Salam Mesra Semua..
Kali ini kami terbaca Paper Metro muka surat depan terpampang tajuk besar Koma Diterajang peragut, ini lagi satu kes yang selalu sangat keluar di muka akhbar tapi masih berpanjangan macamkan tiada jalan penyelesaian,kadang-kadang makin teruk adalah..
Kesian pada mereka yang diragut sehingga cedera ada juga sehingga menyebabkan kematian, berapa sangatlah yang mereka dapat . Apa perasaan mereka jika ibu,isteri atau anak-anak mereka diragut, sesungguhnya berbuat jahat akan dibalas juga sama ada di Dunia atau Di akhirat kelak, Disini kami ingin berkongsi sedikit tips mengelakkan kita daripada diragut terutamanya bagi kaum wanita.
1) Biasakan menyilangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan lalu lintas.
2) Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter semasa membuat bayaran.
4) Jika terpaksa keluar di waktu malam, cuba keluar secara berteman atau berkumpulan, jangan sesekali berjalan beseorangan walaupun tidak jauh mana tempat yang hendak dituju
5) Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyikan beg duit di tempat yang tidak terdedah.
6) Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
7) Jangan berasak-asak apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yang sesak. Ini untuk mengelakkan anda daripada diragut.
8) Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
9) Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta apai. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut.
10) Semasa menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
11) Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
12) Jangan simpan duit (wang) di satu kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yang berasingan.
Semoga Tip-tip ini dapat mengelakan kita dari diragut dan barang-barang berharga kita sentiasa dalam keadaan selamat, Diharapkan Pihak Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa mengenakan lagi hukuman yang lebih berat terhadap peragut-peragut walaupun mangsanya tidak mengalami kecederaan tetapi dengan mengenakan hukuman yang lebih berat seperti penjara 10 tahun atau 10 sebatan mungkin dapat memberi rasa takut kepada peragut-peragut tersebut untuk melakukan perbuatan keji itu.