Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami

Tuesday, September 7, 2010


 


Salam Ceria Semua.. Alhamdulillah akhirnya kita dapat menjalani Ibadat Puasa dengan baik dan sempurna.. Hari Raya adalah hari kemenangan, kegembiraan, dan kesyukuran kita kepada Allah SWT setelah kita berpuasa sebulan dengan penuh rasa insaf dan keimanan kepada Nya..

Semua Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah SWT bersempena dengan hari yang mulia ini.Diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w iaitu: 


Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Dan daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid. 

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis. 

Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat. 

Pada waktu ini mesti ramai yang sudah balik kampung bergembira beraya bersama keluarga yang tersayang kalau yang tidak balik kampung pun tetap meriah juge walau pun sibuk dengan kerja ,yang penting kita dapat meraikannya dengan rasa kesyukuran.. selalunya masa begini lah, kita satu keluarga dapat berkumpul dan bermesra bersama sanak saudara, bukan senang hendak berkumpul bersama kerana ade yang tinggal jauh ,jarang sekali hendak berjumpa kerana sibuk dengan urusan masing2,dengan adanya Hari Raya ini dapatlah kita mengeratkan lagi tali pesaudaraan dengan lebih erat.
Dihari Raya juga kita digalakkan bermaafan ,buang yang keruh ambil yang jernih, lupakan segala dendam dan rasa tidak puas hati kita, maafkan lah kesalahan yang lalu...Apabila kita memaafkan orang lain kita akan mudah mendapat keampunan Allah S.W.T. dan akan ditempatkan di syurga.. Allah ‘Azza wajallah berfirman:


… dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nuur (24) : 22)



Nampaknya sekarang semua kelihatan sibuk menyediakan keperluan untuk beraya, baju raya pun dah bekilat2 dari jauh lagi..hehe..ada yang sibuk melayan tetamu2 yang datang kerumah dan juge menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Diharapkan Raya pada kali ini adalah Hari Raya yang lebih bahagia dari yang dulu.
Di sini Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger dan pada semua yang mengenali kami, Jikalau ade tekasar bahasa atau tersilap kata sepanjang berblogging ini harap dimaafkan. Semoga kita dapat meraikan Hari yang berbahagia ini dengan hati yang suci murni dan riang gembira..




 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever