Cili Kami Sepinggan Seringgit

Monday, October 25, 2010

Salam Semua.. Korang suka tak makan pedas-pedas, kami suka juga makan pedas ni tapi tak le terlalu pedas sampai sekali suap sekali teguk air. kalau terlalu suka makan pedas pun boleh membahayakan kesihatan juga.. Kami ada tanam pokok cili dalam kebun mini kami, sekarang ni sudah mendatangkan hasil yang berlipat kali ganda..hehe, memang menguntungkan bukan apa ini namanya bajet 2011 kami iaitu berjimat cermat membeli cili..hehe



Kami dah berjaya menghasilkan 4 batang pokok cili yang besar dan sihat, korang kalau nak tanam bukan main hentam je tabur biji cili, mula-mula kena semai dulu dalam bekas macam pasu, bila anak pokok cili dah besar sikit baru korang boleh pindahkan tanam dalam tanah pula.



Ini lah hasilnya kalau pergi ke pasar sepinggan seringgit ,kami dapat free je..hehe, kan dah jimat tu, pokok cili ni jenis berbuah banyak jadi kalau untuk kegunaan sekeluarga kami dah kira cukup, lain le memang peminat fanatik cili, sehari tak kena pedas cili bole ketar lutut dibuatnya..hehe..ok selamat mencuba tanam cili .:)
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever