Tips Mengatasi Tekanan Jiwa & Perasaan

Thursday, August 19, 2010

Salam Sejahtera..Akhir-akhir ini kita disajikan dengan cerita2 kekejaman seperti bapa menyimbah cuka dimuka anak,ada yang  mengamuk sehingga sanggup menetak isteri ,bunuh diri terjun dari apartment dan macam2 lagi.. Ini terjadi kerana mental dan jiwa yang tertekan tidak dapat dikawal dan akhirnya diri sendiri dan orang lain menjadi mangsa, kenapa berakhirnya kejadian seperti itu yang merugikan diri dan orang lain.

Kadang2 kita merasakan banyak tekanan diluar dan didalam, Hidup sebagai manusia ini memang tak lepas dari menghadapi tekanan cuma kita hendaklah pandai mengawal perasaan, mental dan jiwa kita, Kami ingin berkongsi bersama serba sedikit bagaimana kita dapat mengatasi tekanan Jiwa dan Perasaan kita antaranya...

 Solat
  • Sebagai umat islam kita hendaklah sentiasa mengerjakan Solat fardu yang wajib ,jikalau kita meninggalkan nya bermakna kita tidak besyukur dan berterima kasih dengan pemberian dari Allah. Apabila kita dalam keadaan berwuduk jiwa kita akan rasa tenang dan apabila kita tidak meninggalkan solat, InsyaAllah Allah akan sentiasa melapangkan hati dan jiwa kita supaya lebih tenang dan tenteram dalam melakukan sesuatu perkara. 

Al-Quran
  • Memperbanyakkan lah membaca Al Quran sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran yang besar walaupun dengan membaca satu ayat. Waktu yang sesuai adalah selepas kita bersembahyang, Apabila kita mendengar orang mengaji pun kita akan mendapat pahala yang besar, hati kita akan rasa lapang dan tenang dari memikirkan beban yang ditanggung.

 Sukan
  • Rajin2 lah bersukan, apa salahnya kita berjogging dan beriadah dengan family dekat tasik ker dekat keliling rumah pun tak salah dapat juge mencergaskan badan dan minda kita.Apabila badan sihat otak pun akan cergas dan mudah kita nak berfikir dengan baik untuk menyelesaikan masalah2 tersebut..

 Makanan
  • Pemakanan yang sihat antara punca otak kita sihat, perbanyakkanlah minum air kosong, Jangan suka makan makanan yang berminyak dan berlemak ambil banyak buah-buahan dan sayuran, apabila kita mengawal cara pemakanan kita secara tidak langsung terhindar dan mengurangkan lagi daripada terkena penyakit2 yang akan memberi tekanan dalam kehidupan kita seharian.

Luahan
  • Apabila kita dalam tertekan ,jangan kita simpan sahaja dalam hati sehingga kadang2 kita akan terfikir balik perasaan marah atau tidak puas hati kita itu, Luahkan lah kepada orang yang kita betul2 kenal hati budinya dengan apa yang kita ceritakan dapat le mengurangkan beban dan perasaan geram kita. Kalau kita menangis pun biar kita menangis sepuas hati biar lepas segala-galanya dan juga kalau kita hendak menjerit biar le kita menjerit sepuas hati selepas tu kita akan rasa puas hati sangat seperti kita sudah lepaskan geram tersebut.  



Bersyukur
  • Kita ini adalah antara golongan yang bernasib baik, bole lagi nak berblogging ,bole berjalan, bole makan,bole minum, ada keluarga. Cuba kita lihat orang lain mereka lagi hidup susah, tak makan tak minum, tak bole berjalan, ada yang jadi gila, hidup tak tentu arah, takde masa depan, Kalau kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang kita akan rasa hidup kita adalah yang paling indah.



Read more »

Comelnyerrrr Adik Mia Sara

Wednesday, August 18, 2010

Salam semua, sekarang petang2 kami mesti tengok drama epilog syurga cinta, bukan nak tgk ape sangat pun tapi nak tengok adik Mia Sara, alahai comelnyerrrr ,tgk adik mia sara membuat kami tak sabar nak dapat baby yang sekarang ni kandungan dah 5 bulan.. Pandai adik Mia Sara ni berlakon ,kecil2 da bijak hafal skrip.. Nanti besar jadi pelakon yang baik yer... Ramai yang minat adik Mia Sara ni kat Facebook pun sekarang da lebih 180 000 peminat sikit hari bole kalahkan Siti, hehe..Jom Usha2 skit gambar2 comel adik Mia sara ni..



Geram betul rasa nak tarik2 pipi jer..memang betul2 buat kami tak sabar nak dapat baby ni..hehe.. Doakan Kami yer..
Read more »

Sedihnye Orang2 Tua DiBulan Puasa

Monday, August 16, 2010


Salam, hari tu kami ade tengok singgah sahur kat TV3 ,diaorang singgah kat rumah kebajikan Orang2 Tua.. Alahai sedihnyer le tengok orang2 tua kat situ, menangis2 mereka sembang pasal anak2 mereka yang tinggalkan mereka beseorangan kat sana.. Bayangkan macam mana perasaan mereka berpuasa tanpa keluarga tersayang apatah lagi nak beraya, kalau bersama bole begurau senda, bole tolong2 ringankan beban mereka..memang menusuk kalbu(ayat orang lama).


Dalam temuramah tu mereka cakap tak halalkan makan minum anak2 mereka, kalau ibu bapa ni meninggal pun tak perlu bagitau kat anak2 diaorang sebabnya memang da lepas ditinggalkan kat sana tak pernah usha2, jenguk2 ker tanya2 kabar berita mereka pun.. Apabila Ibu Bapa dah berkata sebegitu kat anak2 mereka dah tentu hidup anak2 mereka yang kejam tu tak aman..


Semua dosa akan ditangguhkan Allah, iaitu balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. (riwayat al-Hakim). Dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad ada bersabda: "Keredaan Allah bergantung kepada keredaan kedua-dua ibu bapa."
Ini bermakna apa sahaja perbuatan yang dikira menderhaka kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi atau semasa kita hidup. Bahkan, jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, maka setiap detik dalam hidup kita adalah dalam kemurkaan Allah SWT.


Sampai hati diaorang tinggalkan Ibu bapa diaorang kat situ, dulu mak ayah bela,jaga ,didik kita dari kecil dan bila da besar diaorang lupa semua, sibuk kerja ler, laki bini marah ler, malu ler..ini semua adalah perilaku syaitan.. Walaupun ada dikalangan diaorang masa dulu mak ayah garang, suka dera, atau melakukan kesalahan tapi sekarang mereka dah tua dan tidak berdaya, ditinggalkan sebegitu sahaja tanpa bertanya kabar berita, diaorang tak tefikir ke kalau suatu hari nanti anak2 mereka balas balik hantar diaorang plak, kalau kita buat jahat macam mana sekali pun kejahatan yang kita lakukan akan terkena balik pada kita.. Apa nak jadi dengan diaorang ni, kesian sangat orang2 tua tu.. 

Semoga diaorang sedar dengan apa yang diaorang lakukan dan diberi pertunjuk dari Allah S.W.T.

Read more »

Tarzan Makan Belacan

Sunday, August 15, 2010


 
 


Tarzan makan belacan itu dialog dalam cerite P Ramlee ,ala labu labi tak ingat ker..hehe, saje bikin gempak.. Korang suka belacan tak, dengar cerita sekarang da tak bole makan belacan, ni reaksi daripada setiausaha agung persatuan islam malaysia (PPIPM) yang menyatakan yang belacan tu ade mengandungi racun Rhodamine B iaitu perwarna merah jambu yang berbahaya dan boleh mengakibatkan penyakit Barah.. Pergh.. takut plak dengar da le kerap juge makan belacan pasni mesti takut nak makan.. Macam mana nak berbuka tanpa belacan nie..haihhh..


 

 Tak bole makan sambal belacan da ker... tak sah makan ulam takde sambal belacan, potong selera...huhu




Kangkung Belacan pun akan pupus, bia benor..tapi rasanya belacan kampung still ok takde campur bahan pengawet, yang kilang ni jer kena berjaga2...





 
(Iklan)..Bulan Puasa ni Korang ade buat ape yang tepapar kat Poster tu ker...
Read more »

Pasar Ramadhan Terbang


Salam semua.. Ni berita pasal Pasar Ramadhan yang ditiup angin kuat berlaku dekat Stadium Jasin, Melaka... Dasyhat sungguh sehinggakan 3 maut dalam kejadian tu.. bayangkan lah betapa kuatnya angin tersebut, habis bersepah Bazaar tu dibuatnya, murtabak,roti john, popia basah semua melayang.. Memang Allah maha kuasa... Kalau dikehendakiNya dimana2 pun kita bole meninggal tak semestinya di jalan raya atau sakit jer, jadi kita kena lah beringat.. 


Kalau le kita berada disituasi macam tu ape nak buat nak lari menyorok kat mana dengan payung2 khemah habis terbang, mesti peniaga2 bazaar tu rugi besar, ape nak buat dah takde rezeki, sabar banyak2.. Lepas ni jangan tak pergi Bazaar ramadhan plak, Itu salah satu ujian dari Nya, semoga kita perbanyakkan berdoa agar dilindungi dari malapetaka seperti itu..amin..

Read more »

Menara Al- Bait Menara Jam Tertinggi DiDunia

Saturday, August 14, 2010

Salam..besyukur kita kepada Allah S.W.T sekarang sambutan ramadhan di Malaysia masih meriah dan kita bertuah dibandingkan dengan negara2 diluar sana yang serba kekurangan dan daif seperti Palestin ,kita doakan agar mereka segera dapat dibebaskan dari kekejaman israel dan dapatlah nanti mereka menyambut bulan ramadhan ini dengan aman dan tenang..


Sebagai umat islam kami berbangga terhadap kemajuan di Kota Suci Mekah.. sekarang ini disana ada dibina Menara kedua tertinggi didunia, Menara itu dinamakan Al- Bait ,Menara ini dapat menampung seramai 65 000 jemaah Haji, bayangkan ler betapa besarnya ler..Menara Jam 4 face ini juga adalah menara jam terbesar didunia..


Fakta-fakta Menarik Menara Al- Bait
  • Di bina pada tahun 2004
  • Terdapat 7 menara kesemuanya salah satunya menempatkan Jam terbesar diDunia 
  • Menara yang utama iaitu Menara Jam setinggi 590 meter .
  • mengandungi 3000 buah bilik yang kebanyakkan nya menghadap Masjidilharam.
  • jam terbesar didunia selebar 45 meter dan setinggi 43 meter keempat2 sisi menara dan boleh dilihat sejauh lebih dari 10 kilometer.Jauhnyer..
  • Anggaran kos binaan RM 6.5 bilion
  • Ukuran lantai 4.8 juta meter persegi
  • Ada 76 tingkat, 76 lif.
  • Didalam Menara Utama juga akan ditempatkan Muzium Islam dan Pusat Astronomi
  • Dibina oleh syarikat hartanah terbesar di Arab saudi iaitu Bin Laden Group.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kami dapat menunaikan Haji disini..amin...
Read more »

Tips makanan Bersahur & Berbuka

Thursday, August 12, 2010

Salam mesra.. Macam mana dengan puasa minggu ni , masih besemangat ker.. mula2 nampak cergas jer kan nak bangun sahur ke nak berbuka ker ,lama2 jer da rasa lemah je.. Kalau pegi Bazaar ramadhan pun sama juge mula2 dengan akhir2 Ramadhan je berduyung2 bila da tengah2 puasa nanti mesti da kurang orang beli.. 

Sekarang ni pun dekat sini kejap panas terik kejap hujan lebat, cuaca tak menentu, jadi kami berjaga2 takut kena demam, lagi susah nak puasa nanti... Di Bulan puasa ni pun kena kena jaga badan kita agar sihat dan cergas serta makan makanan yang bersih dan sihat, kami pun cuba kawal juge pemakanan nanti dah raya lagi banyak kita nak makan tengok lemang tak bole tahan,hehe...so kena jaga dari sekarang, kat sini kami ingin beri sedikit Tips makanan sihat sewaktu Besahur dan Berbuka..

  • Kita mesti memperbanyakkan sayur- sayuran untuk memastikan tubuh mendapat vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluaan seharian.
  • Mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat perlulah cukup bagi membekalkan tenaga hingga waktu berbuka nanti.
  • Memperbanyakkan minum air kosong bagi mengelakkan tubuh mengalami dehidrasi.
  • Elakkan pengambilan minuman yang terlalu manis seperti air gas dan minuman berkafein.
  • Dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu seperti mentega dan santan kerana meningkatkan paras kolestrol dalam darah kita.

Jadi lepas ni bole le kita rasa lebih sihat dan bertenaga.. dapat ler berpuasa dengan lebih baik dari tido petang jer, hehe.. (jangan amalkan kurang Pahala).
Read more »

Kelebihan Bulan Puasa

Tuesday, August 10, 2010

Salam pada semua , Akhirnya kita berada di bulan ramadhan yang mulia ini, jadi kami ingin mengucapkan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa, memperbanyakkan lah amal ibadah dan meninggalkan laranganNya... Bulan puasa ni aktiviti kami pun dikurangkan kalau tidak jalan sana sini tak reti duk diam..hehe

Bulan Puasa macam ni petang2 mesti mak2, makcik2, akak2 sibuk kat dapur siapkan juadah nak berbuka.. nak senang lagi beli kat Bazaar ramadhan yer tak, kat mana2 pun mesti ade.. tengok macam2 juadah dah tak tau mana nak beli.. Kemudian malam hari kita akan bersolat sunat Terawih, setahun skali jer paling2 pun buat ler 8 rakaat dari tak pergi langsung, time ni ler kita nak kumpul lebih banyak lagi pahala, dapat ler rasa lagi kelebihan bulan Puasa tu..Kat sini nak berkongsi skit kelebihan yang ada dibulan Ramadhan ini kami baca kat laman web JAKIM.


Bulan Ramadhan adalah bulan yang agung kerana mempunyai beberapa keistimewaan di antaranya :

1) Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan itu secara iman, dan hanya kerana perintah Allah semata-mata maka diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu sebagai mana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW berkata ia : "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang terdahulu".


2) Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunnya al-Quran sebagai mana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
"Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan al-Quran, akan jadi petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta membezakan antara yang hak dan yang batil"


3) Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud :
"Dari Abu hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW berkata: "Bila telah datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, dan terbelenggulah syaitan-syaitan".


4) Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri pula yang akan menentukan ganjaran. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Dari Abu Hurairah r.a berkata ia: Telah bersabda Rasulullah SAW : "Tiap-tiap amalan anak Adam dipergandakan pahalanya antara sepuluh sampai 700 kali, telah berfirman Allah 'Azza Wajalla, kecuali puasa, kerana seseungguhnya puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makanannya kerana Aku semata-mata".


5) Di dalam bulan ramadhan berlaku Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti beribadah seribu bulan Antara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. Diawal bulan ramadhan adalah kerahmatan, dipertengahanya keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas dari api neraka. Sebagai mana berfirman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar"


6) Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewanya, pintunya bernama "Rayyin", sebagai mana hadis SAW yang bermaksud:
"Dari Sahal bin Said r.a : "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang dinamakan orang ar-rajjan yang akan memasukkannya pada hari kiamat orang-orang yang puasa dan tidak seorang juga akan memasukinya selain mereka".

.
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever