Tips Penjagaan Laptop

Sunday, October 10, 2010
Salam Semua.. Boleh dikatakan zaman sekarang ini pengguna Laptop semakin hari semakin ramai. Lebih-lebih lagi di Kolej-kolej, setiap seorang ada memiliki Laptop masing-masing, banyak kegunaan yang ada pada laptop ini termasuklah untuk berblogging..hehe.. apabila laptop tidak dijaga dengan baik, tak sampai berapa tahun dah mula meragam. jadi disini kami ingin berkongsi cara bagaimana kita ingin menjaga Laptop supaya sentiasa dalam keadaan baik. antara aspek yang perlu diutamakan ialah..


Bateri
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

Keyboard atau Papan Kekunci
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

Skrin LCD
  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in ... minutes'.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel'.

Haba Panas
  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
  
Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Jikalau kita sentiasa mengamalkan panduan yang betul dan tidak mengambil mudah dalam penjagaan Laptop, laptop kita akan bertahan lama dan tidak perlulah kita membazir untuk membeli Latop yang baru atau menghantar ke kedai untuk diperbaiki. Selamat mencuba. :)
 

HiStory KaMi

LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever