Cerita Orang KL

Saturday, October 9, 2010

Salam Semua.. Cerita lama ini berlaku semasa aku baru masuk kolej, nak dipendekkan cerita sewaktu di asrama kami berkongsi bilik berdua, jadi semua kat situ baru berkenalan maklum le baru masuk U ramai yang tak kenal kalau kenal pun geng kawan sekolah dulu itu pun sorang dua jer.
Kemudian roommate baru ku kenali namanya Mustapa (bukan nama sebenar) ajak pergi lepak di kedai mamak berhampiran.

Di Kedai Mamak Bistro

Mamak     : Mau order apa bang..
Diriku       : Teh Tarik dengan Roti canai telur.
Mustapa    : Bagi saye air koke-kole dengan mee goreng

Mamak tu pun menggaru kepala nya yang tak gatal tu dan bertanya semula.. 

Mamak     : Air apa abang tara paham la..
Mustapa   : Koke-kole ala air tin warna merah tu..
Diriku      : itu Coca-cola ler..
Mamak    : okey-okey sudah paham..(mamak itu berlalu pergi sambil tersengih-sengih)

Kebetulan kat Kedai mamak tu ade pasang astro ESPN ,kami pun tengok la Arsenal lawan M.U..
Tiba-tiba Mustapa sound dengan nada yang kuat..

Mustapa  : Tendang le Bole tu kuat-kuat sikit.

Semua orang kat kedai mamak tu memandang kami
malu giler aku dibuatnya, apa la Mustapa ni..

Diriku     : wei ko cakap bahasa apa ni, bola la bukan bole
Mustapa  : oo ye ke, Orang KL panggil macam tu juga ke, aku ingat semua kena ade huruf E je.
Diriku     : laa ko cakap jer macam biasa, orang sini paham le..patut la dari tadi pelik je bunyinyer..
Mustapa  : Ooo lagu tu rupanya, awat hang tak habaq mai..

hahaha..Kami pun tergelak sakan...

Begitu lah masa mula-mula berkawan dengan Mustapa. Tapi selepas 2, 3 sem kemudian Mustapa dah berubah dulu skema pakai baju kemeja dengan seluar slack je tapi selepas lama duduk belajar kat KL tu terus berubah jadi Hip Hop, pakai seluar londeh, cakap pun ada tambah yoyo,ntah dengan sapa dia belajar pun tak tau ler, aii sekejap betul kawan ku ni boleh berubah..hehe

 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever