Ukhwah Di Hati

Sunday, July 18, 2010

Ukhwah Di Hati



Assalamu'alaikum... Masa demi masa, detik demi detik, saat demi saat berlalu. terkadang kita meniti waktu ajal, menanti waktu tiba bertemu Cinta Agung yakni ALLAH. Dalam tempoh itu Allah meletakkan satu jangka masa yang panjang untuk kita meneruskan kehidupan di dunia. Kasih sayang Allah itu Maha Besar kepada hambaNya. Itu yang saya dapat rasakan kini. Penulisan kali ini saya ingin membawa sahabat-sahabat untuk menghayati erti ukhwah yang sebenar buat diri ini. Apa Itu Ukhwah?

Bahasa : Berasal dari perkataan akhun yang bermaksud saudara,teman,sahabat dan yang sama waktu dengannya.

Istilah: Perasaan kasih sayang,tolong menolong,Bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali, Allah berfirman
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)

Malah Rasullullah juga bersabda ukwah sebenar ialah :
“ Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan uang satu , apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.

Bila kita bercerita tentang ukhwah pasti kita semua mempunyai cerita masing-masing. Begitulah dengan saya, malah saya rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah menghidupkan saya dengan menemukan sahabat-sahabat yang selalu menaikkan semangat, memberi dorongan, pandangan dan pendapat. Soal perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam berukhwah, isunya hanya samada kita hadam atau tidak rukun ukhwah itu. seperti yang digariskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana yang menyatakan bahawa Ukhwah itu berteraskan 3 tunjang utama.

1) Berlapang Dada

2) Bersangka Baik(Husnuzhon)

3) Melebihkan Sahabat(al-Itsar)

Jika 3 rukun ini berjaya kita hadami, maka tidak timbul masalah marah, kecil hati dan kecewa dengan sahabat. Bermula dengan ukhwah di UTMKL yang sentiasa mekar di hati, Allah pertemukan saya dengan anak-anak negeri Selangor pula. Ukhwah yang unik dan sukar untuk diterjemah ini mengikatkan dan asbab saya masih di landasan ini. Setiap Dari ujian pasti ada hikmahnya.. Pernah satu ketika ukhwah kami di uji dengan begitu hebat ketika dalam satu program. Tatkala itu seorang sahabat sakit dan dimasukkan ke hospital, dalam masa yang sama ada juga sahabat pergi ke umrah dan ada juga yang sedang praktikal. Maka tinggal beberapa orang sahaja dari kami yang menjayakan program. Program yang besar dan memerlukan kerahan wang, masa, tenaga, idea dan jiwa raga. Disinilah bibit ujian ukhwah itu bermula. Salah faham dan konflik mula berlaku sejak dari awal program sehingga akhirnya. Alhamdulillah rupanaya Allah sengaja menurukan uian begitu. ada hikmah disebalik yang berlaku,ukhwah itu bertaut semula malah ianya membuatkan lebih erat lagi persahabatan antara kami.

Setiap dari pertemuan pasti ada perpisahan. Mungkin itu yang saya boleh ungkapkan. Program terakhir yang menhimpunkan kami 15 orang ini di adakan. Itulah hari bersejarah bagi kami.Itu adalah program kami bertemu setahun yang lepas dan itu juga adalah program kami berpisah tahun ini. adakah mungkin ada lagi perjumpaan selepas ini antara kami? Adakah ada lagi kesempatan untuk kami bersama? Yang pasti yakin kami dengan apa yang dikatakan oleh Allah bagi mereka yang bertemu berpisah keranaNya:

"Sesungguhnya Allah SWT berfirman pada hari kiamat, "Dimanakah orang-orang yang mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naunganKu, pada hari yang tiada naungan selain naunganKu." (Hadith Riwayat Muslim)

Pengakhiran post kali ini, ingin saya meminta maaf kepada semua sahabat-sahabat yang bersama-sama saya dalam perjuangan ini, diharap halal semua yang diberikan kepada saya.Terima kasih sahabat-sahabat.

Ya Allah...
Ukhwah yang Kau kurniakan ini unik,
Ukhwah yang Kau tautkan ini besar nilainya,

Maka Ya Allah redoilah ukhwah antara kami,

Maka Ya Allah ampunilah segala dosa yang kami lakukan,

Ampunkanlah kelalaian,kealpaan

gelak tawa,senda gurau yang memungkinkan Kau murka,
Ya Allah...
Tempatkan kami di syurgaMu,
Naungkan kami di hari pembalasanMu,
Temukan kami sentiasa baik di dunia mahupun di akhirat.
Kau Tuhan yang mengkabulkan permintaan,
Perkenankanlah,Ameen..


SPONSOR BY : mujahidinmukhlis
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever