lawa ni..
Babi : (Muke tetiba jadi merah)(lalu marah kat anak kerbau)Ape yang kau lukis nie Kerbau???
Kerbau : La betul la ape yang aku lukis tu.(Kerbau tak puas hati)
Babi : Nie bukan muke aku... Nie muke BABI..

Read more »

Apa Kata Maradona?

Sunday, July 4, 2010
5 Usha KaMi





Alahai Maradona..Kesian plak kami tgk kat dia ,Kami rasa inilah juru latih yang paling sempoi kat dunia dah tak dapat tgk gelagat dia lagi..

Takpe Argentina dah takde rezeki..lain tahun bole cuba lagi... Jom kita layan apa kata Maradona..











Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever