Akhirnya Masuk Perangkap

Saturday, September 24, 2011

Semenjak sebulan yang lepas ,dapur kami telah berbau busuk dan hancing disebabkan oleh seekor tikus yang telah bermaharajalela menjadikan dapur kami sebagai kedai kek dia. Jenuh kami cuci balik semua barang kat dapur, mop lantai sampai berkilat,buh pewangi,letak daun pandan, siap sembur ridsect lagi, esok lusa busuk balik dengan tahi dan kencing tikus, ini dah kira bahaya boleh membawa penyakit ,dari mana tikus ni masuk tak tau le, mungkin dari lubang dinding kat atas dapur tu kot.

Dulu kami bela kucing tapi sekarang dah hilang lepas tu dah ada baby pula jadi taknak bela lagi, kami nak beli racun tikus takut mati bau bangkai pula ,busuk satu rumah pula,jadi jalan terakhir kami belilah perangkap tikus, mula2 bagi umpan donut, tak jalan mungkin tikus ni nak yang lagi sedap kot,kami tukar dengan kulit ayam KFC,sama juga tikus tu ambil bau je,dapur still bau busuk tikus .Kami cari tikus tu celah-celah kabinet , peti ais tak jumpa juga.


Lastly kami bagi umpan roti oat perisa tuna, akhirnya pagi-pagi kami jenguk dapur ,tikus tu da masuk perangkap,roti oat tadi pun da habis, amboi memilih juga tikus ni,mungkin tikus betina baru nak belajar diet. selesai sudah ops sikap menangkap tikus liar, ingat nak lemaskan dalam longkang je tapi pikir balik tak baik seksa binatang mati secara pelahan, walaupun itu tikus perosak, dengan hati yang belas kasihan terhadap haiwan, kami buang tikus tu kat tempat terpencil yang jauh dari kawasan rumah orang, kat situ pandai-pandai la bawa diri ye.. sekarang dapur kami dah wangi..hehe

32 comments

3:09 AM, September 24, 2011

salam..
adehh...
nak buat macam mana tu?
kalau saya entahlah..?
kesian pun ada..nasib baik
rumah tiada cik tie ni..

Anonymous
3:11 AM, September 24, 2011

hahhahah....aku pun ada satu perangkap tikus camtu, tak pasang jer lagi....slalu jer dengar tikus2 berjogging dalam rumah tu....hhuhu..nak pasang jugak la...

5:58 AM, September 24, 2011

akhirnya cik t gagal menyelit
jaring besi tak boleh digigit

saya bela kusing je
lagi pun kat rumah tak ada baby

8:09 AM, September 24, 2011

wah pandai demand tikus ni yer..heheh

10:18 AM, September 24, 2011

kalau tgk pada gambar pertama....macam kesian lak bila ternampk jari dia memaut pada sangkar...huhu.. ;)

Anonymous
10:47 AM, September 24, 2011

oh kisah cik tie dgn roti oat tuna rupenya lah ni!

syabasx2!

11:32 AM, September 24, 2011

nasib ngko le cik t...hehehe

#Gembira dgn keputusan LK buang cik t ke tempat lain...sian juga klau dibunuh sbb dia jugak binatang yg dicipta oleh Allah S.W.T

12:56 PM, September 24, 2011

kat rumah selalu tgh abah buat bnda ni.gantung ikan sekor dalam ni.then esok ada tikus sekor..kekekkee

2:30 PM, September 24, 2011

dapur umah sy pn ade tikus..tah masuk dr celah mane..tp ade bela kucing..kucing tu rajin jugak masuk dlm kabinet check2..hehe dia tolong tengok2 kan je sbb kami xbagi dia makan/bunuh sbb tikus kan bahaye bwk penyakit..skrg dh xde dah tikus..hee

5:05 PM, September 24, 2011

Geli. kalau aida nampak menatang sure jerit kuat2.. -_______________-"

6:11 PM, September 24, 2011

Assalam..
Kat kg ni punya la besar..byk kali tahan tak dapat2.nak kena cari umpan tuna jugak ke?

11:58 PM, September 24, 2011

uihhhh ibarat tikus terlupa perangkap.. tapi perangkap tak lupa tikus... kali ni terkena jua... perrgghhh jangan dibiarkan sebelum beranak pinak karang...

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta

11:45 AM, September 25, 2011

Dulu rumah saya dijadikan sarang tempat tikus membesarkan anak-anaknya. Yang herannya bagaimana ibu tikus panjat paip saluran najis sampai ke tingkat atas.

Saya dapat perangkap ibunya dengan umpan kentang yang disapu dengan mentega kacang. Saya buang ibunya dan anak-anak jauh dari rumah kerana ketika itu isteri saya tengah mengandung jadi hendak bunuh perlu fikir 2-3 kali

Kalau guna racun tikus bermasalah kerana kalau tikus mati hendak cari bangkainya pula.

1:51 PM, September 25, 2011

haha.. rindu plak nk tgok perangkap tikus jenis ni..

dlu msa kecik2, slalu perangkap tikus guna prangkap ni.. lpas tu rendam dia dlm air smpai lemas.. kejam gila.. hehe..

5:57 PM, September 25, 2011

saya ingat lagi... dulu pernah kerja dekat kedai kain... kain banyak rosak angkara tikus... kami pun pasangla perangkap... sekali tikus tu terperangkap... supervisor suru bunuh siram guna air panas... cian plak tengok tikus tu... menyesal dah tak guna... tu yang sampai sekarng ingat dan fobia tengok tikus...

7:05 PM, September 25, 2011

hahh... dulu masa maza tinggal di pantai dalam yg itew, mu pasang perangkap pun ngeri.. kalau kena perngkap pun takut nak dekati perangkap itu..

sbbnya tikus kat kawasan perumahan itu bersaiz besar. dengar kata spesis tikus mondok. saiznya boleh mencecah saiz kucing dewasa..

patut ler kucing pun tak lalu nak makan tikus kat kawasan tu dah.. hehehhe

9:19 AM, September 26, 2011

Dulu rumah sewa lama soo cik ti ni mmg bermaharaja lela. X pernah nak tahan perangkap sbb kawasan tu mmg ramai cik ti.
Skrg rumah baru x der masalah.

12:25 PM, September 26, 2011

hehehehe. tak pernah ada perangkap camni cz kat umah banyak kucing. diorang yg bunuh tikus.bahahaha

10:41 AM, September 27, 2011

hmm pdan muka dia kan? memang tk suka dgn dia ni...

1:09 PM, September 27, 2011

buat sop?

3:32 PM, September 27, 2011

ha kedai kek pasni blh istri amsak sd hati yg gumbira..

pasni kena berjaga2 sllu takut kaum kerabat dia yg lain cari anak2 dia plk heee

6:38 PM, September 27, 2011

kerana tikus juga lah hancur wayar2 di dalam enjin kereta saya kena gigit... arghh, banyak nak ganti rugi.. hampeh punya tikus.....

10:02 AM, September 29, 2011

dulu dapur sy pon ada..samalah tangkap pakai perangkap nih pehtu kasik dia main jauh-jauh..mmg gelilah dgn menatang nih!

12:00 PM, September 30, 2011

lega bila dah masuk perangkap kan.. bestnyabila dapur dah wangi..

3:54 AM, October 01, 2011

memang geram.. sy juga dah macam2 cara buat.. lebih kurang macam tuan blog ini juga.. hehe tapi tak dapat.. ada pun kadang2 masuk itu pun anak2 dia.. lepas ni nak try pakai gam pulak.. bila terpijak tak boleh lari dah :D

6:10 PM, October 01, 2011

isk pnah tgkap gak cik tikus ni.
sbb korek makanan segalanye2 rosak abis.
ye nama pun mahkluk perosak kan?
haih umah baru ni tatau la cane...
harap xde ler....

9:39 PM, October 01, 2011

Spesis Cencurot lagi jahat suka gigit baju kat almari..... tahi dia bawak penyakit.... issshhhh kena cegah dari terus merebakkkk.... pendawaian letrik pun dia boleh gigit

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda

11:38 PM, October 02, 2011

hehhee,, baguslah sbb berjaya memperdayakan tikus tu masuk perangkap
hehehe
padan muke ko tikus :P

2:24 PM, October 03, 2011

hehe kita ni masalah serupa, tapi ni hal di ofis.. besar rupanya keluarga dia di ofis aku, setakat ni dah 8 ekor tertangkap, tapi mungkin masih ada baki kalau ikutkan kesan yang ada..

2:28 PM, October 12, 2011

hehehe..memilih jugak cik tie ni ek..nak roti oat tuna rupenye..kui3

10:08 AM, July 24, 2012

alhamdulillah, anda seorang yg berperikemanusiaan. tindakan membuang tikus itu jauh dari kawasan penempatan adalah lebih mulia dari menyiksa atau membunuhnya walaupun tikus itu adalah makhluk perosak.

10:09 AM, July 24, 2012

alhamdulillah, anda seorang yg berperikemanusiaan. tindakan membuang tikus itu jauh dari kawasan penempatan adalah lebih mulia dari menyiksa atau membunuhnya walaupun tikus itu adalah makhluk perosak.

Post a Comment

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever