Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati

Monday, September 13, 2010

Buat masa sekarang pihak berkuasa sedang berusaha mencari bahan bukti terhadap kes pembunuhan Sosilawati dan 3 orang lagi. Diharapkan mereka dapat menjumpai kesemua bukti tersebut dan menheret penjenayah-penjenayah tersebut kemuka pengadilan.



BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin, Ahad menjalankan kerja menyelam di Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, untuk mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lain.

Tinjauan Bernama berhampiran sungai itu yang terletak di jalan utama menuju Banting-Tanjung Sepat mendapati pasukan polis memeriksa bahan yang kelihatan seperti tulang berwarna kelabu kehitam-hitaman.
Daripada pemerhatian, terdapat beberapa penandaan (marking) diletakkan pada bahan-bahan itu.

Memandangkan para wartawan tidak dibenarkan menghampiri kawasan operasi itu, mereka terpaksa berpusing di sekitar kawasan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.


Polis pada Ahad mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga orang lain mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.
Tiga orang lagi itu ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
ANGGOTA forensik bersama jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika mencari bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.
 
Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.
Operasi polis ini menarik perhatian orang ramai yang cuba memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Sementara itu, orang ramai turut berkumpul di satu kawasan yang terletak kira-kira 600 meter dari Ladang Gadong, tempat di mana mangsa-mangsa dipercayai dibakar.
Kira-kira pukul 6 petang, polis mengarahkan mereka bersurai dan hanya membenarkan wartawan berada di situ. - BERNAMA\

Sumber: mStar Online
Read more »

Nash Terkejut Sosilawati DiBunuh

Sunday, September 12, 2010

Dengan tertangkapnya 7 orang suspek ,dan disoal siasat oleh pihak polis ,4 diantara mereka telah mengaku  bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa. Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.Nash bekas suami Sosilawati terkejut dengan berita tersebut sewaktu ditemuramah oleh wartawan MStar Online.



PETALING JAYA: Penyanyi Nasharuddin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash (gambar) terkejut apabila menerima berita pembunuhan bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya, 47.

Nash berkata, beliau mengetahui berita sedih itu melalui laporan media pada Ahad.
 "Seperti rakyat negara yang lain, saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Mangsa-mangsa tidak sewajarnya dibunuh secara kejam.
 "Saya ingin mengucapkan takziah kepada anak-anak Sosilawati dan waris keluarga tiga mangsa yang lain," katanya kepada mStar Online.
Sosilawati.

Media pada Ahad, melaporkan Sosilawati dan tiga rakan lelakinya dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang di sebatang sungai di Tanjung Sepat, Banting.

Nash berdoa semoga roh keempat-empat mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
"Saya sedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan yang lain," katanya yang berada di Sabah atas urusan kerja. 

Sumber: mStar Online
Read more »

Sosilawati DiBunuh?


Salam semua, kami baru terbaca berita yang menyatakan Datuk Sosilawati bersama 3 orang lagi dijumpai rentung di Morib, tapi pakar forensik hanya tiba ditempat kejadian pada pukul 8 pagi ini. Pihak2 media pun tidak dibenarkan menghampiri kawasan kejadian dan telah diblock jalan dari Tanjung Sepat ke Pantai Morib.



KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
Sumber: Utusan 





KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.
Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah. 
Sumber: Kosmo

Kalau lah benar berita itu, Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, Zaman sekarang ni manusia semakin kejam sanggup lakukan apa sahaja demi kepuasan dan kepentingan diri, sehinggakan rentung mayat itu dibakar oleh pembunuh tersebut. MasyaAllah..

Read more »

Tips Menurunkan Berat Badan


Salam Syawal.. Macam mana dengan raya semua, seronok ker, ini baru mula raya, open house banyak lagi nak kena pergi, sampai hujung bulan Syawal berat badan pun berkilo-kilo naik..Baju raya yang ditempah pun dah tak muat pakai ape..hehe..jadi Kami ingin berkongsi sedikit Tips Mengurangkan Berat Badan:


Penjagaan Pemakanan
Dengan mengamalkan meminum teh hijau kita dapat membakar lebih dari 70 kalori dalam badan. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak kerana makanan yg berlemak mudah diserap oleh badan kita dan tahap pembakaran kalorinya adalah sangat rendah,Makanan berunsurkan minyak dan bergoreng juga mesti dielakkan yang menyebabkan penambahan kadar kandungan kolestrol dalam badan kita. Dimusim Raya ini Makanan seperti  Lemang ,Ketupat, Rendang hendaklah dikurangkan jangan terlalu mengikut nafsu makan yang boleh memudaratkan kesihatan kita.
p/s: (Nak cepat lagi kurus kurangkan makan Nasi selama setahun dan kita akan dapat tengok hasilnya)


Minum Air 
Dengan meminum air segar sebanyak-banyaknya merupakan salah satu cara kita untuk mengurangkan nafsu makan. Selain membuat perut kita terasa penuh, kita akan kurang merasa lapar. Kita digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari supaya badan kita segar dan sentiasa bertenaga. Jangan minum minuman bergas maklum ler musim perayaan ni kita dihidangkan juga dengan air-air bergas,kandungan kalori air gas ini adalah sebanyak 360 kj  yang boleh memudaratkan kesihatan.


Adab Waktu Makan
Digalakkan kita makan dalam kuantiti yang sedikit dalam sesuatu masa jangan sampai penuh satu pinggan, lebih elok kita mengikut Sunnah Rasulullah SAW berhenti sebelum kenyang.. dalam beberapa jam lagi apabila kita terasa lapar lagi kita bole makan sedikit lagi..Makanlah dengan cara perlahan-lahan, mengunyah makanan dahulu sehingga habis barulah sambung makan semula, Jangan mengamalkan sambil makan sambil minum air kerana perut akan cepat kembung, menyudahkan makanan kita dahulu kemudian tunggu beberapa minit barulah kita minum air.


Senaman
Senaman adalah perkara yang penting kita lakukan untuk mengurangkan berat badan seperti yang kita semua tahu sebelum ini, Cuma masalahnya orang kita tidak rajin bersenam seperti Orang diluar negara seperti Jepun , Eropah yang mengamalkan aktiviti senaman sebagai cara hidup mereka. Apabila kita kerap bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari ,kandungan kalori didalam badan kita akan menurun dengan kadar yang cepat.

4 perkara diatas adalah Tips ringkas daripada kami, diharap kita dapat mengamalkannya bersama.. kalau ade yang hendak ditambah lagi bolehlah nyatakan di ruang komen untuk dikongsi bersama..




Read more »

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami

Tuesday, September 7, 2010


 


Salam Ceria Semua.. Alhamdulillah akhirnya kita dapat menjalani Ibadat Puasa dengan baik dan sempurna.. Hari Raya adalah hari kemenangan, kegembiraan, dan kesyukuran kita kepada Allah SWT setelah kita berpuasa sebulan dengan penuh rasa insaf dan keimanan kepada Nya..

Semua Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah SWT bersempena dengan hari yang mulia ini.Diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w iaitu: 


Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Dan daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid. 

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis. 

Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat. 

Pada waktu ini mesti ramai yang sudah balik kampung bergembira beraya bersama keluarga yang tersayang kalau yang tidak balik kampung pun tetap meriah juge walau pun sibuk dengan kerja ,yang penting kita dapat meraikannya dengan rasa kesyukuran.. selalunya masa begini lah, kita satu keluarga dapat berkumpul dan bermesra bersama sanak saudara, bukan senang hendak berkumpul bersama kerana ade yang tinggal jauh ,jarang sekali hendak berjumpa kerana sibuk dengan urusan masing2,dengan adanya Hari Raya ini dapatlah kita mengeratkan lagi tali pesaudaraan dengan lebih erat.
Dihari Raya juga kita digalakkan bermaafan ,buang yang keruh ambil yang jernih, lupakan segala dendam dan rasa tidak puas hati kita, maafkan lah kesalahan yang lalu...Apabila kita memaafkan orang lain kita akan mudah mendapat keampunan Allah S.W.T. dan akan ditempatkan di syurga.. Allah ‘Azza wajallah berfirman:


… dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nuur (24) : 22)



Nampaknya sekarang semua kelihatan sibuk menyediakan keperluan untuk beraya, baju raya pun dah bekilat2 dari jauh lagi..hehe..ada yang sibuk melayan tetamu2 yang datang kerumah dan juge menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Diharapkan Raya pada kali ini adalah Hari Raya yang lebih bahagia dari yang dulu.
Di sini Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger dan pada semua yang mengenali kami, Jikalau ade tekasar bahasa atau tersilap kata sepanjang berblogging ini harap dimaafkan. Semoga kita dapat meraikan Hari yang berbahagia ini dengan hati yang suci murni dan riang gembira..




Read more »

Black and White Contest

Sunday, September 5, 2010
 
 Salam Puasa.. Kami masuk Contest Black & White yang tak bekaler,ini contest kami yang kedua,  Che Armster telah mengeTag kat kami untuk menyertainya kebetulan beliau juge mencadangkan gambar hitam putih yang kami da ade ini diletakkan untuk menjimatkan masa sebab tarikh tutup esok jer, bole tahan juge Che Armster mengenakan kami..takpe kami sahut cabaran tersebut (macam masuk amazing race la plak) hehe..


Syarat2 Pertandingan seperti yang dinyatakan oleh tuan punya Blog Muhamad Hisyam Bin Sidek ini ialah: 
  • Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
  • Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
  • Anda hendaklah meng-Upload gmba hitan dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
  • Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...
  • Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...
  • Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag..
  • PENTING.... sila tinggalkan link yang anda upload gmba anda tu kat comment post ini yup... nanti sy xtau plak.. 


So kami Tag balik kat Che Armster sebab esok dah tarikh luput ,dia dah buat so senang citer.. Kalau menang bole kami bagi duit raya kat budak2 kecil yang nak datang beraya nanti kalau bapak budak nak pun apa salah nya..hehe
Read more »

Tips Open House Raya

Saturday, September 4, 2010


Salam semua.. macam mana persiapan raya dah siap semua, langsir, sofa, karpet dengan pasu bunga da tukar baru ker..hehe belum masuk baju2 raya, kuih raya lagi mesti kering jer pas raya nanti, jangan boros sangat nanti pening lalat dibuatnye.. Mesti ade yang  ingin buat rumah terbuka kan maklum ler sedara mara dah le ramai, kawan2 lagi dah lama tak jumpa, mesti nak sembang2 beramah mesra balik..jadi kami ingin berkongsikan sikit Tips Open House yang akan dibuat dirumah nanti..


Waktu
  • Carilah waktu yang sesuai untuk mengajak sedara mara dan rakan2 kerumah ,di Hari Raya kebiasaannya pukul 10 pagi keatas ler,kalau selain hari raya eloklah hari minggu sebab time tu orang cuti boleh lah nak bawa family berkunjung ke rumah anda..kalau lagi bagus hari ni ajak kawan2 esok ajak sedara mara pule, baru tak haru biru..
Rumah
  • Rumah hendaklah dikemaskan dulu maklum ler anak lari sana lari sini habis besepah, kena pandai kawal diaorang ,susun elok2 barang2 kat ruang tamu tu,kalau bole pindahkan dulu perabot rumah yang menyempitkan kawasan tersebut ,ramai tu nak datang rumah mana nak duduk kalau budget besar sikit bole letak khemah kat luar rumah..

Makanan
  • Makanan penting juge sebab masa tu ler orang nak rasa masakan kite, takkan ler beli kat kedai kot takpun masak sardin cicah nasi impit jer, buat ler laksa ke, mee kari ke, nasi tomato ke, nak mudah sikit buat bihun atau mee goreng.. tapi lagi best masak lain dari yang lain baru orang rasa syok nak makan maklum ler hari tu jer da berapa rumah diaorang layan takkan le asik makan nasi impit dengan kuah kacang jer..lagi satu air pun bagi ler best sikit, asik sirap dengan oren jer buat air tebu bandung ke kan dah lain tu..hehe

Astro
  • Apabila ada tetamu jangan ler kita pasang TV tu kuat2 slow ler sikit sound tu jenuh tejerit2 padahal bersembang dekat jer, tetamu malu le nak slow kan tuan rumah buat tak tau jer, Channel plak bagi le yang best sikit ade ke pasang AXN (you think you can dance) tak senonoh jadinye, pasang citer2 bekenaan raya ler baru masuk..
Layanan
  •  Member2 datang 3 4 biji kereta, tak sampai 10 minit sedara mara plak datang, kebanyakkan nya mesti layan member lebih, maklum ler lama tak jumpa, sedara mesti ade yang terasa tak dilayan, jadi biar sama rata, kena ler gerak lebih sikit sekejap layan sini sekejap pegi layan sana plak ,sapa suruh ajak sekali gus menjawab ler..hehe, lagi satu time orang datang time tu ler dia nak kemas rumah ,sapu lantai, baiki mesin basuh, berhenti seketika yer..
Tabiat
  • Tabiat kita kena dilupakan sementara, jangan lah orang tengah besembang dengan kita duk main picit2 SMS tu..sikit2 tunduk tekan2, mau tensen tetamu kita yang tengah duk sembang rancak ni.. Pakaian pun biar sopan sikit, jangan ler sexy ,pakai ketat2, ade siap pakai seluar pendek jer, walaupun member baik ,time open house sopan le sikit..

Duit Raya
  • Kalau ade budak2 datang sekali hulur2 ler sikit duit raya tu at least singgit ker budak tu siap dua kali salam lagi, ini buat bodo jer, lagi satu kalau bole bubuh dalam sampul raya le kan nampak meriah sikit , baru macam duit raya ,bagi macam tu je dah macam suruh gi beli gula sekilo kat kedai runcit plak..hehe

Buat open house setahun skali jer kot apa salahnya kita lakukan , kalau tak cukup budget pun ringkas2 sudah supaya kita dapat mengeratkan lagi tali silaturahim sesama kita..Itu sahaja le tips ringkas yang dapat kami kongsikan, kalau ada apa2 yang nak ditambah bole add dekat kotak komen tu yer.. bagi sesiapa yang balik kampung hati2 memandu ingatlah orang tersayang.. 






Read more »

Aktiviti Kat Kampung DiBulan Puasa

Thursday, September 2, 2010

Salam semua.. Nak dekat2 raya kami busy sikit banyak benda nak buat jadual full kalah Menteri Kerjaraya..hehe.. cuti hujung minggu lepas kami balik Kedah, berpuasa disana sebab raya kali ni tak dapat balik kampung kerana kena bekerja dihari Raya nanti..huhu.. Kampung di Kuala Nerang kawasan yang agak pedalaman juge ler, sikit lagi nak sampai sempadan siam mau pule kawasan kampung yang dalam jauh dari pekan Kuala Nerang tu slang cakap ade lain sikit contoh macam nak air kat sana panggil nak ey.. tak tahu kat sana cakap tak tu...ni baru sepatah dua kalau banyak bole nganga dibuatnye..hehe


Aktiviti kat sana sama juge macam tempat lain , pagi besahur bersama keluarga ,petang2 pegi bazar ramadhan siap2 juadah berbuka buat kuih ke air ke.. dan malam hari terawih, cuma suasana kampung lain dari dibandar rasa feeling lebih sikit.. Hari kedua kami pergi shopping kat Pekan Rabu dekat Alor Setar, usha2 baju raya ,kat situ banyak jual design baju melayu Raihan beli ler satu sebab adik dah tempah sebelum pegi lagi kami punya dah beli kat K.L jadi kat sini niat sebenar nak beli kerepek2 untuk hari raya nanti, kerepek2 murah2 kat sana.. apalagi borong  ler nanti raya banyak jamu kerepek2 jer dekat tetamu baru senang habis, selalunya kuih raya ni orang makan seketul dua jer ade ler letak 2 3 jenis kuih raya dalam balang jer.. Kat Pekan Rabu tu pun ade jual macam2 jenis serunding, syok tu makan dengan lemang ker. memang mengasikkan,kami beli ler sikit ,hehe...

On the way balik dari  Alor Setar nak pi balik kampung singgah sat kat bazaar pekan Kuala Nerang tu, besar juge le, kami cari le benda yang takde dijual kat KL ..mmm kebanyakkan nya semua sama jer kalau ade beza pun dari segi harga murah sikit dan rasa memang sedap ler tak ler kureng rasa macam kat bandar tu save lebih... Tengah jalan2 jumpa gerai orang siam, ramai juga penduduk siam yang bermaustatin kat sana , dia jual mee dengan bihun tom yam.yang bestnyer kat situ juge dia masak so kena tunggu kejap ler, terliur dibuatnye tengok dia masak ,unik kan selalu kita dapat dah siap terus tinggal nak cedok kuah jer..balik rumah berbuka dengan bihun tomyam siam tu dulu,,memang sedap dan pedas..perghh... banyak juge ler beli makanan berbuka macam membazir pun ade tapi ramai family kat rumah kira habis juge ler semua.. memang seronok berbuka puasa kat kampung..

3 4 hari duduk kampung dah kena balik KL ,arghh.. malasnya nak kerja, rasa nak cuti panjang jer lagi.. On the way balik ikut jalan dekat Pokok Sena menghala Langgar kat tepi jalan tu ade jual lemang , besar juge ler kedai lemang tu, memang dah popular kedai lemang tu,ade satu kedai tu jer kalau lalu kat sana gerenti perasan ,sehari je diaorang bakar lemang tu gerenti habis..Kami pun tak lepaskan peluang rembat ler 2 3 batang buat ole2 dari kampung sebab lemang bole tahan 2 3 hari juge ler kalau simpan kat dalam peti ais,harga pun tak mahal mana dalam 6 ringgit keatas ikut pada saiz lemang tu..
Kami beli lemang jagung,susah juge nak jumpa lemang ni selalu lemang biasa jer..Amacam pernah rasa tak, makan dengan serunding ker rendang daging ,memang best, Kami memang suka sangat dengan lemang ni bila bulan puasa ker raya ker tak pernah miss..maklum ler setahun sekali jer ,Lemang kampung lain,kita dapat rasa lemak dia, rasa bakar pun masak betul ,bukan semua orang pandai bakar lemang ni kena ade skill juge..
 Sekejap jer rasanya masa berlalu,Tinggal berapa hari jer lagi kita nak berpuasa kan, jadi 10 malam akhir di bulan ramadhan ini marilah kita mencari keberkatan Malam 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar ,mendekatkan lah diri pada Allah SWT dengan penuh rasa keimanan supaya kita mendapat Nikmat Syurga dari Nya....amin.
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever