Bomba Tolong Kami

Saturday, July 31, 2010
Salam .. Hujung minggu ini dekat Taman perumahan kami ade buat gotong royong..longkang dekat keliling taman da sumbat skit..jadi kami minta bantuan pihak Bomba tolong bergotong- royong ngan kami satu taman ,senang sikit kerja ade brother2 bomba datang tolong sembur longkang tepi rumah bagi clear yang mana sumbat2 tu.. bukan sumbat ape pun just rumput2 semak2 pasir yang buat longkang tu tersumbat..

 Dengan pertolongan brother2 bomba ni pakai hose air bomba laju ler diaorang sembur,bersih dan clear, kami jiran2 yang bertolenrasi ni sama2 turun gotong royong juga..memang bagus ler jiran2 taman ni, senang dan cepat  kerja kalau sama2 kita tolong menolong.. Actually mlm ni ade kenduri sempena bulan puasa yang akan tiba nanti jadi kami jiran2 berpakat bersihkan kawasan taman rumah..malam ni pun ade buat skit doa dan bacaan yassin untuk arwah atuk dan bejemaah terus kat rumah kami..lepas tu baru ade kenduri barbeque kongsi2 sesama jiran,baru ler muhibah hidup bejiran,ye tak..ni ade gambar2 masa bomba tolong kami semua..

Bomba tiba di depan rumah


Amacam Stylo tak lori bomba


lengkap barang2 bomba untuk menyelamat dan membantu rakyat malaysia


Besusah payah brother2 bomba ni menolong kami


Tolong tengok pun ade juga..hehe


Jiran2 yang rajin tengah sodok pasir2 dlm longkang tu ,kat taman kami ni ade 20 buah rumah jer,semua melayu, 1 cina, 1 india..memang satu Malaysia.


Tarik bang jangan tak tarik.. ni je lar gambar yang sempat diambil nanti kan tak kerja plak duk ambil gambar jer..Terima Kasih Brother2 Bomba..
Read more »

Ayam Serama Betina

Friday, July 30, 2010


Ape itu ayam serama ,dengar cerita ayam serama sama ngan ayam katik, ayam yang berbadan kecik dan cam comel ekor naik keatas bezanya dengan ayam biasa.. Kat rumah kami ade ayam serama betina, 2 ekor, abah bawa balik dari kampung ada orang bagi try letak kat sini siap bawa telur lagi 5 biji nak tgk bole bela ke tak.. mmm kalau ade ayam jantan tu skali maybe sesuai tapi dua2 ayam betina cam mana nak membiak..


mula2 kami ingat bole ler nak bela, tapi rasanya tak sesuai sebab kawasan rumah kami rumah taman kalau nak lepas jer nanti lari tak balik2 plak, ayam ni mahal gak tak macam ayam biasa.. so abah kami buat le reban ayam kat belakang rumah yang ruang tak seberapa besar tu..


Lama2 taik ayam tu bekumpul jadi busuk plak kat belakang rumah tu da le dekat dengan dapur..tak bole blah,, kami pun rasa da tak minat nak bela, telur ayam tu pun da rosak aper ,ayam betina tu taknak ngeram merajuk kot duk kacau dia dari kampung bawa gi bandar plak.. jadi keputusan sekarang kami nak anta balik kat kampung, takde kerja bela ayam tu , tak sesuai ngan kami.. sangkar tu kalau da kosong nanti nak try bela arnab plak..tgk sesuai tak..
Read more »

Mengidam Buah Cermai

Thursday, July 29, 2010
Salam.. adakah mengidam wajib untuk ibu yang mengandung.. yang aku tau sebab ibu tu rasa loya dan tak selera so dia nak makan benda yang dia rasa nak sgt makan benda tu..betul ker.. kandungan bini aku dah masuk 4 bulan.. sebelum ni rasanya tak nampak macam mengidam nak makan chicken chop ler, mangga ler , spaggeti ler, ketam ler tapi tak ler beriya2 sgt nak..maybe ibu mengandung mmg rasa nak makan jer bagus juge untuk baby membesar..


Kali ni lain plak, bila bini aku balik kerja tgk pokok cermai kat depan rumah org dekat taman sebelah yang jalan kami lalu ,dia rasa teringin plak.. tengok buah2 cermai yang masak kuning banyak plak,terliur plak dia.. Bini aku paksa aku minta kat tuan rumah tu masalahnya dia selalu takde rumah takkan nak curi kot..cari tempat lain tak jumpa plak,rasanya macam byk jer pokok cermai ni time nak takde plak..dugaan betul ..3 ,4 hari juge le nak mendapatkannyer hari2 duk bertanya ,nak buah cermai kadang2 sampai nangis2 , pergh..mencabar juga nampak cam senang, kalau dah ngidam tak tentu arah kita dibuatnya..


Alhamdulliah kebetulan malam tu kami keluar tuan rumah tu duk lepak depan pagar rumah dia.. apa lagi kami terus berhenti depan rumah tuan punya pokok cermai tu,dengan muka seposen aku minta kat tuan rumah tu kena minta gak last chance ni.. "Pakcik aaa bole minta skit buah cermai kami beli" kata Ku.. "Bole bole ambil jer nak plastik ker tunggu jap pakcik ambil plastik"Jawab Tuan punya pokok cermai..
Yes akhirnyer dapat juge ambil 2 3 genggam,ok la kan lepas juge ngidam dia.. Ade nak ngidam lagi ker hoho.. Suami kena ler tunaikan ngidam isteri tu nanti baby teliur jer pas lahir orang tua kate ler..
Read more »

Monyet Suka Lepak

Wednesday, July 28, 2010
Aloha..nak citer Kawasan rumah kami ni dekat ngan kelapa sawit, tapi tak le besar pun ladang sawit tu coz dikelilingi ngan kawasan perumahan juga owner ladang ni taknak jual lagi tanah dia nak up harga la tu.. masalahnya monyet yang besarang kat ladang kelapa sawit tu suka lepak kat depan tingkat bilik rumah kami.. Ade time juga dia datang melepak kat tepi tingkap tu.. selalunya kul 8 pagi hingga 12 tghari jer..macam ade waktu kerja plak..


So pagi2 kami tak kan buka tingkap, mau taknyer kalau dia da masuk mesti besepah nanti bilik dikerja kan, da le monyet ni garang hari tu penah tgk dia kejar bangla naik basikal lalu depan rumah, mengelabah giler bangla tu lari..hehe. tapi sekor ni je la yang selalu lepak ade banyak lagi atas pokok tu, maybe ni ketua dia kot..


skang ni tengah pikir macam mana taknak bagi monyet ni lepak depan tingkap tu.. kadang2 tekejut gak mau taknya bangun pagi tgk ade monyet depan tingkap, bole gugur jantung..bole intip2 dalam bilik plak,maybe tingkap gelap jadi tak berapa nampak kat dalam bilik gelap.. masalah betul, selamat monyet ni belum buat hal lagi, kalau kita sergah dia , pergh bukan main berani patah balik nak kejar kita, amik batang penyapu lari la plak.. Monyet ooo monyet..


ni kami amik picture dari dalam so dia tak berapa nampak, pastu kami buka lampu dia bole nampak dalam tgk kami plak sergah dia buat muka rimau, pergh.. terkejut beruk dia, melompat terjun kat bawah, macam tu rupanya terkejut beruk yer..hehe..
Read more »

Jalan2 Shopping

Monday, July 26, 2010
Semalam kami jalan2 kat the curve damansara, ari tu ade tebaca paper megasale mcm gempak jer , sampai sana petang ahad tu jalan jem giler , parking ler kat carefour jimat skit tk payah bayar tiket parking.. sampai sana hujan plak, kira ok le da dlm bangunan.. masuk jer the curve macam best tapi megasale mcm nak taknak je bagi..mahal juga,yang salenyer barang yang kita tak minat.. lastly just jalan2 jer..




pegi ler masuk Ikea nak usha katil baby.. nak masuk tgk katil baby jer tapi nak kena round satu ikea baru jumpa ,besar betul tempat tu.. ramai ler orang beli perabot maklum ler nak raya kan  beli siap2 le kot. cari punya cari jumpa ler katil baby tu.. macam diskaun ,check balik semua harga asing, just rangka katil jer dkt 400.. mmm nak compare dgn harga anakku shop lagi murah siap dpt pakej lengkap lg.. tak jadi le beli nnt beli kat anakku lagi best barang pun dekat ngan umah..pengguna mesti bijak memilih..






Kemudian pegi One Utama plak alang2 sebelah jer kan gi le jenguk awal lagi pun.. da lama tak pegi damansara sebenarnya saje nak jalan2.. sampai sana makan tempayaki dulu .. sedap juga, kenyang.. sesetengah restoran kat mall payah nak tgk tanda halal , kat sini besar2 tanda halal tu so tak le was2.. 




jalan punya jalan da lewat dah kul 10 mlm,esok nak keja ,mm ape lagi balik ler mau tak keja nanti karang.. huh ni yang tak suka kul 10 time tu ler semua nak balik..JEM arghhh lambat ler sampai rumah..
Read more »

Makanan yang perlu Dijauhi.

Friday, July 23, 2010
 Huh kali ni demam plak.. maybe skang ni musim hujan jer, mau plak kalau kita da jaga kesihatan tapi member kerja deman terus berjangkit ngan kita skali,mm apa bole buat makan ubat ler.. Nak kongsi skit makanan2 yang membahayakan kesihatan baca dalam buku kesihatan ari tu..

 Makanan yang perlu Dijauhi..


  • Soda
Diet soda mempunyai pemanis buatan yang umumnya melemahkan tubuh dan sistem kekebalan tubuh, dan bahkan boleh melambatkan metabolisme korang

  • Salad Dressing.
Kami selalu dgr orang kata makan salad bagus tapi masalah nya kebanyakkannya campur ngan salad dressing macam long island tu,mmg sedap.rasa salad dressing tapi mengandungi rasa kimia yang telah dikaji menyebabkan kenaikan berat badan yang melampau pada tikus makmal.

  •  Makanan bergoreng.
Alasan utama makanan digoreng sangat tidak sihat kerana banyak kali minyak yang sama digunakan semula banyak kali seperti dengan kerepek kentang atau goreng pisang. Ini kembali digunakan-terus-menerus dari minyak mencipta trans-lemak yang tidak sihat.

  • Marjerin. 
Banyak orang menganti mentega dgn Marjerin kerana berfikir itu adalah pilihan yang sihat, tapi ini salah. Marjerin adalah buatan manusia dihidrogenasi minyak dan mengandungi lebih bnyk lemak tepu yang sebenarnya lebih buruk 

  • Ikan. tinggi Mercury
Mercury telah menjadi perhatian kesihatan yang serius akhir-akhir ini, dan sebahagian besar konsumsi merkuri kita berasal dari ikan. Beberapa ikan mempunyai kadar merkuri lebih tinggi daripada yang lain, Ikan dengan tahap tertinggi merkuri termasuk yu, ikan todak, makarel raja, dan tilefish. Lebih2 lagi utk wanita hamil mesti menjauhi makanan tersebut.
  
  • Fast food
fast food makanan sangat tidak sihat adalah kerana makanan yang diproses yang tidak memiliki nilai gizi
 
dan juga
fast food yang sarat dengan bahan aktif berbahaya dan bahan kimia

  • Makanan Fat Free
Banyak makanan di supermarket sekarang diiklankan sebagai bebas lemak, tapi ini tidak selalu sehat. Sebahagian besar fat free telah mengambil lemak mereka menggantikannya dengan gula halus dan flavorings lain. Selain itu kalori yang hampir sama kerana hanya menggantikan gula tambahan lemak.

  • Sayuran Juice. 
Ini mungkin kelihatan seperti pilihan yang jelas untuk minum yang sihat, tetapi hal ini tidak bagus dari kebenaran. Dengan membeli jus sebenarnya penuh dengan garam dan rasa buatan, yang buruk biasanya lebih besar daripada yang baik. Juga, kebanyakan jus proses pempasteuran yang menghancurkan sebahagian besar manfaat kesihatan dan kemudian letak di rak selama berminggu-minggu sebelum korang meminumnya.
Read more »

Berbuat baiklah dengan Binatang

Thursday, July 22, 2010
Kalau hari biasa duk rumah mau plak dalam pukul 1 ptg hingga 5 ptg tu mmg rasa bosan tak tau nak buat ape, so kami pun tengok Astro,  mmm..... macam biasa ler citer sama 10 kali ulang , selalunya kalau time camni kami tgk Discovery channel atau Animal planet.. 

Seronok tgk citer pasal haiwan ni, telatah haiwan2 tu,habitat tempat tinggal, coz kami sayangkan haiwan kadang2 tgk haiwan yang diseksa tak beperi kemanusiaan betul, ape ke hal nye le gi seksa binatang tu, da tentu kita yang berakal ni kena le ada belas kasihan, sesungguhnya kalau kita berbaik ngan ape2 haiwan pun bagi makan ke belai ker ,mereka akan mendoakan kita.. jom usha gelagat2 haiwan nie..




Haa ni rasanya yang paling Comel...hehe
Read more »

USB Stylo

Wednesday, July 21, 2010
Kalau la kami dapat USB macam ni kan syok.. 








Ni yang paling sedap..hehe..
Read more »

Sanggup ke Makan?


Selalu masak kat rumah mesti main hidang jer, mana le sempat nak hias2 lagi.. perut da lapar bedal saja.. tapi kalau kita da hias se kretif ni sanggup nak makan ker..


yang ni mmg tak sanggup geli pun ade..



Seksi tu bang..hehe



Roti hot dog,biasa nampak kat kedai tapi takde le buat cam ni..


wah ...Smart2...


Ni wat hiasan kat dalam almari rumah pun bole..



Cantik nyer, kalau makan ni mesti manis giler..


Memang pandai ler, jenama nike lagi tu, tapi tak sanggup makan,pelik jer rasanya..


Kalau ler Keyboard kami diperbuat daripada coklat, esok da tinggal separuh, sambil blog walking sambil makan.hehe...
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever