Ramai diantara kita mempunyai kawan samada jumlah yang ramai atau sedikit, kawan adalah sahabat dikala kita suka dan duka, tapi kebanyakkan kawan masa suka je yang ramai masa duka memang susah nak dicari, dalam kita memilih kawan kita kena pandai juga menilai personaliti kawan tersebut, adakah kawan kita itu baik atau sebaliknya,
Berkawanlah dengan kawan yang mempunyai akhlak yang baik, apabila kawan itu mempunyai ciri-ciri akhlak yang baik secara tidak langsung dia juga dapat membimbing kita kearah kebaikkan, Sahabat baik adalah sahabat yang sejati.Disini ada sedikit tips cara kita berkawan.
Memahami
menjadi sahabat yang baik kita harus saling memahami antara satu sama lain,Contohnya kawan taknak temankan kita lepak kat kedai mamak tengok bola janganlah kita anggap yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin kawan kita ada kerja lain jadi kita haruslah berangapan baik terhadap kawan kita.
Jangan Dengki
Janganlah kita ada mempunyai hasrat dengki terhadap kejayaan kawan-kawan kita, Bila kawan kita senang sikit beli kereta baru ke mula lah kita merasa iri hati maklum lah kita pakai motor je tak mampu lagi nak beli kereta, sepatutnya kita berbangga dengan kejayaan kawan-kawan kita. mungkin suatu hari nanti rezeki kita pula.
Menghormati
Walaupun kawan kita itu berpendidikan rendah, kerja pun gaji tak seberapa , muka tak cantik, janganlah kita merendahkan dia, kita hendaklah hormat dan menyokong kawan kita, walaupun sekarang kita di atas atau lebih daripada dia kadang-kadang kita akan dibawah juga, hidup ini ibaratkan roda..
Menegur
Jikalau kawan kita itu melakukan kesalahan atau perkara yang tak elok,kita sebagai kawan seharusnya menegur akan perbuatannya, tegurlah cara yang elok sebagai kawan, ini menunjukkan bahawa kita mengambil berat akan diri kawan kita itu.
Membantu
Masa senang kawan memang ramai yang dekat dengan kita apabila kita hidup susah sorang pun tak wujud, sikap kawan begini harus dijauhkan, bantu lah kawan kita yang dalam kesusahan, bantu apa yang kita termampu, sekurang-kurangnya kita cuba untuk menyelesaikan masalah kawan kita, tapi kadang-kadang kita kena berhati-hati juga contohnya jenis kawan yang suka berhutang ,kalau nak minta berbunga-bunga ayat bila nak bayar balik sikit punya susah nak dapat, jenis kawan yang begini haruslah kita elakkan.
Bermaafan
Ini lah sikap yang paling susah nak diamalkan oleh orang kita, kalau beselisihan faham nak minta maaf memang payah kadang-kadang benda yang kecil pun dibesar-besarkan, bertengkar pasal main bola le ,terkutuk member le, sebab dah lama sangat berkawan benda macam tu pun nak jadi kecoh, lepas tu dua-dua tak nak mengalah ,ego lebih, lastly sampai kesudah tak berbaik, buangkan sifat ego tu, biarlah kita mengalah, minta maaf pada kawan kita tu,rasanya nanti dia pun akan rasa terharu siap malu-malu kucing lagi..:)
Read more »