Salam Semua.. Hari ini sedang kami cari-cari tazkirah dalam internet terjumpa satu tazkirah dari laman web JAIP  tentang solat. Dizaman sekarang ini ramai yang meninggalkan solat dari mengerjakannya, jikalau yang mengerjakannya pula tidak melakukan solat dengan begitu sempurna, Kami ingin berkongsi tentang tazkirah ini, semoga dapat kita bersama memperbaiki solat kita supaya lebih sempurna.
Rasulullah S.A.W. telah  bersabda yang bermaksud : "Sesiapa    yang memelihara solat, maka solat  itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan    selamat dan  barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat    itu  tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat     baginya." (Tabyinul Mahaarim) 
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya    tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan    zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi    makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya    (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan    perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda  Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa    yang solatnya itu  tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,     maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T  dan jauh    dari Allah."
Hassan r.a berkata :  "Kalau solat kamu itu tidak dapat    menahan kamu dari melakukan  perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu    dianggap orang  yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu    itu  akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal     yang buruk."
 


