Usha Drama Duyung Aridinata

Thursday, July 1, 2010


SINOPSIS:


  • Mengisahkan perjalanan seekor duyung lelaki, Aridinata yang dikurniakan kaki untuk hidup di daratan dan mencari pasangan cintanya.



  • Aridinata yang bertukar menjadi manusia biasa akhirnya berjaya menemui cintanya selepas bekerja di sebuah pusat peranginan, Hening Beach Resort. Namun tidak semudah itu dia menempuh kehidupan baru yang sangat mencabar kerana pelbagai konflik timbul.



  • Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Productions itu bakal menemui anda menerusi slot Lagenda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang bermula 12 Julai nanti. Ia dibintangi tiga teraju utamanya iaitu Zack X-Factor (Putera Aridinata) Natasha Hudson (Puteri Antartinka) dan Fasha Sandha (Cleo). Pelakon lain adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin. Drama ini menjalani penggambaran di lokasi utama sekitar Pulau Lang Tengah, Terengganu dan Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur. Kisah bermula dengan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair.



  • Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.



SUMBER : MY METRO

1 comment

12:56 AM, July 02, 2010

cambest je.. huhuhuuh

Post a Comment

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever