Kemalangan Ngeri 10.10.10 Dekat Tol Simpang Ampat

Monday, October 11, 2010

Salam Semua.. Nampaknya tarikh 10.10.10 ini juga menceritakan Kemalangan yang cukup tragis dan amat teruk telah berlaku berdekatan tol Simpang Ampat , Kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang itu telah mengorbankan seramai 12 orang serta mencederakan 40 yang lain.
Bagaimana ini semua boleh berlaku, Punca kejadian dikatakan berlaku apabila Bas dari arah bertentangan tidak dapat dikawal dan terbabas masuk kelaluan bertentang, Kalau dah namanya Highway memang tak sempat nak berhenti dengan tiba-tiba, MasyaAllah tragis sungguh kemalangan itu, kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan itu, semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat.



12 Maut, Lebih 40 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan Enam Kenderaan
REMBAU, 10 Okt (Bernama) -- Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini Ahad.



Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.


Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.


Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat.



Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.



Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.


-- BERNAMA


Read more »

Free iPhone

Salam Semua.. Anda semua hendak memenangi iPhone 3G 16GB secara percuma tanpa membeli walaupun satu sen, mudah sahaja hanya dengan meletakkan banner Walimatulurus.net di dalam blog atau web site anda .
Caranya dengan mengira pengunjung terbanyak yang datang dari website anda ke laman web Walimatulurus.net. akan menerima hadiah iphone 3G.Peraduan ini bermula dari 1 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010. 
Apa tunggu lagi jom kita sertai bersama, mana tahu kalau anda murah rezeki memenangi iPhone ini.


kad 
kahwin
Kad Kahwin
Read more »

Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar 10.10.10

Sunday, October 10, 2010
Salam Mesra Semua.. Hari ini tarikh 10.10.10 adalah nombor yang unik serta meninggalkan kenangan manis kepada Angkasawan Negara kita, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang telah sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos.

Majlis akad nikah ini berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada pukul 11.45 pagi dan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali. Majlis persandingan pula akan diadakan malam ini dengan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan, Lebih dari 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua, semoga perkahwinan ini akan kekal sehingga keakhir hayat mereka. 

Gambar Sebelum Pernikahan


Gambar Sewaktu Pernikahan




Angkasawan Pertama Malaysia Kebanggaan Negara

Read more »

Tips Penjagaan Laptop

Salam Semua.. Boleh dikatakan zaman sekarang ini pengguna Laptop semakin hari semakin ramai. Lebih-lebih lagi di Kolej-kolej, setiap seorang ada memiliki Laptop masing-masing, banyak kegunaan yang ada pada laptop ini termasuklah untuk berblogging..hehe.. apabila laptop tidak dijaga dengan baik, tak sampai berapa tahun dah mula meragam. jadi disini kami ingin berkongsi cara bagaimana kita ingin menjaga Laptop supaya sentiasa dalam keadaan baik. antara aspek yang perlu diutamakan ialah..


Bateri
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard atau Papan Kekunci
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD
  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in ... minutes'.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel'.

Haba Panas
  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
  
Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Jikalau kita sentiasa mengamalkan panduan yang betul dan tidak mengambil mudah dalam penjagaan Laptop, laptop kita akan bertahan lama dan tidak perlulah kita membazir untuk membeli Latop yang baru atau menghantar ke kedai untuk diperbaiki. Selamat mencuba. :)
Read more »

Terjemahan Bahasa Malaysia - Bahasa Inggeris

Saturday, October 9, 2010
Sekarang ini banyak web site yang menyediakan aplikasi penterjemahan secara online tetapi kebanyakkan berbayar dan kita dikehendaki register . Disini ada web terjemahan secara online percuma yang boleh dibuat rujukan selain dari GoogleTerjemahan iaitu:



Laman CitCat.com menyediakan kemudahan untuk kita mengakses maklumat di Internet walaupun ia diterbitkan dalam bahasa yang tidak kita fahami, Menyediakan kemudahan terjemahan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.





Read more »

Cerita Orang KL


Salam Semua.. Cerita lama ini berlaku semasa aku baru masuk kolej, nak dipendekkan cerita sewaktu di asrama kami berkongsi bilik berdua, jadi semua kat situ baru berkenalan maklum le baru masuk U ramai yang tak kenal kalau kenal pun geng kawan sekolah dulu itu pun sorang dua jer.
Kemudian roommate baru ku kenali namanya Mustapa (bukan nama sebenar) ajak pergi lepak di kedai mamak berhampiran.

Di Kedai Mamak Bistro

Mamak     : Mau order apa bang..
Diriku       : Teh Tarik dengan Roti canai telur.
Mustapa    : Bagi saye air koke-kole dengan mee goreng

Mamak tu pun menggaru kepala nya yang tak gatal tu dan bertanya semula.. 

Mamak     : Air apa abang tara paham la..
Mustapa   : Koke-kole ala air tin warna merah tu..
Diriku      : itu Coca-cola ler..
Mamak    : okey-okey sudah paham..(mamak itu berlalu pergi sambil tersengih-sengih)

Kebetulan kat Kedai mamak tu ade pasang astro ESPN ,kami pun tengok la Arsenal lawan M.U..
Tiba-tiba Mustapa sound dengan nada yang kuat..

Mustapa  : Tendang le Bole tu kuat-kuat sikit.

Semua orang kat kedai mamak tu memandang kami
malu giler aku dibuatnya, apa la Mustapa ni..

Diriku     : wei ko cakap bahasa apa ni, bola la bukan bole
Mustapa  : oo ye ke, Orang KL panggil macam tu juga ke, aku ingat semua kena ade huruf E je.
Diriku     : laa ko cakap jer macam biasa, orang sini paham le..patut la dari tadi pelik je bunyinyer..
Mustapa  : Ooo lagu tu rupanya, awat hang tak habaq mai..

hahaha..Kami pun tergelak sakan...

Begitu lah masa mula-mula berkawan dengan Mustapa. Tapi selepas 2, 3 sem kemudian Mustapa dah berubah dulu skema pakai baju kemeja dengan seluar slack je tapi selepas lama duduk belajar kat KL tu terus berubah jadi Hip Hop, pakai seluar londeh, cakap pun ada tambah yoyo,ntah dengan sapa dia belajar pun tak tau ler, aii sekejap betul kawan ku ni boleh berubah..hehe

Read more »

Proton Panggil Gen2 dan Satria Neo

Friday, October 8, 2010
Salam Semua, Pihak Proton memanggil semula kereta proton Gen 2 dan Satri Neo yang dikeluarkan antara tahun 2004 hingga 2008 untuk pemeriksaan terhadap kerosakkan clock spring yang menjejaskan keselamatan . Komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan.



Kerosakan pada ‘clock spring’ boleh menyebabkan  :

  • bunyi geseran dalam stereng
  • hon berbunyi sendiri
  • lampu kereta terpasang sendiri
  • kerosakan suis kawalan audio
  • pelepasan beg udara di bahagian pemandu
 
 Jadi pada sesiapa yang memiliki kereta Gen 2 atau satria Neo keluaran 2004 - 2008 boleh le menghantar ke pusat servis Proton yang berdekatan untuk pemeriksaan. 
Untuk keterangan lanjut boleh layari web http://www.protonaftersales.com/
Read more »

Senarai Malaysia Blogger A to Z



Senarai Malaysia Blogger A to Z

 List of Malaysian Blogger A to Z

A 

B 

C 

D 

E 

F 

G 

H 

I 

J 

K 

L 

M 

N 

O 

P 

Q 

R 

S 

T 

U 

V 

W 

X 

Y 

Z 

etc 

Sila Pilih Abjad

Please Select Alphabet








Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever