Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Sunday, October 3, 2010
Salam Semua.. Baru-baru ini anak kawan kami yang berumur 2 tahun diserang penyakit tangan kaki dan mulut, menurut kawan kami ini anaknya mula-mula hanya demam biasa je, kemudian selepas sehari kelihatan air liur anak dia meleleh jer ,dia pun tak syak apa-apa sehingga esok lusa mulut dan tangan anak nya ada lepuhan macam bintik-bintik yang banyak. dia pun menghantar anaknya ke Hospital untuk mengetahui sebab penyakit itu.

Doktor mengesahkan bahawa anaknya terkena penyakit Tangan kaki, dan mulut, Alhamdullilah anaknya sempat diubati dan sekarang telah sembuh. Di Hospital pun anaknya diasingkan di wad lain,selepas melawat anaknya ,dia kena cuci tangan bersih-bersih kerana penyakit ini boleh berjangkit. Ini adalah penyakit agak berbahaya yang kita sering lupa akan kesannya, Jadi kami ingin berkongsi sedikit sebanyak Penyakit ini yang di petik dari Info Sihat.


Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
 
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
 
Tanda-tanda dan gejala
  • Demam yang ringan
  • Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
  • Sakit tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari.
 
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
 
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.

Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
  • Ubat demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
  • Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan: ½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh berkumur
  • Pastikan kanak-kanak minum air yang secukupnya
  • Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga boleh diberi
Pencegahan
  • Boleh dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada kontak dengan pesakit
  • Permukaan yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih, sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan Clorox dengan satu gelen air
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi
  • Elak daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh menyebabkan kematian.

Bila perlu berjumpa doktor?
  • Apabila demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
  • Letih/lesu
  • Kulit dan lidah yang kering
  • Resah gelisah (irritable)
  • Sawan
  • hilang sedar
 
Selepas ini jikalau ada anak-anak kita atau orang lain yang terkena tanda-tanda seperti ini segeralah bawa berjumpa dengan doktor, jangan tunggu-tunggu lagi supaya anak-anak ini dapat rawatan dengan segera .
 
 
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever