Tips Elak Bayi Tersedak Susu

Thursday, October 7, 2010

Salam Semua.. Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. memandangkan kami bakal menimang cahaya mata juga jadi marilah kita berkongsi bersama bagaimana untuk mengatasi masalah ini , sumber dari Metro ini kami ringkaskan untuk peringatan semua.


Sebab-sebab bayi tersedak susu
  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.  
  • lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. 
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

    Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.
    • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
    • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
    • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
    • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
    • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

      Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

      •  Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.


      • Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
      • dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
      • tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan


      •  Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
      • Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

      Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa  tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.

      Read more »

      Tips Elak Kecurian Kenderaan

      Tuesday, October 5, 2010

      Salam Semua.. Kejadian Curi kenderaan seperti kereta dan motorsikal ini semakin menjadi-jadi, baru-baru ini kereta jiran kami dicuri, dia pergi ke kedai dan apabila balik semula ke tempat parking, kereta dah hilang, Jiran kami dah membuat laporan polis, tapi bukan senang kalau dah hilang nak jumpa balik, sampai sekarang tak dapat , nak tunggu claims insuran pun 3, 4 bulan baru dapat.Menyusahkan betul.. Kami ingin berkongsi Tips dari PDRM untuk mengelakkan Kenderaan kita daripada dicuri.



      Tip Mencegah Kecurian Kereta
      • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
      • Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
      • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
      • Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey' kereta sekiranya anda berasa was-was.
      • Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda (sandblasting).
      • Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
      • Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya di tempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
      • Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk di servis. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa di servis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa di servis.

      Tip Mencegah Kecurian motosikal
      • Letak motosikal di tempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
      • Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
      • Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
      • Letakkan di tempat yang mudah dilihat pada waktu malam seperti di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
      • Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.


      Mudah-mudahan selepas ini kita akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati terhadap keselamatan kenderaan kita.

      Read more »

      Facebook Sosilawati , Pathmanabhan dan Surendren

      Monday, October 4, 2010

      Facebook Sosilawati Lawiya sekarang mempunyai seramai lebih dari 10 000 orang, yang kesemuanya mengucapkan Takziah serta bersimpati diatas pemergian arwah , Segala info berkenaan Kes Pembunuhan terhadap Sosilawati ada di Facebook ini.









      Facebook suspek pembunuhan iaitu ketua yang merancang pembunuhan kejam ke atas Sosilawati dan 3 yang lain ,dia juga telah disyaki membunuh lebih dari 5 orang lagi. Friends yang add facebook suspek semakin hari semakin berkurangan mungkin taknak disabitkan bersubahat dengan suspek.








      Ini pula adalah Facebook adik Pathmanabhan, seorang Doktor dan telah disabitkan bersubahat serta merancang pembunuhan kejam itu. Orang berpengetahuan tinggi pun tak boleh befikiran dengan waras.



      Read more »

      Harga Rokok Naik Lagi

      Sunday, October 3, 2010

      Salam Semua.. nampaknya esok harga rokok akan naik lagi,kali ni penaikkan yang banyak iaitu sebanyak 70 sen, Kalau beli rokok Dunhill 20 ,besok harganya jadi RM 10 la yer.. macam mahal jer..hehe.. Jadi tak reti-reti lagi, berhenti le daripada membazir je kan..

       
      Harga Rokok Naik Esok 
      PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.

      Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

      Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.

      Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.
      Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.

      Sumber : mStar




      Tip Berhenti Merokok 12 M :

      1. Melengah-lengahkan
      • Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.
      2. Menarik nafas panjang
      • Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
      3. Minum air
      • Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
      4. Menyibukkan diri
      • Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
      5. Menjauhkan diri
      • Jauhkan diri daripada orang yang merokok.
      6. Mengelakkan diri
      • Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
      7. Mengunyah sesuatu
      • Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.
      8. Membasuh tangan selalu

      9. Mandi dengan kerap

      10. Meregangkan otot
      • Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
      11. Meditasi

      12. Memohon doa
      • Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok.
      Semoga Perokok-perokok tegar dapat mengurangkan atau lebih bagus berhenti terus dari menghisap rokok yang harganya semakin hari semakin mahal..:)

      Read more »

      Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

      Salam Semua.. Baru-baru ini anak kawan kami yang berumur 2 tahun diserang penyakit tangan kaki dan mulut, menurut kawan kami ini anaknya mula-mula hanya demam biasa je, kemudian selepas sehari kelihatan air liur anak dia meleleh jer ,dia pun tak syak apa-apa sehingga esok lusa mulut dan tangan anak nya ada lepuhan macam bintik-bintik yang banyak. dia pun menghantar anaknya ke Hospital untuk mengetahui sebab penyakit itu.

      Doktor mengesahkan bahawa anaknya terkena penyakit Tangan kaki, dan mulut, Alhamdullilah anaknya sempat diubati dan sekarang telah sembuh. Di Hospital pun anaknya diasingkan di wad lain,selepas melawat anaknya ,dia kena cuci tangan bersih-bersih kerana penyakit ini boleh berjangkit. Ini adalah penyakit agak berbahaya yang kita sering lupa akan kesannya, Jadi kami ingin berkongsi sedikit sebanyak Penyakit ini yang di petik dari Info Sihat.


      Definisi
      Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
       
      Sebab-sebab
      Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
       
      Tanda-tanda dan gejala
      • Demam yang ringan
      • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
      • Sakit tekak
      Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
       
      Siapa yang mudah dijangkiti?
      Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
       
      Adakah penyakit ini berjangkit?
      Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

      Rawatan
      Tiada rawatan yang khusus.
      • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
      • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
      • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
      • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
      Pencegahan
      • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
      • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
      • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
      • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
      Komplikasi
      Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

      Bila perlu berjumpa doktor?
      • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
      • Letih/lesu
      • Kulit dan lidah yang kering
      • Resah gelisah (irritable)
      • Sawan
      • hilang sedar
       
      Selepas ini jikalau ada anak-anak kita atau orang lain yang terkena tanda-tanda seperti ini segeralah bawa berjumpa dengan doktor, jangan tunggu-tunggu lagi supaya anak-anak ini dapat rawatan dengan segera .
       
       
      Read more »

      Tips Elak Diragut

      Saturday, October 2, 2010


      Salam Mesra Semua..
      Kali ini kami terbaca Paper Metro muka surat depan terpampang tajuk besar Koma Diterajang peragut, ini lagi satu kes yang selalu sangat keluar di muka akhbar tapi masih berpanjangan macamkan tiada jalan penyelesaian,kadang-kadang makin teruk adalah..

      Kesian pada mereka yang diragut sehingga cedera ada juga sehingga menyebabkan kematian, berapa sangatlah yang mereka dapat . Apa perasaan mereka jika ibu,isteri atau anak-anak mereka diragut, sesungguhnya berbuat jahat akan dibalas juga sama ada di Dunia atau Di akhirat kelak, Disini kami ingin berkongsi sedikit tips mengelakkan kita daripada diragut terutamanya bagi kaum wanita.


      1) Biasakan menyilangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas.

      2) Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter semasa membuat bayaran. 

      3) Gunakan jalan yang selalu dilalui oleh orang ramai.

      4) Jika terpaksa keluar di waktu malam, cuba keluar secara berteman atau berkumpulan, jangan sesekali berjalan beseorangan walaupun tidak jauh mana tempat yang hendak dituju


      5) Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg duit di tempat yang tidak terdedah.

      6) Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.

      7) Jangan berasak-asak apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yang sesak. Ini untuk mengelakkan anda daripada diragut.

      8) Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

      9) Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta apai. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut.

      10) Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.

      11) Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
      12) Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yang berasingan.


      Semoga Tip-tip ini dapat mengelakan kita dari diragut dan barang-barang berharga kita sentiasa dalam keadaan selamat, Diharapkan Pihak Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa mengenakan lagi hukuman yang lebih berat terhadap peragut-peragut walaupun mangsanya tidak mengalami kecederaan tetapi dengan mengenakan hukuman yang lebih berat seperti penjara 10 tahun atau 10 sebatan mungkin dapat memberi rasa takut kepada peragut-peragut tersebut untuk melakukan perbuatan keji itu.


      Read more »

      Lif Terjatuh Dari Tingkat 6

      Friday, October 1, 2010

      Salam Semua. Kejadian Lif Terjatuh di Pangsapuri Impian Baiduri sungguh memeranjatkan kami, Kesan daripada Lif yang terhempas dari tingkat 6 itu menyebabkan 4 orang mengalami kecederaan yang parah ,salah seorangnya lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

      Kenapakah ini semua boleh berlaku, Kejadian Lif-lif rosak ini sering keluar di akhbar, di dalam TV tetapi macam takde kesudahan sehingga jadi seperti ini baru nak kecoh satu Malaysia. Pemaju-pemaju perumahan yang kebanyakkannya mudah lepas tangan dalam urusan baik pulih bangunan-bangunan perumahan ini menyebabkan kejadian seperti ini berlaku, Sikap ambil lewa yang dilakukan oleh mereka membawa padah pada penghuni sesebuah bangunan atau perumahan.mentang-mentanglah duit dah dapat , benda-benda seperti ini dianggap remeh saja.

      Harapan kami agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa mengambil serius dalam menangani masalah penyelengaraan terhadap bangunan-bangunan yang rosak dan bermasalah, Ini semua berkaitan dengan Nyawa, semoga akan datang tidak berlaku lagi kejadian yang menyayat hati seperti ini.


      PETALING JAYA: “Seluruh bangunan pangsapuri 18 tingkat ini bergegar kuat seperti gempa bumi sejurus lif berkenaan terhempas jatuh diikuti dengan bunyi letupan,” kata salah seorang pelajar, Mohd Taqiuddin Ali, 15, yang kebetulan menunggu di hadapan pintu lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat sembilan pangsapuri berkenaan, semalam.
      TEGANG...beberapa penduduk hilang sabar sebelum mencabar pihak pemaju.

      Menurutnya, dia yang tergamam dengan kejadian itu mampu mendengar bunyi jeritan dan rintihan mangsa yang ketika itu masih terperangkap di dalam lif.

      Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasang suami isteri dan dua pelajar cedera selepas lif dinaiki mereka untuk pulang ke unit rumah masing-masing terhempas di tingkat bawah Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri.

      “Ketika itu beberapa penghuni pangsapuri yang terkejut dengan bunyi dentuman itu segera turun sebelum berusaha mengumpil pintu lif berkenaan.

      “Sebaik pintu lif terbabit dibuka, saya melihat beberapa mangsa bergelimpangan kesakitan dalam lif dan seorang pelajar sekolah perempuan terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.

       KUGAHAN...patah dua tulang kaki kanan

      Menurutnya, ketika itu, dia sempat melihat salah seorang mangsa adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama yang dikenali sebagai Cikgu Zarina.


       PARAH.. Cigu Zarina dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaUntuk mendapat rawatan


      “Dia dipercayai patah pinggang didukung suaminya keluar dari lif, sebelum dibaringkan di lantai ruang legar di hadapan lif terbabit.

      “Lelaki terbabit yang juga suami kepada Cikgu Zarina turut mendukung pelajar perempuan tingkatan satu bernama Azizah keluar. Keadaan menjadi kelam-kabut berikutan orang ramai berpusu-pusu melihat apa yang berlaku,” katanya.

      Menurutnya, seorang lagi mangsa yang juga pelajar lelaki tingkatan dua turut patah pergelangan kaki.

      “Tidak berapa lama kemudian ambulans dan jentera bomba dan penyelamat Petaling Jaya muncul sebelum semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

      Sementara itu, Pengerusi Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 45, berkata, kejadian lif rosak di pangsapuri Blok A kerap kali berlaku hingga menyukarkan kehidupan harian 1,000 penduduk.

      Menurutnya, walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri berkenaan, namun hanya dua lif berfungsi manakala satu lagi lif digunakan sebagai stor mengisi perkakas kontraktor.

      “Bagaimanapun lif berkenaan kerap kali rosak walaupun pihak pemaju mendakwa ia baru diselenggara. Keadaan lif uzur berikutan lampu dan alat penghawa dinginnya tidak berfungsi.
       TERCABUT.. Keadaan gandar besi Lif Di Pangsapuri Impian Baiduri yang tercabut

      “Sering kali lif berkenaan berhenti tanpa sebab mengakibatkan penduduk terperangkap di dalamnya. Lebih menakutkan apabila lif berkenaan kerap menggelungsur ke bawah secara mendadak menyebabkan pengguna di dalamnya ketakutan,” katanya.

      Menurutnya, kejadian kemalangan yang hampir meragut empat nyawa penduduk pangsapuri itu kemuncak kepada kebimbangan yang selamanya menghantui penduduk.

      “Saya kesal apa yang berlaku berikutan setiap rumah membayar hampir RM50 sebulan bagi kos penyelenggaraan pangsapuri terbabit. Malangnya hak kami diabaikan termasuk keselamatan anak kami,” katanya.

      Menurutnya, kejadian terbabit dianggap pelik berikutan pihak pemaju mendakwa lif terbabit baru diselenggara lima hari lalu.

      Sementara itu, keadaan menjadi panas apabila beberapa penduduk tidak dapat menahan sabar mengamuk dan meminta pemaju memberi jawapan bernas.

      Sumber : Harian Metro

      Video Lif Terjatuh , Penduduk Marah

      Read more »

      Daiso Shop Japan Kat Malaysia

      Salam semua.. Hari ini kami pergi jalan-jalan dekat IOI, tengah berjalan-jalan tu terjumpalah kedai Daiso, apa yang menariknya kedai ini, kesemua barang-barangnya di import dari Japan dan juga semua barang berharga RM 5 sahaja. Kalau korang nak beli barang-barang hiasan memang sesuai singgah ke kedai ini, Barang-barang buatan Jepun ini menawarkan harga yang seragam tak kira besar , macam mana skali bentuknya semua berharga RM 5, barang-barang kat situ juga boleh dijadikan hadiah atau cenderahati.


      Kerana kebanyakan barang-barang kat sana semua comel-comel (kawai) belaka, bagi kaum perempuan mesti rasa suka kalau singgah ke kedai tu, boleh la nak ajak isteri ke,mak ke, girlfriend ke mesti ada barang yang berkenan dihati. Barangan di sana juga pelik dan jarang di jumpai di Malaysia maklum le barang-barang orang jepun ni kreatif nya lain sikit.
      Jom Kita Usha sikit apa yang ada di dalam kedai Daiso Japan Store ini.









       Antara Barangan yang terdapat di Daiso Japan Store










      Lokasi Kedai Daiso Japan Di Malaysia


      Name:Kota Kinabalu
      Address:Unit No S-101a, 2nd Flr,1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah,Malaysia.
      Floor area:6,889ft2(640m2)
      Opened:7 June 2008
      Name:Curve
      Address:Lot 209,210,211,212 2nd Floor6,Ja;lan pju 7/3, Mutiara Damansara47810 Petaling jaya,Selangor Malaysia
      Floor area:6,456ft2(600m2)
      Opened:13 December 2008
      Name:MELAKA
      Address:Fl-30,Level 1,Dataran Pahlawan Melaka Megamall,Jalan Merdeka,75000 Bandar Hilir,Melaka Malaysia
      Floor area:6,036ft2(561m2)
      Opened:24 February 2009
      Name:IOI
      Address:BAIFU (M) SDN BHD Lot ES 1A, Second Floor, IOI Mall,Batu 9, Bandar Puchong Jaya,47170 Puchong, Selangor, Malaysia.
      Floor area:7,554ft2(702m2)
      Opened:28 March 2009
      Name:Bukit Bintang
      Address:Sungei Wang Plaza,Jalan Bukit Bintang,55100 Kuala Lumpur
      Floor area:5,079ft2(472m2)
      Opened:12 September 2009
      Name:Johor Bahru
      Address:No8, Jalan Inda 15/2, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Darul Takzim
      Floor area:10,868ft2(1,010m2)
      Opened:1 November 2009
      Name:One Utama
      Address:DAISO 1-Utama LG308e, LG Floor, Bandar Utama City Centre Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan MALAYSIA
      Floor area:6,812ft2(633m2)
      Opened:17 March 2010
      Name:Palm Square
      Address:P4-P7th Floor, CPS Tower Centre Point Sabah No.1 Jalan Centre 88000 Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA
      Floor area:3,562ft2(331m2)
      Opened:24 April 2010
      Name:JUSCO MELAKA
      Address:LOT-S33 . NO.2 Jalan Legenda, Taman1-Legenda,75400,Melaka,Malaysia
      Floor area:11,363ft2(1,056m2)
      Opened:15 June 2010



      Read more »
       
      LiFe KaMi. Powered by Blogger.

      Best FrienDs KaMi

      SponSor By

      BioData KaMi

      My photo
      KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

      © 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
      Hak Milik LiFe KaMiHappyForever