Pemeriksaan Kandungan kali ke Tiga

Monday, August 2, 2010
Hari ini 02 Ogos 2010 kami pergi ke klinik kerajaan untuk buat pemeriksaan kandungan kali ketiga.. kandungan sekarang sudah 4 bulan lebih.. balik dari kerja petang tadi terus pegi klinik ,sampai sana ambil nombor giliran tak payah tunggu lama dah kena panggil ,selamat skit kejar masa nak pergi bank plak byar bil2..


lebih kurang setengah jam check tekanan dgn kepekatan darah,urine,check perut,berat badan,dapat result semua ok cuma kepekatan darah kurang lagi bulan lepas 11.0 skang dah turun 10.6 plak..mmm ni lah akibat kurang lagi makan makanan tinggi zat besi.. ini da kira problem makin hari makin kurang.. mulai sekarang kena displinkan diri betul2,kena makan bayam,hati, daging,kerang banyak2.. nanti risiko bole dpt penyakit anemia,bahaya nie..Kena BERINGAT..




Nak bagi info sikit tentang makanan Dilarang untuk ibu hamil mari kita kongsi bersama2..


Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan karena mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksopla smosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.


  • • Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.


  • • Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.


  • • Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.


  • • Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebanyak 12 auns perminggu.


  • • Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.


  • • Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan juga problem emosional pada bayi.


  • • Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi kerana kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.


SUMBER : PERMATAHATI.COM

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever