Open House SeTaman

Wednesday, September 29, 2010

Salam Raya lagi.. Macam mana ada pergi open house lagi ker.. Pada Hari Sabtu lepas Taman perumahan kami telah bersepakat mengajurkan Majlis Rumah terbuka Setaman iaitu kami satu taman berkongsi menyediakan juadah untuk open house ini bersama-sama.


Ini adalah buat kali kedua kami jiran-jiran mengadakan rumah terbuka setaman, Seperti biasa sebelum membuat sesuatu berkaitan dengan semua jiran kami akan mengadakan mesyuarat , kami akan berbincang mengenai bila akan dilakukan, berapa anggaran kos, Persatuan Taman kami ada membuat kutipan wang ahli tiap-tiap bulan untuk menampung perkara-perkara berkaitan aktiviti Taman ini. Untuk Majlis kali ini kami telah bersepakat membahagikan tugas untuk menyediakan menu raya seperti membuat lemang,mee bandung, kuih,air , rendang,nasi impit dan macam-macam lagi untuk setiap rumah dan tugas untuk kami pula adalah membuat laksa kedah.memang sedap hingga menjilat jari..hehe


Sebelum Majlis tersebut kami bergotong-royong membakar lemang, boleh saja kalau nak beli yang dah siap bakar tetapi kerana kami ingin merasa keseronokan dan pengalaman yang lebih meriah sesama jiran, susah ke tak kami bakar bersama.. Dengan adanya Majlis sebegini dapatlah mengeratkan lagi tali silaturahim kami sesama jiran. Saudara mara dan rakan-rakan yang menziarahi kami berasa teruja kerana bagi mereka bukan senang jiran-jiran di sesebuah kawasan taman perumahan dapat sepakat melakukan perkara seperti ini, Rasa bangga pun ada juge,,hehe,Agak besar juga le Open house kali ini, kami menyediakan 3 buah khemah tempat duduk untuk para tetamu dah macam kenduri kahwin pun ada..hehe..


Kami juga turut mengundang anak-anak yatim yang terletak berdekatan kawasan taman perumahan kami. Ramai juga yang hadir, memang meriah Majlis tersebut ,semua kelihatan gembira dan seronok sahaja, walaupun pada lewat petang hujan lebat mula turun, keadaan Majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar, ingat nak buat sampai pukul 6 jer memandangkan ade yang belum sampai lagi, Majlis dilanjutkan sehingga pukul 9 malam.


Selepas sahaja selesai Majlis tersebut kami jiran-jiran, beramai-ramai membersihkan kawasan Khemah tersebut maklum le mesti besepah kan,siapa lagi yang nak buat kalau bukan kitaorang. Memang rasa meriah dan penat melayan tetamu yang tak putus-putus datang tetapi rasa berbaloi-baloi melakukannya. Diharapkan pada raya tahun depan Taman perumahan kami dapat melakukan aktiviti open house seperti ini lagi.
p/s: Minta Maaf tidak dapat menjemput semua kerana terlalu ramai.. :)

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever