Sampai Bilakah Kekejaman Ini?

Saturday, August 7, 2010


SUMBER : METRO

Salam sejahtera.. Hari ni kami baca paper metro muka surat depan keluar benda ni lagi.. aii sampai bila ler kes buang Baby ni nak berakhir.. Diaorang tak tefikir langsung ker kalau diaorang diperlakukan sebegini masa diaorang lahir dulu, Apa perasaan diaorang.. Kerana mengikut sangat nafsu serakah tu lahirlah anak luar nikah ni, kemudian nak tutup malu punya pasal dari pengetahuan masyarakat buang jer merata2 sampai dalam longkang yang penuh dengan air kotor dan busuk tu..Buang hidup2 plak tu,bayangkan betapa seksanya Baby tu lemas dan menangis terseksa.. Betapa kejam dan besifat mengalahkan binatang diaorang ni..


Terlalu sedih bila tahu kejadian buang baby merata2 macamkan sampah plak...Apekejadahnya... Kami mengharapkan pihak kerajaan meningkatkan lagi hukuman yang lebih berat terhadap sesiapa yang melakukan pembuangan baby macam ni seperti akan dikenakan hukuman gantung sampai mati pada sesiapa yang buang Baby walaupun Baby tu tak meninggal lagi tapi bole mengakibatkan kematiaan jadi hukum sahaja begitu manatahu apabila heboh pasal hukuman tersebut kemungkinan diaorang takut membuang Baby lagi, kalau nak kira bab agama memang buat bodo jer memang dah tak takut dengan tuhan langsung..Ibu bapa pun seharusnya mendidik anak2 dengan nilai2 agama dari kecil lagi supaya bila besar tak ler melakukan perkara2 tak senonoh macam nie..

Diharapkan kami tidak membaca kes pembuangan baby seperti ni lagi, muka surat depan plak tu memang dah macam kes biasa bagi rakyat Malaysia....Tolong ler Berhenti Buat cam ni..Kesiannyer lah Baby tu....
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever