Galaxy S, Android Dan Kami

Wednesday, April 27, 2011
44 Usha KaMi
Dah lama mengidam nak guna handset Samsung Galaxy S ni, akhirnya terbeli juga..huhu, kami ada antara dua pilihan samada DSLR nikon D90 atau Samsung Galaxy S ni, tapi disebabkan faktor-faktor budget kehendak melebihi keperluan jadi kami beli yang termampu je, Bye-bye Nikon D90, nanti bila harga dah turun lebih kurang 2000 baru kami fikirkan semula..:)


Samsung Galaxy S ni banyak kelebihannya, skrin Super Amoled memang clear habis kalau handset tu HD tapi skrin tak clear still tak nampak macam HD, ringan pula tu, size pun tak berapa besar, camera 5 mega pixel bila ambil gambar masih nampak cantik, yang paling penting application Android yang boleh di downloadkan secara percuma dengan menggunakan market android, kira macam-macam ada ,memang dahsyat ler (puji lebih-lebih pula..hehe).


Kebetulan ada application yang boleh membuatkan gambar tu menarik macam kamera DSLR walaupun tak setajam DSLR tapi kami berpuas hati juga le, kami download application Camera 360, memang nice gambar-gambar yang diambil dengan menggunakan application camera 360, kat bawah ni contoh gambar-gambar yang telah diambil.

Retro

Black & White

Tilt-shift Mode

Read more »

Tambah RAM Laptop

Saturday, April 23, 2011
20 Usha KaMi
Hari tu kami ada pergi ke Low Yat sebab nak tambah RAM laptop yang lambat macam siput sedut ni, kami siap bawa laptop tu pergi ke Low Yat lagi padahal rupanya senang je nak pasang RAM tu tak perlu pun bawa laptop, buat berat beg jer.

Sampai kat sana kami minta maximum capacity RAM yang boleh tauke kedai tu bagi, rupanya nak tambah RAM kena tengok kemampuan laptop kita juga,memang banyak kami tak tau lagi pasal laptop ni, sebelum ni RAM kami hanya 1G je maklum le laptop usang, jadi maximum yang boleh ditambah adalah 3G saja,ok la juga tak le slow macam dulu lagi.

Tauke kedai komputer tu hanya masukkan slot yang kosong dengan RAM 2G, memang mudah je dia buat just tolak tekan masuk picit (dah macam isi minyak pula), senang je kan kalau nak detail lagi boleh la usha website http://sufian.info/2010/08/cara-membuka-memasang-ram-sodimm-laptop/ , sekarang ni nak tambah RAM dah murah tak macam dulu beratus harga RAM tu, tak silap kami 2G harganya lebih kurang 50 ringgit tapi ikut jenis kelajuan macam kami DDR1 murah sikit berbanding DDR2.


Tanya juga le kat tauke tu boleh ke bersihkan komponen dalam laptop fujitsu ni tengok berhabuk sangat, dia kata kalau nak bersihkan kena charge mahal, nak bersihkan pun sampai beratus, tak payah le balik rumah kami buka sendiri ,bersihkan sendiri lagi puas hati ,kalau nak lagi bersih sedut pakai vacuum cleaner je..:)
Read more »

Stroller Atau Baby Carrier

Wednesday, April 20, 2011
26 Usha KaMi

Semakin lama semakin berat baby kami ,kalau nak dukung berjam-jam rasanya boleh lenguh juga pinggang dibuatnya . Jadi cara penyelesaian kenalah beli stroller, senang sikit nak bawa,just tolak je kan. Nampak macam senang je nak handle stroller ni tapi cuba kalau naik atau turun escalator..

Kita kena betul-betul posisi roda dengan anak tangga tu kalau tersilap boleh terlebih senget pula stroller tu,memang bahaya sungguh, tengok orang lain steady je naik escalator dengan baby diorang, last sekali guna lift lagi senang cuma kena tunggu lebih sikit le..Rasa-rasanya kena ambil lesen pandu stroller ni..:)


Tapi kalau pakai Baby Carrier rasanya lebih senang dan mudah dibawa kemana-mana ,harga pun tak mahal macam stroller, tapi ini pun bergantung pada keadaan juga kadang-kadang baby kita nak tidur kalau pakai baby carrier susah pula dia nak tidur, mesti baby akan rasa tak selesa..

Senang cerita beli dua-dua, agak tempat kita nak pergi tu tak lama sangat boleh le guna baby carrier tu,tapi kalau bagi si suami takkan tak larat kot nak dukung lama, mesti boleh cuma susah bila nak pegang barang lain je, Ada member kami kata bagus untuk suami kalau lepas kahwin perut boroi sebab nanti nak dukung anak senang sikit boleh support pakai perut jer..hehe
Read more »

Nenas Kami Terkecil Di Dunia

Sunday, April 17, 2011
25 Usha KaMi

Tajuk post macam dahsyat jer, kami ada tanam pokok nenas tapi buah ni kecil je lebih kurang besar ibu jari kaki je, ada orang kata ini nenas batu, ada juga kata asalnya dari timur tengah,daunnya panjang-panjang tajam sama macam nenas biasa, kami ambil pokok ni dari pakcik kami ,mula-mula dia bagi buah nenas tu je untuk dijadikan sebagai ubat sakit batu karang adik kami pastu daun yang kat atas buah tu kami tanam, lama-lama makin besar dan tumbuh cantik je.

Orang kampung kata nenas ni boleh menghancurkan batu karang. Alhamdulillah selepas adik kami makan tengok sakit batu karang dia dah ok tak sakit macam dulu, dah hampir setahun juga le takde rasa sakit batu karang lagi.Dengar orang tua cerita ada banyak juga le khasiat buah nenas ni selain untuk penawar penyakit batu karang. lagi satu bukan senang nak jumpa dan tak jual di Mydin berdekatan pun..:)


Sekarang ni pokok nenas kami dah besar walaupun fizikalnya nampak kecil tapi kira boleh dipanggil besar juga la ye..:) lepas tu kami pun petik la buah nenas tu mamandangkan dah cukup masak, nak juga cuba rasa sedap ke, jadi kami pun kisar sampai hancur buat jus dapat le satu cawan teh, ingat nak buat cicah kicap dengan garam je tapi macam tak puas makan la pula. Rasanya bole la tahan, ni memang nenas untuk buat ubat kira macam herba le, takde la sedap macam buah nenas biasa tu, sekarang ni yang kat belakang rumah pula mula tumbuh buahnya tapi kecil lagi, agak-agak boleh masuk Guinness World Record tak..:)
Read more »

Tukar Lampin Bayi Kami

Thursday, April 14, 2011
31 Usha KaMi
Bila dah ada baby ni kemana saja kami pergi kena bawa baby ,kadang-kadang tu tinggal juga kat rumah mak abah kat puchong tu sebab ada kerja yang banyak nak buat, setakat pergi jalan-jalan tu kami bawa sekali le, untuk pertama kalinya bawa jalan-jalan kena tukar lampin kat luar sebab lama sangat kat mall tu sambil tunggu kereta siap polish dengan wax lebih kurang 3 jam juga ler.


Jadi ni lah first time kami tukar lampin kat baby changing room, Bilik tukar lampin yang ada kat Tropicana City Mall ni memang selesa , ruang bilik pun besar, semua kemudahan ada kat situ, senang nak tukar lampin.


Masa untuk basuh berak, Darwisy macam tak suka jer, air sejuk kot, hehe sabar yer..kalau kat rumah kami campur dengan air panas bagi suam sikit.Gambar disensor sikit ye tidak sesuai untuk pg13..hehe


Ok sekarang pakai lampin baru, Darwisy ni time tukar lampin tak susah sebab dia suka, ingat nak beli lampin moden yang lebih jimat hanya tinggal basuh je tapi bila pikir dua-dua kerja macam tak sempat pula, guna lampin pakai buang lagi senang..

Yeay dah siap pun dalam masa 10 minit jer, ok jom kita sambung jalan-jalan balik yang penting jangan nangis yer..:)
Read more »

Broadband Celcom Hilang

Tuesday, April 12, 2011
16 Usha KaMi

Setelah puas mencari diserata pelosok kawasan dan tempat ,akhirnya jumpa juga broadband celcom ni, memang lama sungguh tak update blog, jangan kata blog sendiri, facebook, blog member-member,website lain yang ada dalam internet semua tak buka, ada orang kalau takde internet memang tak boleh nak hidup, nampaknya kami macam boleh je tapi ada gigil sikit juga le..hehe



Orang-orang tua ada berpesan kalau nak cari sesuatu guna mata bukannya lutut, sebab cari dengan keadaan bengang memang tak akan jumpa lastly terus give up malas nak cari, pastu suatu hari jumpa balik rupa-rupanya kat situ je, sebab beg ni banyak ruang yang terlipat ,broadband pula kecil memang tak perasan ,kadang-kadang pelik juga rasanya lebih 3 kali check kat situ,huh..memang takde orang lain nak ambil pun, lain kali kena cari dengan relax dan cool. ok sekarang dah jumpa boleh la melayari internet yang sekian lama telah ditinggalkan mesti banyak cerita terkini yang tak tau. selamat berinternet..:)
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever