Saiful Apek Kembali?

Saturday, July 3, 2010






Pengarah ialah Prof Madya,Antara Pelakon2 Utama filem ini ialah Saiful Apek , Fasha Sandha, Sazzy Falak, Rozita Che Wan, Almy Nadia,Rosnah Mat Aris, Bienda,Marsha Milan, Dan Dato Haji Rahim Razali.. Saiful Apek Kembali dalam wayang jer bulan September nanti,hehehe... Jom kita Usha2 Filem 4 Madu nie... 








Sinopsis:

  • Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus.

  • Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

  • Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

  • Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ? Apakah syarat-syarat yang seterusnya ? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka kita tunggu Usha filem nanti....



3 comments

8:24 PM, July 03, 2010

waahhh..apek dah kembali.. mcm ni lah profesional namanya.. jatuh sekali bukan bermakna x leh bangun lagi.. yg pentg kita doakan apek supaya leh berubah..peace

8:54 PM, July 03, 2010

cam best! :P

10:07 PM, July 03, 2010

wah xsbr lah nk tgk cite nie. apek memang best.! dak eina da follow awk...jd follower yg ke100 tuh~~

Post a Comment

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever