Kelebihan Coklat

Thursday, October 21, 2010
Salam Semua.. Hari ni kami pergi shopping kat Mydin Subang, pergi beli barang-barang dapur sikit. hari macam ni la kalau nak beli barang kalau tunggu hari minggu penuh sesak le jawabnya, nak parking pun susah.. Tengah usha2 barang-barang nampak lah coklat, dah lama betul tak makan coklat teringin la plak. Korang tahu tak  yang coklat mempunyai banyak khasiat, kebanyakan orang kata coklat tak elok untuk kesihatan, kemungkinan itu kalau makan banyak sangat, sebenarnya coklat mengandungi banyak kebaikkan dan khasiat tersendiri antaranya. 



  • Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
  • Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.
  • Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantungPhenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
  • Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.
  • Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama
  • Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran
Ringkasan info dari Sabah.edu

Macam mana adakah korang juga meminati coklat , rasanya tak semua yang suka maklum le manis dan melekit, tapi kalau yang suka sangat memang selalu lah makan kan, lagi satu kalau kita berikan coklat pada orang yang tengah merajuk bole cair balik hatinya seperti coklat juga,, orang kata le..hehe
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever