Tips Jimat Minyak

Wednesday, February 2, 2011
Salam... Tips lagi, asyik post pasal tips jer, sekarang ni kerja out station so tak balik rumah lagi jadi takde la cerita pasal family kami, kerja kawasan pelantar minyak ni macam ni la,2 minggu kerja 2 minggu duk rumah, sekarang ni minyak pun naik harga lagi, nampak macam tak banyak tapi kalau setiap dua tiga bulan naik, setahun dah berapa banyak jadinya, hmmm.. Kami ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk menjimatkan pengunaan minyak petrol, boleh le kita sama-sama kurangkan sikit beban kita.


Berat
  • Berat yang berlebihan dalam kenderaan memberi kesan pada kelajuan kenderaan kita, semakin berat semakin banyak tenaga dan minyak digunakan, Jadi keluarkan lah besi-besi,perkakas dapur,air masak, bantal busuk dan apa-benda yang rasa tidak sepatutnya berada dalam kenderaan tu.

Tayar
  •  Selalu lah periksa tekanan tayar kita, Tekanan tayar yang kurang mengakibatkan penggunaan minyak sebanyak 30 % lebih dari keadaan tayar yang cukup angin, Selain itu mengurangkan terjadinya risiko tayar pecah.kena ambil berat pasal ni.

Kelajuan
  • Pandu kenderaan dengan laju akan menggunakan tekan minyak yang banyak, jadi ikutlah had laju jalan raya yang ditetapkan minyak save nyawa pun selamat, terlalu perlahan pun tidak elok kerana beban kenderaan menjadi berat, lagi satu kalau yang bawa kenderaan tu rasa macam slow tolong le duk line kiri bagi le yang agak laju ni nak potong.(saja nak bagi ingat..hehe)

Aircond
  • Kalau dah agak-agak minyak tu nak habis sebelum sampai station minyak ,perlahankan lah aircond tu kalau boleh tutup terus,aircond pun salah satu punca minyak berkurangan..Kami prefer guna Shell dari yang lain,kenapa..hanya orang tertentu je yang tau..hehe

Panaskan Enjin
  • Memang  elok kalau pagi-pagi tu sebelum nak pergi kerja ke kemana ke dipanaskan enjin kenderaan tapi tak perlu terlalu lama ,dalam 2 3 minit dah ok dah,nanti masa memandu bawa slow dulu supaya engine stabil.Kenapa tak boleh lama,tau je la kan pagi-pagi tu sejuk,enjin tu besi, kalau terlalu panas boleh mengakibatkan enjin cepat rosak, minyak pun membazir.

Tunggu
  • Elakkanlah menunggu didalam kenderaan dengan enjin kenderaan masih hidup, kalau rasa lama lagi nak gerak sila matikan engine korang, lebih jimat kalau korang rehatkan kereta dan start semula dari membiarkan sahaja, tapi ramai yang standby enjin running je kat tepi kedai tu ,kalau Polis datang boleh gerak terus..

Tingkap
  • Elakkan buka tingkap kenderaan terlalu besar apabila korang memandu laju disebabkan rintangan udara yang mengurangkan kelajuan kenderaan korang, dengan ini korang dapat jimatkan minyak sebanyak 10%..Kenderaan pun takde bunyi bising.

Isi Minyak
  • Ada orang kata isi minyak pada waktu malam atau pada waktu yang sejuk lepas hujan ke lebih menjimatkan, ini disebabkan molekul-molekul minyak lebih tumpat dari waktu panas dan pada waktu panas haba yang tinggi menghasilkan gas yang banyak, orang katalah tapi kami selalu isi waktu malam nampak juga hasilnya..:)


Itu sahajalah tips yang dapat kami kongsikan, Kenderaan korang pun kena maintain service, bila dah tiba masanya pergilah service enjin kenderaan tu supaya enjin tu tahan lama dan berkeadaan baik,bila semua dah diservice baik pengunaan minyak korang pun berkurang..baru teringat balik ni dah tiba masa service kereta, terbang lah lagi duit..huhu

63 comments

12:20 AM, February 02, 2011

tambah satu lagi: naik LRT~

12:23 AM, February 02, 2011

suke bwk kete laju2.tekan minyak habis2.hehe :P
mmg teruk perangai =.=

jum baca : ;))
Hans Si Tukang Tilik | Anonymous Yang Baik Hati

12:28 AM, February 02, 2011

weeee~ gune shell best! hnye org tertentu je tahu. hehe. ;)

jap2. aircond kalau pasang laju ngan selo tak same eh jalan minyak die.? *.* confuse dari dulu lagi. macam macam pendapat. huhu

12:55 AM, February 02, 2011

tips simple dari maza, kurang2kanlah keluar dari rumah dan berkenderaan gitew.. tak ada benda buat, buat senaman ringan kat rumah jer lorr.. huhuhu

1:04 AM, February 02, 2011

Nobita Sensei

naik lrt jg kata minyak save ,tenaga nak pandu pun save..hehe

1:05 AM, February 02, 2011

Puteri Iqa Izyan

huish ganas juga awak ni..hehe

1:07 AM, February 02, 2011

:padie_eyla:.

Shell sebenarnya lebih berkualiti minyaknya,
lepas tu mcm RON 95 sebenarnya tahapnya lebih da dkat sma RON 97..:)
itu la kami pun ada org bgtau, mgkin tenaga fan aircond tu kot..

1:08 AM, February 02, 2011

maza

kalau takde benda nak buat baik duk umah je layan anak2 lagi syok..hehe

2:03 AM, February 02, 2011

tips yang amat bergune sekali, aku rasa tips mcm ni perlu dipratikkan, ramai yg tak tahu lg nie, hehehe

2:21 AM, February 02, 2011

tips berguna...cmne nk jimat minyak klu guna motor lak??

2:50 AM, February 02, 2011

Anip™

ramai yg tak tahu dgn terlupa..
saja nak ingatkan sesama kita juga..:)

2:51 AM, February 02, 2011

Mr.IX

moto bole budget lg bro..
full tank tak sampai 5 hinggit pun..hehe

8:13 AM, February 02, 2011

Salam LiFe KaMi,

Kakak kalau driving memang takut buka cermin tingkap. Bukan kerana dah tahu satu cara nak jimat petrol, tapi takut samseng jalanan.

9:24 AM, February 02, 2011

Bab yg tunggu tu mmg selalu buat.. kdg tu dalam 1/2 jam depan kedai pun masih mode tunggu jgk.. sgt membazir.. dgn keadaan minyak yag asyik2 naik ni, kenalah berubah utk lebih berjimat.. Thanks yer utk tips2 yg baik ni..

10:33 AM, February 02, 2011

wah.... tq2.... nice tips.... :)

2:07 PM, February 02, 2011

salam..
tips last masa isi minyak tu
ada lojiknya..nanti saya nak
cuba lah..TQ tips anda

2:17 PM, February 02, 2011

Salam...
Kalau tutup aircond, tutup tingkap, panas la....biarla salah satu terbuka. Skrg ni dah jarang buka tingkap kereta sebab pencemaran udara. Lain la kalau nak lalu kola nerang...hehe. Dok kg bulih la buka tingkap...

2:27 PM, February 02, 2011

hehe... nice tips.. nape shell? keje kat shell ke? tp kan.. murah ke kalo guna mnyak shell?haha

2:59 PM, February 02, 2011

dulu masa harga minyak naik..amalkan juga tips2 ni...

bila harga dah turun...abaikan..

sekrg ni naik balik....ha...harus amalkan semula...huhu.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MENTARI MUNCUL LAGI

3:54 PM, February 02, 2011

emm tips yg agak spetikal ni..apepun info yg menarik..

psst dah lame nk tnye,mungkin saya lupe atau kurg prihatin agknye..

owner blog ni siape?
A. laki berkarier
B. surirumah
C. bloger full time
D. bukan yg di atas
E. sile isi tmpt jwpn yg sesuai _________________

* sharing is caring kan? ngee ngee..

5:13 PM, February 02, 2011

wahhhh, boleh digunakan, mekaseh yepp

6:41 PM, February 02, 2011

napak gaya memang kita perlu ubah cara yang telah biasa digunakan

dan memang banyak yang perlu diubah
harap2 tekanan darah tak naik je

8:25 PM, February 02, 2011

Kakzakie

w'salam.
betul tu kak, ada kes yg diorg ragut rantai emas dgn senang je sebab tingkap dibiar terbuka...mmg kena berhati2 zaman skang ni..

8:26 PM, February 02, 2011

Hanis Azla

kadang2 kita tgu tu bukan apa sebab panas dalam kereta, lg satu kalau kat KL tu ,nak dapat parking skit punya susah..

8:26 PM, February 02, 2011

fathiah

thanks..:)

8:27 PM, February 02, 2011

zulkbo

w'salam.
sebab kami pun nampak minyak tu bar dia lebih skit berbanding klu kami isi waktu tghari..
slamat mncuba bro..:)

8:29 PM, February 02, 2011

iza

betul tu,tgk mana yg sesuai,klu aircond tu buka slow je,tingkap buka skit je melainkan wktu panas..
k.nerang mmg bersih lg,hutan je byk..:)

8:30 PM, February 02, 2011

chiLl Out...!!

Shell sebab kualiti RON yang lebih baik dari yg lain, tau sbab keja kawasan plantar minyak..:)

8:32 PM, February 02, 2011

nabilah_2908

hehe jenuh le camtu satg lama abaikan balik harga tetap sama tak turun pun..
membazir tu..:)

8:35 PM, February 02, 2011

Uchi kay-f @hmad

jawapannya E..hehe
owner dua-dua..
lelaki yang berkerja diluar pesisiran pantai dan wanita yang berkerja sebagai pendidik nusa dan bangsa..:)

8:36 PM, February 02, 2011

Azza Firza

sama2 azza..:)

8:37 PM, February 02, 2011

tehr

jgn naik tkanan darah bro nanti kena darah tinggi..hehe

9:42 PM, February 02, 2011

patutla kereta ayah aku minyak cepat abes..
sebab berat ngan 9 orang sekeluarga..
hahhaa...
air cond pun ayah aku jarang guna sbb guna minyak yg banyak oo

9:42 PM, February 02, 2011

best2... mmg patut jimat kalu idak.. haihs.. naya kite

9:43 PM, February 02, 2011

info yg bagus..
betul2 kena isi minyak waktu malam baru jimat.. :)

10:48 PM, February 02, 2011

tips yang baik..leh gna tips ni lah pasni..=)

12:03 AM, February 03, 2011

sib baek opis sebelah umah.. hahhaha.. ;p

12:39 AM, February 03, 2011

bagus bagus ini tip, tapi beta tak bawak keta. har har har

12:51 AM, February 03, 2011

nas

kalau orang yg berat tak bole buat apa,terpaksa gerak juga,takkan ko nak naik bas ye dak..hehe

12:52 AM, February 03, 2011

mummynana

skang ni harga barang semua naik,minyak ni da le slalu pakai klu tak jimat sakit dibuatnya..:)

12:53 AM, February 03, 2011

Amirrah Zawani

betul tu try la test bandingkan tghari dgn mlm..:)

12:54 AM, February 03, 2011

chiLleD...!!

silalah amalkan yer..:)

12:54 AM, February 03, 2011

Solihin Zubir

selamat la ko,jimat byk tu..hehe

12:55 AM, February 03, 2011

bighagenjo

nak jimat lg naik motor la ye dak..hehe

1:15 AM, February 03, 2011

Salam.
TErtarik dengan tips last sekali pasal isi minyak waktu malam tu. hehe. first time kot baca, hehe. kalau ada kete sendiri blh cuba gak

7:26 AM, February 03, 2011

tips yang meanrik tu....
thanz erk share....
lepas nie....kena pastikan stiap besi2 dlm kereta dikeluarkan...
xpon...setiap penumpang yg berat nya lebih 60 kg xleh naek...kang xboleh jimat minyak...hehhee

10:20 AM, February 03, 2011

Tips yg sgt berguna & patut kita amalkan krn beri kesan besar dlm sebulan. Kadang kita tak perasan pun.

Jangan biarkan barang2 yg tak diperlukan sentiasa terperap dlm bonet kereta setiap hari.

9:25 PM, February 03, 2011

… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........lllllll ...........lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

kadang kala cara pemanduan kita yang buat minyak terlebih pakai tuuuu....sekarang minyak petrol dah mahal.... parah gak nak isi minyak kereta ni

7:36 PM, February 04, 2011

nice sharing..
mmg kena jimat minyak skrg.. harga akan naik lagi nanti :)

5:10 AM, February 05, 2011

۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
Saya menyeru kepada semua sahabat untuk sama-sama kita berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan para pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.Semoga Allah swt melindungi mereka semua dari segala malapetaka dan bahaya
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞

11:01 PM, February 05, 2011

kitorang punya kereta dah jimat banyak gak ni...sebab guna ngv...minyak isi jugak tapi sebulan 2 kali jer kot....buat ada2 jer.....minyak guna shell....sebab per tak tau....hubby yang isi....

11:24 AM, February 07, 2011

tekanan tayar sangat penting, kena kerap juga check kan

9:53 PM, February 07, 2011

kami mahu harga minyak turun..hehe

kalau macam tu baru boleh jimat duit..

10:37 AM, February 08, 2011

NAK JIMAT SENANG JER... JALAN KAKI.. NAIK BASIKAL
KUIKUIKUI

5:55 PM, February 08, 2011

dah..baru je buat tadi..hehe senang je rupanya..terima kasih ye sebab bagi respon..ni tepek link blog ni kat blog saya.boleh kan :)

8:04 PM, February 08, 2011

wah tips yg bagus..cik tom pun terfikir nak nak share tips jimatkan minyak lepas harga minyak naik ni..huhu..

5:30 AM, March 03, 2011

NAK JIMAT SENANG JER... JALAN KAKI.. NAIK BASIKAL
KUIKUIKUI

5:30 AM, March 03, 2011

bagus bagus ini tip, tapi beta tak bawak keta. har har har

5:30 AM, March 03, 2011

info yg bagus..
betul2 kena isi minyak waktu malam baru jimat.. :)

5:30 AM, March 03, 2011

tehr

jgn naik tkanan darah bro nanti kena darah tinggi..hehe

5:30 AM, March 03, 2011

hehe... nice tips.. nape shell? keje kat shell ke? tp kan.. murah ke kalo guna mnyak shell?haha

5:30 AM, March 03, 2011

Bab yg tunggu tu mmg selalu buat.. kdg tu dalam 1/2 jam depan kedai pun masih mode tunggu jgk.. sgt membazir.. dgn keadaan minyak yag asyik2 naik ni, kenalah berubah utk lebih berjimat.. Thanks yer utk tips2 yg baik ni..

5:30 AM, March 03, 2011

suke bwk kete laju2.tekan minyak habis2.hehe :P
mmg teruk perangai =.=

jum baca : ;))
Hans Si Tukang Tilik | Anonymous Yang Baik Hati

Post a Comment

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever