Lif Terjatuh Dari Tingkat 6

Friday, October 1, 2010

Salam Semua. Kejadian Lif Terjatuh di Pangsapuri Impian Baiduri sungguh memeranjatkan kami, Kesan daripada Lif yang terhempas dari tingkat 6 itu menyebabkan 4 orang mengalami kecederaan yang parah ,salah seorangnya lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

Kenapakah ini semua boleh berlaku, Kejadian Lif-lif rosak ini sering keluar di akhbar, di dalam TV tetapi macam takde kesudahan sehingga jadi seperti ini baru nak kecoh satu Malaysia. Pemaju-pemaju perumahan yang kebanyakkannya mudah lepas tangan dalam urusan baik pulih bangunan-bangunan perumahan ini menyebabkan kejadian seperti ini berlaku, Sikap ambil lewa yang dilakukan oleh mereka membawa padah pada penghuni sesebuah bangunan atau perumahan.mentang-mentanglah duit dah dapat , benda-benda seperti ini dianggap remeh saja.

Harapan kami agar pihak kerajaan dan pihak berkuasa mengambil serius dalam menangani masalah penyelengaraan terhadap bangunan-bangunan yang rosak dan bermasalah, Ini semua berkaitan dengan Nyawa, semoga akan datang tidak berlaku lagi kejadian yang menyayat hati seperti ini.


PETALING JAYA: “Seluruh bangunan pangsapuri 18 tingkat ini bergegar kuat seperti gempa bumi sejurus lif berkenaan terhempas jatuh diikuti dengan bunyi letupan,” kata salah seorang pelajar, Mohd Taqiuddin Ali, 15, yang kebetulan menunggu di hadapan pintu lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat sembilan pangsapuri berkenaan, semalam.
TEGANG...beberapa penduduk hilang sabar sebelum mencabar pihak pemaju.

Menurutnya, dia yang tergamam dengan kejadian itu mampu mendengar bunyi jeritan dan rintihan mangsa yang ketika itu masih terperangkap di dalam lif.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasang suami isteri dan dua pelajar cedera selepas lif dinaiki mereka untuk pulang ke unit rumah masing-masing terhempas di tingkat bawah Blok A, Pangsapuri Impian Baiduri.

“Ketika itu beberapa penghuni pangsapuri yang terkejut dengan bunyi dentuman itu segera turun sebelum berusaha mengumpil pintu lif berkenaan.

“Sebaik pintu lif terbabit dibuka, saya melihat beberapa mangsa bergelimpangan kesakitan dalam lif dan seorang pelajar sekolah perempuan terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.

 KUGAHAN...patah dua tulang kaki kanan

Menurutnya, ketika itu, dia sempat melihat salah seorang mangsa adalah guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama yang dikenali sebagai Cikgu Zarina.


 PARAH.. Cigu Zarina dibawa ke Pusat Perubatan Universiti MalayaUntuk mendapat rawatan


“Dia dipercayai patah pinggang didukung suaminya keluar dari lif, sebelum dibaringkan di lantai ruang legar di hadapan lif terbabit.

“Lelaki terbabit yang juga suami kepada Cikgu Zarina turut mendukung pelajar perempuan tingkatan satu bernama Azizah keluar. Keadaan menjadi kelam-kabut berikutan orang ramai berpusu-pusu melihat apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi mangsa yang juga pelajar lelaki tingkatan dua turut patah pergelangan kaki.

“Tidak berapa lama kemudian ambulans dan jentera bomba dan penyelamat Petaling Jaya muncul sebelum semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Pangsapuri Impian Baiduri, Tambi Chik Hassan, 45, berkata, kejadian lif rosak di pangsapuri Blok A kerap kali berlaku hingga menyukarkan kehidupan harian 1,000 penduduk.

Menurutnya, walaupun terdapat tiga lif di pangsapuri berkenaan, namun hanya dua lif berfungsi manakala satu lagi lif digunakan sebagai stor mengisi perkakas kontraktor.

“Bagaimanapun lif berkenaan kerap kali rosak walaupun pihak pemaju mendakwa ia baru diselenggara. Keadaan lif uzur berikutan lampu dan alat penghawa dinginnya tidak berfungsi.
 TERCABUT.. Keadaan gandar besi Lif Di Pangsapuri Impian Baiduri yang tercabut

“Sering kali lif berkenaan berhenti tanpa sebab mengakibatkan penduduk terperangkap di dalamnya. Lebih menakutkan apabila lif berkenaan kerap menggelungsur ke bawah secara mendadak menyebabkan pengguna di dalamnya ketakutan,” katanya.

Menurutnya, kejadian kemalangan yang hampir meragut empat nyawa penduduk pangsapuri itu kemuncak kepada kebimbangan yang selamanya menghantui penduduk.

“Saya kesal apa yang berlaku berikutan setiap rumah membayar hampir RM50 sebulan bagi kos penyelenggaraan pangsapuri terbabit. Malangnya hak kami diabaikan termasuk keselamatan anak kami,” katanya.

Menurutnya, kejadian terbabit dianggap pelik berikutan pihak pemaju mendakwa lif terbabit baru diselenggara lima hari lalu.

Sementara itu, keadaan menjadi panas apabila beberapa penduduk tidak dapat menahan sabar mengamuk dan meminta pemaju memberi jawapan bernas.

Sumber : Harian Metro

Video Lif Terjatuh , Penduduk Marah

 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever