Tips Cara Berkawan

Thursday, February 24, 2011
29 Usha KaMi
Ramai diantara kita mempunyai kawan samada jumlah yang ramai atau sedikit, kawan adalah sahabat dikala kita suka dan duka, tapi kebanyakkan kawan masa suka je yang ramai masa duka memang susah nak dicari, dalam kita memilih kawan kita kena pandai juga menilai personaliti kawan tersebut, adakah kawan kita itu baik atau sebaliknya,

Berkawanlah dengan kawan yang mempunyai akhlak yang baik, apabila kawan itu mempunyai ciri-ciri akhlak yang baik secara tidak langsung dia juga dapat membimbing kita kearah kebaikkan, Sahabat baik adalah sahabat yang sejati.Disini ada sedikit tips cara kita berkawan.



Memahami
menjadi sahabat yang baik kita harus saling memahami antara satu sama lain,Contohnya kawan taknak temankan kita lepak kat kedai mamak tengok bola janganlah kita anggap yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin kawan kita ada kerja lain jadi kita haruslah berangapan baik terhadap kawan kita.



Jangan Dengki
Janganlah kita ada mempunyai hasrat dengki terhadap kejayaan kawan-kawan kita, Bila kawan kita senang sikit beli kereta baru ke mula lah kita merasa iri hati maklum lah kita pakai motor je tak mampu lagi nak beli kereta, sepatutnya kita berbangga dengan kejayaan kawan-kawan kita. mungkin suatu hari nanti rezeki kita pula.






Menghormati
Walaupun kawan kita itu berpendidikan rendah, kerja pun gaji tak seberapa , muka tak cantik, janganlah kita merendahkan dia, kita hendaklah hormat dan menyokong kawan kita, walaupun sekarang kita di atas atau lebih daripada dia kadang-kadang kita akan dibawah juga, hidup ini ibaratkan roda..




Menegur
Jikalau kawan kita itu melakukan kesalahan atau perkara yang tak elok,kita sebagai kawan seharusnya menegur akan perbuatannya, tegurlah cara yang elok sebagai kawan, ini menunjukkan bahawa kita mengambil berat akan diri kawan kita itu.




Membantu
Masa senang kawan memang ramai yang dekat dengan kita apabila kita hidup susah sorang pun tak wujud, sikap kawan begini harus dijauhkan, bantu lah kawan kita yang dalam kesusahan, bantu apa yang kita termampu, sekurang-kurangnya kita cuba untuk menyelesaikan masalah kawan kita, tapi kadang-kadang kita kena berhati-hati juga contohnya jenis kawan yang suka berhutang ,kalau nak minta berbunga-bunga ayat bila nak bayar balik sikit punya susah nak dapat, jenis kawan yang begini haruslah kita elakkan.




Bermaafan
Ini lah sikap yang paling susah nak diamalkan oleh orang kita, kalau beselisihan faham nak minta maaf memang payah kadang-kadang benda yang kecil pun dibesar-besarkan, bertengkar pasal main bola le ,terkutuk member le, sebab dah lama sangat berkawan benda macam tu pun nak jadi kecoh, lepas tu dua-dua tak nak mengalah ,ego lebih, lastly sampai kesudah tak berbaik, buangkan sifat ego tu, biarlah kita mengalah, minta maaf pada kawan kita tu,rasanya nanti dia pun akan rasa terharu siap malu-malu kucing lagi..:)

Read more »

Tips Kuat Ingatan

Sunday, February 20, 2011
54 Usha KaMi
Pernah tak kita terlupa sesuatu perkara, semua orang pernah terlupa dan ada yang susah untuk mengingati balik apa yang hendak kita lakukan, kadang-kadang kita letak barang kat mana-mana baru kejap tadi mesti dah tak ingat kat mana, lagi satu ingat nak buat sesuatu bila dah buat kerja lain terus lupa benda yang kita ingat nak buat tu, jadi macam mana nak bagi ingatan kita menjadi lebih kuat dan tidak mudah lupa, mari kita kongsi bersama tips dibawah ini.

Jangan Tension
Apabila kita dalam keadaan tension dan marah-marah darah akan masuk dengan cepat ke dalam otak dan mengakibatkan kita lupa akan perkara lain. Jadi kita hendaklah mengawal tekanan perasaan kita ,sentiasa bertenang, berfikir dahulu sebelum bertindak.


Makanan
Ada sesetengah makanan yang boleh menguatkan daya ingatan kita antaranya kacang soya, Sayur-sayuran, buah-buahan, zat besi, minyak ikan, buah kurma,  kismis, Rosemary, dan vitamin B. Amalkan lah pemakanan yang sihat untuk meningkatkan daya ingatan kita.


Bersenam
Amalkan aktiviti bersenam kerana bersenam dapat mengalirkan darah ke dalam otak supaya kita akan sentiasa cergas dan cerdas, walaupun kebanyakan kita memang malas nak bersenam apa salahnya kalau luangkan dalam setengah jam masa free kita untuk aktiviti sihat.


Ubat
Kurangkan pengambilan ubat-ubatan kerana ada diantaranya lama kelamaan boleh membawa kesan buruk terhadap otak kita disamping itu buah pinggang kita juga tidak dapat mencuci ubatan tersebut secara keseluruhan.


Nota
Banyak perkara yang kita rancang seperti ingin makan angin bersama keluarga disuatu tempat peranginan atau untuk membeli sesuatu barang ,kita buatlah reminder atau nota tak kira lah tulis dalam diari ke, handset ke asalkan kita dapat rujuk balik untuk ingat semula.


Tidur
Jangan tidur selepas waktu Asar kerana akan melembabkan otak kita ,badan pun akan mudah merasa sakit, ikutlah sunnah Rasulullah SAW yang  mengamalkan tidur sebentar selepas waktu Zuhur dan sebelum waktu Asar.


Hafal
Tanamkan sifat rajin menghafal dan fahami sesuatu perkara ,bacalah berulang kali, barulah kita mudah untuk mengingati balik apa yang kita baca.


Al-Quran
Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


Solat
Selalulah kita mengerjakan solat lima waktu dengan kita sentiasa mengingati serta besyukur kepada Allah SWT. Apabila kita bersujud secara tidak langsung bekalan darah dan oksigen akan mengalir ke otak yang dapat meningkatkan daya ingatan kita supaya menjadi semakin kuat selain itu dengan bersujud anggota badan kita akan bertambah sihat.(Kelebihan Bersujud)
Read more »

Cukur Jambul

Wednesday, February 16, 2011
37 Usha KaMi
Semenjak dah ada baby ni lagi busy dibuatnya,memang besar pengorbanan ibu bapa nak membesarkan anak, bila kita dah punya anak kita akan lebih tahu macam mana susahnya ibu bapa kita membesarkan kita masa kecik dulu,

baby yang baru berusia sebulan lebih ni banyak ragamnya, disebabkan dia masih kecil lagi kita tak tau apa yang dia inginkan, kalau baby menangis apa yang kita kena lakukan,dia lapar ke tapi bagi susu dia taknak, kena tukar pampers ke tapi baru je tukar tadi, nak tidur ke tapi duk ayun buaian masih menangis lagi, pening dibuatnya, mau plak baby yang kena selsema susah dia nak bernafas mula la nak menangis lagi, kalau hantar doktor pun dia takkan bagi ubat sebab kecil lagi,kami hanya buat petua orang tua dengan sapukan kunyit hidup yang digesek nak bagi kurang sikit selsema dia, kesian tengok baby selsema batuk-batuk.

Jumaat yang lalu kami ada buat majlis cukur jambul , baby kami cukur botak licin selamat le tak banyak meragam elok je dicukur. lepas je kena cukur esoknya asyik menangis je mungkin dia tak biasa lagi dengan keadaan takde rambut kot,kami pun selalu tutup kepala dia baru le dia ok sikit.dah lepas semingu rambut pun dah tumbuh banyak.

Sebelum cukur jambul, rambut masih terpacak.


Slow-slow je makcik cukur rambut baby. kepala baby masa ni masih lembut lagi hanya yang pakar je pandai mencukur ni, makcik ni pun bekas bidan juga tu yang dia tau.


Dah siap pun, macam syok je Azfar Darwisy ni kena cukur, comelnyer geram papa dengan mama dibuatnya.

Read more »

Bas Jamu Nasi Goreng Ayam

Tuesday, February 8, 2011
47 Usha KaMi
Salam, dah lama tak naik bas,hari tu aku balik dari tempat kerja kat kelantan untuk ke kedah, disebabkan flight dari Kota Bharu ke Alor Setar takde terpaksa la naik bas bukan apa malas nak duk lama-lama sampai 7 8 jam letih dibuatnya,kemudian chopper pula landing kat Airport Pengkalan Chepa tu pukul 9.30 pagi jadi tak sempat lah nak kejar bas pukul 10 pagi,

Payah juga jadual perjalanan bas ke Kedah ni ada dua masa je iaitu 10 pagi dan 10 malam, takkan nak bertapa tunggu bas yang malam tu, tak kuasa den..huhu, jadi terpaksa cari alternatif lain jumpalah bas express Nice exclusif kira macam bas VVVIP (macam banyak je V tu..hehe) ,harga tiket mahal sikit le, dapat pukul 11 pagi plak, Bas ni sampai Butterworth je so kat sana kena cari bas lagi sambung ke Alor Setar,takpe la dari duk saja kat bus station Kota Bharu tu jenuh juga.Jom kita usha sikit keadaan Bas Nice ni.

Nampak macam menarik je kan lebih kurang macam bas express lain juga,yang ni dua tingkat.



Korang nampak tak yang kat bawah seat tu,yang tu boleh angkat nak support kaki,pastu jarak antara seat depan dengan kita lebih kurang 1 meter,kira boleh la nak sandar lebih ,kalau tidak ada bas yang sempit, kaki pun sangkut bayangkan lah lebih 5 jam duk tersepit boleh tension dibuatnya.



Siap ada rak buku lagi bole la baca-baca kalau bosan, dari tadi ambil gambar takde penumpang je, biasa la bas tambang mahal sikit orang kurang naik kot,yang aku naik ni pun ada 4 orang je penumpang..hehe



Tengah syok layan mimpi tetiba kena kejut dengan pelayan bas tu,jangan korang ingat naik flight je ada stewardess bas pun ada, dia letak nasi goreng ayam dengan teh o panas, sebenarnya nak bagitau benda ni je tak pernah lagi naik bas dapat makan free..hehe


Itu je lah nak kongsi kat korang, boleh kata selesa la naik bas ni,harga tiket mahal sikit, biasa pergi dalam 30 ringgit lebih yang ni 54 ringgit,ok la kot .berbaloi rasanya dengan apa yang ada,saja nak promote tak dapat apa pun..:) kalau korang nak tempah atau booking tiket melalui online pun bole klik sini http://www.ticket4u.com.my/nice/

p/s: Sabtu ni kami balik rumah kat KL, selepas 3 bulan lebih menetap sementara di Kedah, Orang rumah pun dah nak habis berpantang lepas bersalin hari tu.Tibalah masa pulang ke Rumah kami bersama orang baru..:)
Read more »

Tips Jimat Minyak

Wednesday, February 2, 2011
63 Usha KaMi
Salam... Tips lagi, asyik post pasal tips jer, sekarang ni kerja out station so tak balik rumah lagi jadi takde la cerita pasal family kami, kerja kawasan pelantar minyak ni macam ni la,2 minggu kerja 2 minggu duk rumah, sekarang ni minyak pun naik harga lagi, nampak macam tak banyak tapi kalau setiap dua tiga bulan naik, setahun dah berapa banyak jadinya, hmmm.. Kami ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk menjimatkan pengunaan minyak petrol, boleh le kita sama-sama kurangkan sikit beban kita.


Berat
  • Berat yang berlebihan dalam kenderaan memberi kesan pada kelajuan kenderaan kita, semakin berat semakin banyak tenaga dan minyak digunakan, Jadi keluarkan lah besi-besi,perkakas dapur,air masak, bantal busuk dan apa-benda yang rasa tidak sepatutnya berada dalam kenderaan tu.

Tayar
  •  Selalu lah periksa tekanan tayar kita, Tekanan tayar yang kurang mengakibatkan penggunaan minyak sebanyak 30 % lebih dari keadaan tayar yang cukup angin, Selain itu mengurangkan terjadinya risiko tayar pecah.kena ambil berat pasal ni.

Kelajuan
  • Pandu kenderaan dengan laju akan menggunakan tekan minyak yang banyak, jadi ikutlah had laju jalan raya yang ditetapkan minyak save nyawa pun selamat, terlalu perlahan pun tidak elok kerana beban kenderaan menjadi berat, lagi satu kalau yang bawa kenderaan tu rasa macam slow tolong le duk line kiri bagi le yang agak laju ni nak potong.(saja nak bagi ingat..hehe)

Aircond
  • Kalau dah agak-agak minyak tu nak habis sebelum sampai station minyak ,perlahankan lah aircond tu kalau boleh tutup terus,aircond pun salah satu punca minyak berkurangan..Kami prefer guna Shell dari yang lain,kenapa..hanya orang tertentu je yang tau..hehe

Panaskan Enjin
  • Memang  elok kalau pagi-pagi tu sebelum nak pergi kerja ke kemana ke dipanaskan enjin kenderaan tapi tak perlu terlalu lama ,dalam 2 3 minit dah ok dah,nanti masa memandu bawa slow dulu supaya engine stabil.Kenapa tak boleh lama,tau je la kan pagi-pagi tu sejuk,enjin tu besi, kalau terlalu panas boleh mengakibatkan enjin cepat rosak, minyak pun membazir.

Tunggu
  • Elakkanlah menunggu didalam kenderaan dengan enjin kenderaan masih hidup, kalau rasa lama lagi nak gerak sila matikan engine korang, lebih jimat kalau korang rehatkan kereta dan start semula dari membiarkan sahaja, tapi ramai yang standby enjin running je kat tepi kedai tu ,kalau Polis datang boleh gerak terus..

Tingkap
  • Elakkan buka tingkap kenderaan terlalu besar apabila korang memandu laju disebabkan rintangan udara yang mengurangkan kelajuan kenderaan korang, dengan ini korang dapat jimatkan minyak sebanyak 10%..Kenderaan pun takde bunyi bising.

Isi Minyak
  • Ada orang kata isi minyak pada waktu malam atau pada waktu yang sejuk lepas hujan ke lebih menjimatkan, ini disebabkan molekul-molekul minyak lebih tumpat dari waktu panas dan pada waktu panas haba yang tinggi menghasilkan gas yang banyak, orang katalah tapi kami selalu isi waktu malam nampak juga hasilnya..:)


Itu sahajalah tips yang dapat kami kongsikan, Kenderaan korang pun kena maintain service, bila dah tiba masanya pergilah service enjin kenderaan tu supaya enjin tu tahan lama dan berkeadaan baik,bila semua dah diservice baik pengunaan minyak korang pun berkurang..baru teringat balik ni dah tiba masa service kereta, terbang lah lagi duit..huhu
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever