Scan Perut Untuk Tahu Jantina Baby

Tuesday, September 21, 2010
Salam Semua.. Hari ini kami rasa sangat gembira sebab petang tadi kami pergi klinik untuk scan baby dalam kandungan yang sudah 6 bulan.. Kami pergi check kat Klinik Siti dekat area Puchong, Mula-mula pergi check kat Dengkil tapi doktor boleh takde plak keluar pergi bank, takkan pesakit tunggu doktor jadi kami pergi cari Klinik lain,dekat Puchong banyak klinik cakap jer nak pergi klinik mana semua ada..

Dah sampai disana ,dalam klinik takde orang pun ,nasib kami tak payah nak menunggu lagi.. Lepas dah register, Doktor pun panggil kami masuk dalam, sebenarnya yang menyukarkan cari klinik sampai Puchong sebab kami cari Doktor perempuan ,maklum la nak check perut kena angkat baju lebih elok dokor perempuan yang check, kami pun masuk bersama, Doktor pun check pakai mesin scanner ,Pastu Doktor sapu kan cecair untuk scan tu kat atas perut yang dah boleh kata besar juga le, apabila alat scanner tu diletak diatas perut, Kami pun nampak kepala baby kami, Doktor pun tunjuklah bahagian tangan ,kaki, muka, tali pusat, jantung baby kami berdegup laju memang nampak jelas jantung berdegup,dan akhir sekali Jantina..

Jantina ape ek lelaki ke perempuan.. Jawapannya kami akan dapat Baby Boy..hehe, macam mana tau bayi lelaki ,doktor scan kat bahagian bawah baby behampiran kaki,diantara tapak kaki tu ade macam imej telur 2 biji, hehe.. bukan benda tak senonoh ye..ini la yang nak menunjukkan lelaki ke perempuan,masa lebih kurang 6 bulan kandungan ni lah, elok kita scan, kita akan nampak jelas jantina baby tu sebab bila besar sikit jantina baby kemungkinan akan terlindung oleh kaki baby ke, apabila usia kandungan 7 bulan keatas baby akan membesar dengan cepat, lagi satu kita scan bertujuan untuk melihat tahap kesihatan baby kita dalam kandungan juge, Alhamdulillah Doktor kata Baby kami sihat ,cukup sifat semoga Baby kami dapat dilahirkan dengan keadaan baik dan comel..

Bab Jantina ni kami tak kisah sangat sama ada dikurniakan Baby lelaki ke perempuan, sebab ini first baby kami jadi memang rasa excited betul.. Orang kata Baby lelaki lebih elok sulong sebab bila besar nanti dia akan memimpin keluarga, tapi mana-mana pun sama je ,yang penting kita dapat didik dia supaya menjadi insan yang berilmu dan sentiasa mengingati Allah SWT..

Barang-barang baby pun kami dah beli sikit, bukan ape beli awal sebab kerja outstation 2 minggu sekali baru balik rumah jadi kena bersedia awal lagi pun bila kandungan dah 7, 8 bulan mesti dah tak larat nak pergi shopping , suami nak pergi beli seorang tak best la ,biar bersama-sama pilih pakaian baby ,warna apa ni, macam mana design nya, barang-barang jenis macam mana,barulah best dan baby pun nampak comel..

P/S: Untuk Baby kami.. " Baby...Mama dengan Papa tunggu Baby ni , Jangan nakal-nakal dalam perut Mama ye, Baby suka tendang-tendang je.. lagi 3 bulan ye.. Papa dengan Mama sayang Baby.."
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My Photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever