Minum Air Gula / Ujian Cabaran Glukos (GCT)

Sunday, October 31, 2010
Salam Semua.. Nampaknya demam Piala Malaysia dah habis, Tahniah kepada Kelantan ,Negeri sembilan boleh cuba lagi tahun depan..sebenarnya pada khamis lepas kami ada buat pemeriksaan baby lagi, kali ni setiap 2 minggu kena pergi check, sebelum ni sebulan sekali je, lepas minggu ke-28 nurse suruh check 2 minggu sekali pula untuk memastikan keadaan baby dan mamanya sihat sentiasa, jadi hari khamis lepas kandungan dah masuk 30 minggu, tinggal beberapa minggu je lagi,perasaan dah mula rasa suka dan gemuruh..
 
Hasil pemeriksaan yang lepas kandungan kami dalam keadaan normal cuma nurse tu check baby kelihatan kecil sedikit tapi takde apa-apa masalah ada masa lagi untuk baby tu membesar, harap semua dalam keadaan baik je..berat badan 2 minggu lepas naik 2 kg ,huhu telebih sudah sepatutnya 1 kg sebulan tapi yang baru ni check naik 0.5 kg ok la tu kan..
Nurse cakap pula kena minum air gula, ingatkan kalau berat badan naik lebih sangat je tapi nurse tu kata umur 25 tahun keatas memang kena minum air gula atau nama lainnya Ujian Cabaran Glukos (GCT) dengan mengambil minuman yang mengandungi 50g glukosa dan sampel darah diperoleh daripada lengannya sejam kemudian. , terpaksa minum la jawabnya, tapi cadang nak ambil awal minggu bulan depan masa tak kerja nanti.
Kenapa kena Ujian Cabaran Glukos (GCT) ? adalah untuk check kadar kandungan gula dalam darah kita, takut terkena Diabetes Kehamilan.

Diabetes Kehamilan atau biasanya dipanggil sebagai GDM
  • GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung.
  • GDM mungkin berlaku kerana anda sudah menghidap diabetes (paras glukosa darah yang tinggi) sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stres daripada kehamilan.
  • Walau bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan (hormon yang dihasilkan oleh pankreas untuk membolehkan glukosa masuk ke dalam sel-sel badan) ketika kehamilan.
  • Ini mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) mula mengeluarkan hormon-hormon yang menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan.
  • Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.
  • Lazimnya, pankreas anda akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun, anda mungkin memerlukan lebih tiga kali ganda insulin dari keadaan biasa.
  • Hasilnya, glukosa yang diserapkan ke dalam sel-sel badan menjadi terlalu sedikit dan glukosa yang tertinggal di dalam aliran darah pula meningkat tinggi.

Berisiko tinggi menghidap GDM jika:
- Berumur 25 tahun atau lebih
- Ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik, menghidap diabetes jenis 2
- Anda menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
- Anda mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum anda hamil
- Anda pernah melahirkan bayi yang mati dalam kandungan atau melahirkan bayi yang mempunyai berat lebih 4kg ketika kehamilan terdahulu.

Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian cabaran glukosa ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.
Jika paras glukosa darah anda tidak dalam lingkungan normal, anda akan dikehendaki mengambil OGTT untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi GDM. 

Sumber : Prof. Mustaffa Embong ialah Pakar Perunding Diabetes



Read more »

Barisan Skuad Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Saturday, October 30, 2010

Salam Semua.. Baru sebentar tadi pukul 2 petang kami mengetahui bahawa tiket perlawanan telah habis dijual kesemuanya, pada yang ingin menyaksikan perlawanan akhir antara Kelantan dengan Negeri Sembilan ini tidak perlulah lagi cuba nak pergi cari tiket lagi,  takut terbeli tiket palsu je, maklum le masa begini la banyak orang nak ambil kesempatan menipu, dah dapat tiket palsu confirm tak boleh nak masuk stadium pun, jadi yang mana tidak berkesempatan tengok kat rumah je la ye, boleh tengok sambil minum teh tarik takpun nak meriah lagi ajak member-member pergi kedai mamak skrin besar lagi tu..hehe, Di bawah ini barisan kemungkinan yang akan mengegarkan padang Stadium Bukit Jalil pada malam ini.


 Kami mendapat tahu bahawa jumlah tiket kesemuanya sebanyak 80000 orang, banyak tu rasa macam nak tengok Final World Cup pula.. Diharapkan tiada lagi kejadian yang memalukan Negara, Kita bermain untuk memajukan sukan negara bukan untuk bergaduh sesama sendiri.. Malam ni marilah kita menyaksikan beramai-ramai siaran langsung perlawan akhir piala malaysia di TV1 atau Astro Arena pada pukul 8.00 malam..Majulah Sukan Untuk Negara.


Read more »

Tips Membeli Handset Berkualiti


Salam Semua.. Nampaknya sekarang ni ,semakin hari semakin canggih teknologi yang ada pada handset, padahal kita baru saja beli handset tapi disebabkan terlalu banyak keluaran terbaru rasa seperti handset kita ketinggalan zaman pula.. dalam kita tidak menyedari yang harga handset itu adalah lebih mahal berbanding dengan barangan lain tapi kita masih boleh membeli dengan sesuka hati, kalau dulu kami boleh dikatakan tiap-tiap tahun akan betukar handset baru, pantang ade je model baru nak beli, tapi sekarang dah stop, bagi kami cukuplah dengan apa yang ada sekarang..Sebelum beli korang mesti tahu kualiti handset itu. Di sini kami ingin berkongsi Tips bagaimana membeli Handset yang berkualiti.


  1. Tekan *#06#
  2. Tekan butang send
  3. Automatik no siri sebanyak 15 digit muncul contohnya 652311019752652 
  4. Sila rujuk kualiti handset korang pada angka ke-7 dan ke-8 652311019752652
  • 02 atau 20  = Buatan China atau Taiwan (Tak berapa elok)
  • 08 atau 80  = Buatan Jerman (Boleh Tahan)
  • 01 atau 10  = Buatan Finland  (Kualiti Bagus)
  • 00              = Buatan Perancis (Paling Bagus)
  • 13              = Buatan Azerbaijan (Paling Teruk)
  • Kalau takde semua diatas bermakna Handset korang mungkin Handset Tiruan 
  • Untuk mengenal pasti kualiti sebenar handset korang sila KLIK SINI
Jadi selepas ini korang check lah dulu kualiti Handset itu sebelum beli, kalau korang nak pakai lama le, kalau memang nak save duit beli yang murah-murah je boleh telefon dengan mesej sudah, tapi rasanya zaman sekarang memang wajib yang ada aplikasi WiFi maklumlah main Facebook 24 jam tanpa henti..hehe..


Read more »

Makan Kat Steak House Kg Baru

Thursday, October 28, 2010

Salam Semua.. Kali ni nak bagi korang rasa western food plak, Western food kat sini memang sedap dan agak murah berbanding yang lain, kami banyak kali pergi kesini tapi asik lupa je nak post pasal ni, kebanyakkan orang yang tinggal berdekatan kawasan kuala lumpur mesti dah tahu pasal ni, memang popular pun.Restoran Steak House ni terletak berdekatan Masjid Kampung Baru, kira korang jalan masuk lorong masjid tu gerenti jumpa le selain dekat Kampung Baru korang boleh juga pergi dicawangan dekat Selayang Utama dan Serdang.

Menu yang ada kat situ pun banyak memang restoran khas untuk makanan western, korang boleh la nak cuba western food yang tak pernah korang rasa sebelum ni, Baru-baru ni kami order Lamb Leg dengan Chicken Chop, bagi kami yang jelas kelainan rasanya datang dari sos rekaan diorang ni, rasa berlemak dan tak muak, memang sedap le ,yang bagi best lagi ada berbagai air jus gelas besar cuma RM 2.00 je, harga semua berpatutan le ,rasanya korang mesti puas hati makan kat sana cuma yang kurangnya kat sana tempat parking, alahai kena pandai-pandai le menyelit kat mana-mana..hehe
Read more »

Facebook Maher Zain Lebih Sejuta Fans

Wednesday, October 27, 2010
Salam Semua.. Hari ni sedang kami melayari Facebook, kami cuba search Maher Zain, bila keluar Facebook Maher Zain peminat dia sudah melebihi dari sejuta, ini adalah pencapaian yang begitu baik buat pemuzik muslim seperti Maher Zain, Sebelum ini belum ada lagi artis muslim dalam masa setahun mempunyai lebih dari sejuta peminat.Jom kita sama-sama like Facebook Maher Zain..


Biodata Maher Zain
Name: Maher Zain
Age: 29 years old
Nationality: Swedish (of Lebanese origin)
Education: BA in Aeronautical Engineering
Previous Job: Music Producer
Worked with in the past: RedOne: Akon, Lady Gaga, etc
Album Name: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Release Date: 1st of November 2009
Record Label: Awakening Records



Read more »

CD Maher Zain RM 27.90

Tuesday, October 26, 2010
Salam Semua.. Kami baru je beli CD lagu Maher Zain, sebelum ni selalu sangat kami dengar dalam radio-radio je,lagu-lagu Maher Zain banyak yang best kalau satu dua je mungkin kami tak beli tapi bila kami dengar, boleh dikatakan semuanya sedap-sedap belaka, Original CD kualiti bunyinya memang terbaik dengan harga RM 27.90 rasanya berbaloi kalau korang beli, rasa feeling je dengar lagu ni.
Dah lama lagu Nasyid tak keudara dalam radio, dulu ingat lagi masa Raihan mula-mula popular dengan lagu Nasyidnya ,jualan kaset Raihan masa tu rasanya paling tinggi kat Malaysia, sekarang ni lagu-lagu nasyid dah mula tenggelam, Mudah-mudahan selepas ini dengan adanya lagu Nasyid dari Maher Zain ini dapat menaikkan kembali irama lagu Nasyid di Malaysia serta dapat dijiwai semula terutamanya golongan remaja..Jom kita layan Video Klip Lagu-lagu Maher Zain.


Insya Allah


Always be There



Palestine Will Be Free




Alhamdulilah

Read more »

Cili Kami Sepinggan Seringgit

Monday, October 25, 2010

Salam Semua.. Korang suka tak makan pedas-pedas, kami suka juga makan pedas ni tapi tak le terlalu pedas sampai sekali suap sekali teguk air. kalau terlalu suka makan pedas pun boleh membahayakan kesihatan juga.. Kami ada tanam pokok cili dalam kebun mini kami, sekarang ni sudah mendatangkan hasil yang berlipat kali ganda..hehe, memang menguntungkan bukan apa ini namanya bajet 2011 kami iaitu berjimat cermat membeli cili..hehe



Kami dah berjaya menghasilkan 4 batang pokok cili yang besar dan sihat, korang kalau nak tanam bukan main hentam je tabur biji cili, mula-mula kena semai dulu dalam bekas macam pasu, bila anak pokok cili dah besar sikit baru korang boleh pindahkan tanam dalam tanah pula.



Ini lah hasilnya kalau pergi ke pasar sepinggan seringgit ,kami dapat free je..hehe, kan dah jimat tu, pokok cili ni jenis berbuah banyak jadi kalau untuk kegunaan sekeluarga kami dah kira cukup, lain le memang peminat fanatik cili, sehari tak kena pedas cili bole ketar lutut dibuatnya..hehe..ok selamat mencuba tanam cili .:)
Read more »

Makan Steamboat kat Restoran Johnny's

Sunday, October 24, 2010
Salam Semua.. Macam mana dengan aktiviti  hujung minggu ni,Korang takde planning pergi jalan kat mana-mana ke.. Hujung minggu kali ni kami takde le akitiviti apa sangat pun maklum le musim jerebu kesihatan kena dijaga juga.. Kami hari ni pergi ziarah rumah member Ezz Eddin kami kat Balakong .. Kami bagi dia ikan Lampam yang dah makin besar ,disebabkan asyik kena belasah dengan ikan kelisa je baik asingkan kebetulan plak member kami ni baru je mengatalkan diri menceburi bidang bela ikan jadi kami wariskanlah ikan lampan ni kepada dia(macam sebidang tanah je). Lebih kurang sejam dua borak kosong kat rumah diaorang kami pun berangkatlah untuk pulang.

Jadi semasa nak balik rumah kami singgah sekejap dekat Jusco Balakong ,kebetulan berdekatan dengan rumah mereka. Tujuan kesana pun nak beli baju mengandung , maklum le perut semakin membesar (dah tau makin membesar bukannya nak beli baju XXL ni beli ikut saiz badan makin lama makin besar le, mmm hentam je la)kemudian dah selepas beli baju dalam 2 3 helai kebetulan diskaun Deepavali kami pun berasa lapar(ayat ntah apa-apa).. 

Jalan sambil cari port makan yang menarik tiba-tiba kena tahan dengan mamat bangla, dia bagi flyer Restoran Johnny's, kami pun usha flyer tersebut, nampak macam menarik , jadi kami pun masuk kekedai itu untuk cuba try test..hehe, sebelum tu kami beratur dulu maklum le hari minggu ramai orang , ni first time nak makan kat restoran kena beratur tunggu meja makan dulu.huh..

Dah dapat meja makan kami pun order set Thai steamboat untuk 2 orang makan, harga set tersebut RM 29.90 kalau nak kuah tomyam tambah RM10.00 lagi, air kelapa RM 5.00 dengan air keladi shake yang ni first time order tu yang nak rasa sedap ke tak..hehe

lebih kurang 8 minit 24 saat sampai lah menu yang diorder, mengelegak (mendidih) tomyam tu, jadi ini lah set tersebut, amacam nampak macam sedap kan, bagi kami boleh la berbaloi dengan harganya..huhu. Rasanya kalau korang nak bawa family makan kat sini pun ok juga ,tempat pun selesa, layanan pun bagus, selain dekat Jusco Balakong ni korang boleh check dekat website http://www.johnnyrestaurant.com/location.htm mana tau dekat dengan tempat tinggal korang..Ok selamat mencuba..
Read more »

ShoutBox Chat

Saturday, October 23, 2010
Harap maaf kami terpaksa hidden shoutmix chat ni untuk mengurangkan loading page.
Terima Kasih..






ShoutMix chat widget



[close]




Read more »

Tips Elak Penyakit Akibat Jerebu

Salam Semua.. Nampaknya Musim jerebu datang melanda Malaysia lagi, rasanya tiap-tiap tahun masalah jerebu ini terjadi , Kali ini berpunca dari kebakaran besar yang belaku di Sumatera,Indonesia. Negara-negara yang berada disekeliling turut terkena kesan daripada kebakaran tersebut. Disini ada tips berkenaan cara mengatasi penyakit akibat daripada jerebu ini.

Apakah kesan dari masalah jerebu ini pada kesihatan kita.



  •  Gatal-gatal kepada tekak dan batuk-batuk 
  •  Dada terasa sesak nafas atau susah bernafas 
  •  Kegatalan kepada kulit 
  •  Hidung berair dan bersin 
  •  Mata merah, pedih dan gatal mata 






Kita mesti mengambil perhatian terhadap nilai index pencemaran udara (IPU)  melalui akhbar, laman-laman web akhbar, radio dan TV iaitu
  

  • 0 – 50 Baik 
  • 51 – 100 Sederhana 
  • 101 – 200 Tidak Sihat 
  • 201 – 300 Sangat Tidak Sihat 
  • 301 – 500 Berbahaya 




Langkah-langkah untuk mencegah penyakit akibat Jerebu

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Sumber : Info Sihat 

Disebabkan masalah jerebu ini kami akan cuba mengurangkan aktiviti di luar , yang paling penting korang kena check status IPU kawasan tempat tinggal korang sama ada tercemar atau tidak supaya kita dapat mengambil langkah sewajarnya. Percayalah bahawa mencegah lebih elok daripada mengubati.
Read more »

Nama Bayi Islam Yang Sesuai


Salam Semua.. Nampaknya lagi 2 bulan kami nak timang cahaya mata , baby boy kami baru je jumpa nama yang sesuai , sebelum ni dah ada satu nama lain iaitu Azfar Danish, lepas tu kami dapat tahu yang anak saudara kami yang baru lahir pun ada nama Danish juga,sama la pula terpaksa tukar nama lain takkan nak panggil nama yang sama kan, kami pun cari lah kat buku baby la, dalam internet la ,akhirnya dah jumpa juga nama yang sesuai dan kami suka dengan nama tu.. Apa nama dia, minta maaf ini rahsia nanti baby boy kami dah lahir baru kami beritahu, cewah macam baby artis plak,hehe.. Kami berminat dengan artikle dari I luv islam tentang nama-nama bayi yang sesuai kita namakan kerana nama ini lah yang kekal sampai bila-bila dan juga dengan nama ini lah kita akan dipanggil pada hari kiamat nanti..



Nama Yang Tidak Baik
Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif.
Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti NatasyaZanaSusanHyfa,Dayanty atau seumpamanya.
Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.
Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa.
Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu .
Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna 'Manusia yang Bodoh'.
Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.
Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya 'Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa.
Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya.
Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud Hamba-Nya.
Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd FeldaNor MalaysiaSaiful JohoriMohd ToyotaSiti Sukom dan seumpamanya.
Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.
Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain.
Rasulullah SAW pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik.
Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar RA bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab RA mempunyai seorang anak perempuan namanya 'Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah SAW menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).
Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak.
Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia.
Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat.
Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.

Nama Yang Baik
Rasullullah SAW menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik.
Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para sahabat seperti Mus'ab, Mu'az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para 'ulama' seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai'i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al 'Izz dan lain-lain.
Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.
Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah 'Abd.
Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu'izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini.
Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab.
Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam.
Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.
Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran.
Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan.
Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini.
Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.

Jadi buat para ibu dan bapa serta yang akan menjadi ibu bapa suatu hari nanti diwajibkan memberi nama yang benar-benar bagus serta memberi erti yang bermakna kepada anak-anak kita kelak, Rasanya zaman sekarang ni ramai budak-budak nama dah moden tak macam dahulu, kadang-kadang jenuh nak menyebutnya,dahulu pergi daftar nama pun bapa cakap sebutan nama lain pendaftar letak nama lain sekarang dah canggih terus masuk mykid lagi..:)
Read more »
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever