Peristiwa Lawak Di Pagi Sahur

Tuesday, August 24, 2010
Salam Puasa, Aku ingin bercerita sedikit pengalaman lawak ku  sewaktu bersahur di asrama kolej waktu dulu-dulu, sampai sekarang masih teringat lagi Peristiwa yang mengeletek ibu jari ku.. Ceritanya begini..

Pada suatu hari diwaktu subuh yang sunyi dibulan puasa yang mulia , Tinggallah 6 orang student di dalam sebuah bilik yang agak gelap gelita.. Kerana malam semalam ade cerita gusti WWF kat T.V ,disambung plak sembang-sembang bergosip sampai lewat pagi baru ler kesemuanya tido dengan lena selenanya kerana esok nak bangun sahur..
Kedengaran lah dengkuran silih berganti seperti guruh sambung menyambung…Tiba-tiba…..

KKRriiinnnnnnnnggGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG….. Jam Berbunyi…

Si Samad(bukan nama sebenar) kawan ku bangun dengan bersemangat ke bilik air dan diikuti 3 yang lain  serta diriku kebilik air utk mencuci muka dan gosok gigi..Tinggallah Si Majid(bukan nama sebenar) baru terpinga-pinga bangun terus memasak air dalam heater murah disebabkan hari keenam puasa adalah giliran si Majid untuk buat air Nescafe Tarik untuk jamuan kami berenam besahur, Padahal ade jer disediakan makanan free untuk besahur di Kantin tapi kerana kedudukan kantin yang agak jauh dan kemalasan nak salin baju jadi kami besahur dibilik sahajalah..

Selepas air masak kami berenam membuat tugas masing-masing ade yang buat maggi, ade yang letak tin biskut dan diriku sediakan roti Gardenia dengan jem kaya.. Si Majid dengan tak basuh mukanya serta mata sepet iras-iras pelakon korea kerana mengantuk giler penangan tidor lambat terus mencurah air panas kedalam kole untuk membuat air Nescafe Tarik ala-ala kedai mamak itu dengan tekun..
 Selepas itu aku terbau benda wangi dalam bilik kami,  kami bertanya sesame sendiri..

Diri ku       : Eh! korang ade bau wangi tak…?
Si Samad    : A’a ek bau ape tu…?
Si Ramli      : Pagi ni pagi jumaat, takkan lah…..
Si Harun     : haishh… benda tu selalu malam jumaat pagi-pagi mana ade,lagi pun      bulan puasa semua setan kena rantai..
Si Kasim     : Ishh.. seram sejuk plak aku..

Semakin lama semakin kuat bau wangi tersebut….
Tiba-tiba..Puugrghhhhhh..tuiih tuiih..Si Majid besembur sambil meludah-ludah..

Diri ku                   : Apasal Majid?
Si Majid                : Perghh..Pahit payau…

Bila kami berlima usha tengok balik kole air Nescafe tu dah berbuih-buih banyak ingat kan baekk punya tarik rupanya Si Majid salah masuk kan , dia ingat coffee-mate rupanya serbuk sabun cap harimau , disebabkan semalam Si kasim letak bekas serbuk sabun dengan bekas coffee-mate sebelah menyebelah menyebabkan Si Majid tersalah angkat…

Baru kami sedar bau wangi tu rupanya dari air sabun panas yang dibancuh.. Hahaha… riuh satu bilik gelakkan Si Majid, selamat ler sabun tu berbau kalau tak mau berbuih kami minum... itu lah pengalaman sahur ku masa belajar dulu,..  Pengajarannya lain kali basuh muka dulu sebelum sediakan juadah bersahur…

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever