Makan Steamboat kat Restoran Johnny's

Sunday, October 24, 2010
Salam Semua.. Macam mana dengan aktiviti  hujung minggu ni,Korang takde planning pergi jalan kat mana-mana ke.. Hujung minggu kali ni kami takde le akitiviti apa sangat pun maklum le musim jerebu kesihatan kena dijaga juga.. Kami hari ni pergi ziarah rumah member Ezz Eddin kami kat Balakong .. Kami bagi dia ikan Lampam yang dah makin besar ,disebabkan asyik kena belasah dengan ikan kelisa je baik asingkan kebetulan plak member kami ni baru je mengatalkan diri menceburi bidang bela ikan jadi kami wariskanlah ikan lampan ni kepada dia(macam sebidang tanah je). Lebih kurang sejam dua borak kosong kat rumah diaorang kami pun berangkatlah untuk pulang.

Jadi semasa nak balik rumah kami singgah sekejap dekat Jusco Balakong ,kebetulan berdekatan dengan rumah mereka. Tujuan kesana pun nak beli baju mengandung , maklum le perut semakin membesar (dah tau makin membesar bukannya nak beli baju XXL ni beli ikut saiz badan makin lama makin besar le, mmm hentam je la)kemudian dah selepas beli baju dalam 2 3 helai kebetulan diskaun Deepavali kami pun berasa lapar(ayat ntah apa-apa).. 

Jalan sambil cari port makan yang menarik tiba-tiba kena tahan dengan mamat bangla, dia bagi flyer Restoran Johnny's, kami pun usha flyer tersebut, nampak macam menarik , jadi kami pun masuk kekedai itu untuk cuba try test..hehe, sebelum tu kami beratur dulu maklum le hari minggu ramai orang , ni first time nak makan kat restoran kena beratur tunggu meja makan dulu.huh..

Dah dapat meja makan kami pun order set Thai steamboat untuk 2 orang makan, harga set tersebut RM 29.90 kalau nak kuah tomyam tambah RM10.00 lagi, air kelapa RM 5.00 dengan air keladi shake yang ni first time order tu yang nak rasa sedap ke tak..hehe

lebih kurang 8 minit 24 saat sampai lah menu yang diorder, mengelegak (mendidih) tomyam tu, jadi ini lah set tersebut, amacam nampak macam sedap kan, bagi kami boleh la berbaloi dengan harganya..huhu. Rasanya kalau korang nak bawa family makan kat sini pun ok juga ,tempat pun selesa, layanan pun bagus, selain dekat Jusco Balakong ni korang boleh check dekat website http://www.johnnyrestaurant.com/location.htm mana tau dekat dengan tempat tinggal korang..Ok selamat mencuba..
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My Photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever