Pemandangan diatas Kapal dikala Senja

Monday, August 9, 2010
Salam Semua... skang tengah kerja, tak macam kerja darat sabtu ahad cuti ,kerja hari biasa pun balik rumah dah bole relax, kalau kat platform dekat tengah laut ni 2 minggu kerja direct ,baru ler dapat 2 minggu cuti..hehe lama ker.. Jadi sibuk sikit takde masa nak update blog..

Nak share skit pemandangan diwaktu senja di atas kapal masa kerja dulu ,time ni mesti da nak berbuka bole le kita menjamah dan menikmati juadah berbuka tu tapi jangan lebih2 nanti mesti rasa malas nak pegi terawih..hihi..

 Nampak ker matahari nak terbenam kat hujung sana tu..ni masa tengah underway.




Ni kat Bridge wings masa Anchor kat Tanjung Pelepas Johor..Tengah Anchor ni,ape tu anchor maksudnya berlabuh..




Yang last ni kat perairan Singapore, kapal kecil kat depan tu tgh cross ,kami tgh anchor juge ni.

Read more »

Sampai Bilakah Kekejaman Ini?

Saturday, August 7, 2010


SUMBER : METRO

Salam sejahtera.. Hari ni kami baca paper metro muka surat depan keluar benda ni lagi.. aii sampai bila ler kes buang Baby ni nak berakhir.. Diaorang tak tefikir langsung ker kalau diaorang diperlakukan sebegini masa diaorang lahir dulu, Apa perasaan diaorang.. Kerana mengikut sangat nafsu serakah tu lahirlah anak luar nikah ni, kemudian nak tutup malu punya pasal dari pengetahuan masyarakat buang jer merata2 sampai dalam longkang yang penuh dengan air kotor dan busuk tu..Buang hidup2 plak tu,bayangkan betapa seksanya Baby tu lemas dan menangis terseksa.. Betapa kejam dan besifat mengalahkan binatang diaorang ni..


Terlalu sedih bila tahu kejadian buang baby merata2 macamkan sampah plak...Apekejadahnya... Kami mengharapkan pihak kerajaan meningkatkan lagi hukuman yang lebih berat terhadap sesiapa yang melakukan pembuangan baby macam ni seperti akan dikenakan hukuman gantung sampai mati pada sesiapa yang buang Baby walaupun Baby tu tak meninggal lagi tapi bole mengakibatkan kematiaan jadi hukum sahaja begitu manatahu apabila heboh pasal hukuman tersebut kemungkinan diaorang takut membuang Baby lagi, kalau nak kira bab agama memang buat bodo jer memang dah tak takut dengan tuhan langsung..Ibu bapa pun seharusnya mendidik anak2 dengan nilai2 agama dari kecil lagi supaya bila besar tak ler melakukan perkara2 tak senonoh macam nie..

Diharapkan kami tidak membaca kes pembuangan baby seperti ni lagi, muka surat depan plak tu memang dah macam kes biasa bagi rakyat Malaysia....Tolong ler Berhenti Buat cam ni..Kesiannyer lah Baby tu....
Read more »

Jalan2 Sunway Pyramid

Thursday, August 5, 2010
Salam... Hari minggu lepas kami jalan2 kat pegi pyramid kat bandar sunway.. ramai juge orang ingat nak usha movie baru ler skali tgk kat TGV cinema kat atas tu pergh skit punya panjang beratur.. mmm jadi malas terus so cancel ler save money..hehe

So jalan2 le ronda2 dalam pyramid tu,dulu kami pergi kecik je sekarang dah besar banyak penambahan jalan pun bepusing2.. kalau tak ingat mana parking kereta sah tak jumpa kat mana parking tadi..pastu usha2 ler diaorang main ice skating ,macam syok jer tapi tak reti nak main tengok je ler orang main nanti tak pasal2 jatuh macam nangka busuk,,hehe

Dah penat ronda2 kami pun lepak ler kat restoran chicken rice shop..

Ape lagi da tengok menu order ler (mama suka curry laksa, lagu tema..) dengan dumpling sup ayam sajer je order ni tepengaruh tengok halal orient kat channel oasis tu..hehe


Tunggu punya tunggu dekat setengah jam pergh da macam tunggu ayam betelur ni selalunya restoran cam ni cepat jer,da hangin panggil ler budak yang kerja kat situ tu.. dia datang bawa buku menu plak tak bole blah betul...da ambil order bang oii ,baru ler dia cepat2 pegi check..




dalam 5 minit baru sampai..mmm agaknyer lupa kot sabar je ler.. sori ler complain sebagai customer.. ok jom makan sedap juge.. pasni maybe beli makanan kat bazaar plak maklum ler bulan Ramadhan, baru ler meriah,yer tak...
Read more »

Duit 50 Ringgit Ade Beza Perasan Tak?

Wednesday, August 4, 2010
Salam sejahtera.. nak tunjuk skit perbezaan duit 50 ringgit yang baru ni.. sama ada korang da perasan dulu atau kami yang baru nak perasan..sesetengah duit tu ade lambang logo 50 .. dah lama pegang baru nak perasan..

Dengar orang kata ler bukan kami kata.. kalau kita kumpul yang ade logo 50 tu satu hari nanti bole jual balik dengan harga 200 ringgit sekeping ,betul ker tipu ni atau wa kena beb.. Orang kata yer dengar kabar angin jer.. (nanti semua duk kumpul plak, hehe)



Kenape ada Beza ,ade sape yang Tau...


Read more »

Kelisa Idaman Kami

Tuesday, August 3, 2010
Salam muhibah salam mesra.. hehe.. kami ade bela kelisa , dulu dah bubuh post pasal kelisa kami, ni nak tunjuk gambar kelisa kami bila besar nanti, macam ni le rupanya.. gambar2 ni ambil masa kami jalan2 kat tasik Shah Alam , kedai Aquarium ni bersebelahan dengan taman air Wet World.

Kat situ ade macam2 ikan, byk jual ikan kelisa macam2 jenis,chilli red,yellow tail,green arowana, super red, kalimantan red,banjar red, golden malaysia pun ade.semua harga beribu2 depend pada size dan jenis paling mahal Golden Malaysia ler..kalau yang kecil 3 4 ratus juge..mahal juge kalau da minat hentam sajer..lagi 2 tahun maybe ikan kelisa kami besar cam ni kot..








Amacam ader minat nak bela....
Read more »

Pemeriksaan Kandungan kali ke Tiga

Monday, August 2, 2010
Hari ini 02 Ogos 2010 kami pergi ke klinik kerajaan untuk buat pemeriksaan kandungan kali ketiga.. kandungan sekarang sudah 4 bulan lebih.. balik dari kerja petang tadi terus pegi klinik ,sampai sana ambil nombor giliran tak payah tunggu lama dah kena panggil ,selamat skit kejar masa nak pergi bank plak byar bil2..


lebih kurang setengah jam check tekanan dgn kepekatan darah,urine,check perut,berat badan,dapat result semua ok cuma kepekatan darah kurang lagi bulan lepas 11.0 skang dah turun 10.6 plak..mmm ni lah akibat kurang lagi makan makanan tinggi zat besi.. ini da kira problem makin hari makin kurang.. mulai sekarang kena displinkan diri betul2,kena makan bayam,hati, daging,kerang banyak2.. nanti risiko bole dpt penyakit anemia,bahaya nie..Kena BERINGAT..




Nak bagi info sikit tentang makanan Dilarang untuk ibu hamil mari kita kongsi bersama2..


Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksopla smosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.


  • • Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.


  • • Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.


  • • Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.


  • • Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebanyak 12 auns perminggu.


  • • Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.


  • • Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan juga problem emosional pada bayi.


  • • Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi kerana kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.


SUMBER : PERMATAHATI.COM

Read more »

Gelagat Huseenn Tido

Sunday, August 1, 2010
haloo.. dulu kami ade bela kucing.. namanya huseenn.. huseenn ni jenis jinak dan nakal, kalau mandikan dia mesti melompat keliling rumah maybe sejuk kot,kadang2 dia terkam kaki kami lepaskan geram sebab paksa dia mandi..hehe.... tapi skang dah takde selepas kaki dia cedera kena gigit binatang mana ntah anjing ke ular ker coz kaki dia ade lubang bedarah teruk gak ler sampai kadang2 tak bole jalan .. kami pun siap bubuh minyak gamat lagi.. 2 3 ari lepas tu huseenn hilang tak balik2 sampai skang ade dkat 6 bulan ntah hilang atau mati,sob sob sedeynyerr.. kami ade le simpan skit gambar huseenn tgh tido sebagai kenangan..klakar plak kalau tgk balik..


tadaaa.. macam orang daa, usik2 dia pun tak bangun buat bodo jer kuat tido betul..




Amacam comel tak.. kucing jantan ni,nakal bukan main lagi..



yang ni kami cari dia satu rumah last last naik tingkat atas dia tido atas katil plak siap tutup mata lagi silau kot..
Read more »

Bomba Tolong Kami

Saturday, July 31, 2010
Salam .. Hujung minggu ini dekat Taman perumahan kami ade buat gotong royong..longkang dekat keliling taman da sumbat skit..jadi kami minta bantuan pihak Bomba tolong bergotong- royong ngan kami satu taman ,senang sikit kerja ade brother2 bomba datang tolong sembur longkang tepi rumah bagi clear yang mana sumbat2 tu.. bukan sumbat ape pun just rumput2 semak2 pasir yang buat longkang tu tersumbat..

 Dengan pertolongan brother2 bomba ni pakai hose air bomba laju ler diaorang sembur,bersih dan clear, kami jiran2 yang bertolenrasi ni sama2 turun gotong royong juga..memang bagus ler jiran2 taman ni, senang dan cepat  kerja kalau sama2 kita tolong menolong.. Actually mlm ni ade kenduri sempena bulan puasa yang akan tiba nanti jadi kami jiran2 berpakat bersihkan kawasan taman rumah..malam ni pun ade buat skit doa dan bacaan yassin untuk arwah atuk dan bejemaah terus kat rumah kami..lepas tu baru ade kenduri barbeque kongsi2 sesama jiran,baru ler muhibah hidup bejiran,ye tak..ni ade gambar2 masa bomba tolong kami semua..

Bomba tiba di depan rumah


Amacam Stylo tak lori bomba


lengkap barang2 bomba untuk menyelamat dan membantu rakyat malaysia


Besusah payah brother2 bomba ni menolong kami


Tolong tengok pun ade juga..hehe


Jiran2 yang rajin tengah sodok pasir2 dlm longkang tu ,kat taman kami ni ade 20 buah rumah jer,semua melayu, 1 cina, 1 india..memang satu Malaysia.


Tarik bang jangan tak tarik.. ni je lar gambar yang sempat diambil nanti kan tak kerja plak duk ambil gambar jer..Terima Kasih Brother2 Bomba..
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever