Baby Kami Dah Sihat

Monday, March 21, 2011
45 Usha KaMi
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT, selepas tinggal di wad kanak-kanak selama 4 hari akhirnya Darwisy boleh keluar dari wad, Doktor kat situ bagi rawatan yang rapi ingat memang nak hantar ke hospital swasta je tapi memandangkan kalau kes teruk pun hospital swasta akan hantar ke hospital kerajaan juga, perkhidmatan di hospital Serdang ni bagi kami memuaskan,doktor dan nurse pun peramah je cuma Darwisy popular sikit kat sana sebab kami bawa buaian masuk wad, kecoh satu hospital kat wad ada buaian,lastly kami kena hantar balik juga buaian tu ,Darwisy ni kalau tidur takda buaian bukan main susah lagi nak pejam mata, kat Hospital rupanya tak boleh bawa buaian mana la kami tau takde pun sign board do not put buaian..hehe..


Sepanjang di wad setiap 4 jam doktor akan periksa keadaan baby kami, kemudian nurse akan bagi ubat antibiotik cucuk melalui tangannya yang telah dimasukkan tiub.kesian kami tengok baru 2 bulan dah kena cucuk-cucuk, mudah-mudahan lepas ni Darwisy sentiasa sihat sahaja..

Terima kasih pada yang memberi sokongan dan mendoakan kesihatan Darwisy, sekarang dia dah pandai kata huruf A, O dengan U,tinggal huruf E dan I jer..hehe, seronok bila tengok baby membesar depan mata kita, sikit hari nanti baby dah boleh merangkak,tak sabar papa dengan mama nak tengok..:)

 Muka ada Senyummm..:)
Read more »

Baby Kami Masuk Wad

Tuesday, March 15, 2011
30 Usha KaMi
Busy sungguh kami, memang besar pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak mereka. Anak kami kelmarin demam panas, kul 3 pagi dah menangis tak boleh tido, pagi-pagi kami dah bergegas ke Hospital Pakar An Nur kat Bangi, Jumpa doktor dia bagi oksigen nak cairkan kahak dalam badan Darwisy, pastu lap-lap badan dia dengan air sejuk, Tengok keadaan Darwisy yang lemah, Doktor bagi surat untuk transfer ke Hospital Kerajaan sebab kat situ kemudahan untuk rawat baby kami tak berapa cukup,

Jadi kami hantar pula baby kami ke Hospital Serdang, sampai kata sana Doktor ambil sample darah Darwisy,kesian baby kami baru 2 bulan dah kena cucuk ambil darah, pastu pergi pula buat X-ray, memang sepanjang proses check up tu Darwisy menangis je sampai nak hilang suara, Sejam menunggu keputusan ujian darah akhirnya |Doktor beritahu yang baby kami kena tahan kat wad sebab ada sedikit jangkitan kuman dekat dengan paru-paru dia , Kesian Darwisy kecil-kecil dah sakit, Baby kami pun ditempatkan dalam Wad kanak-kanak.


Doktor kat Hospital Serdang ni baik-baik semua, dia check keadaan Darwisy dengan rapi, keadaan wad pun selesa, Doktor kata baby kami kena tinggal kat Hospital ni selama 5 hari lagi untuk diberikan ubat anti biotik dan dipantau tahap kesihatannya, Jadi mama yang tengah bercuti bersalin kena lah berkorban menjaga Darwisy kat Hospital dan papa pula ulang alik ke rumah dengan Hospital tiap kali waktu melawat dan menyediakan keperluan untuk mama dan Darwisy, Papa dan Mama doakan semoga Darwisy cepat sembuh..Amin..
Read more »

Restoran Aziz Satar

Thursday, March 10, 2011
35 Usha KaMi
Malaysia ni banyak tempat-tempat menarik ,rasanya memang tak habis kalau nak jalan satu Malaysia. Baru-baru ni kami sefamily ada pergi ke kemaman, sebenarnya ada buat kursus kat sana sambil-sambil tu pergi le jalan-jalan kan , kami bermalam selama 3 hari 2 malam dekat Homestay Hotel, kalau korang nak bermalam kat kemaman kami cadangkan Homestay Hotel sebab hotelnya yang selesa harga pun berbaloi.

Kat Kemaman ni banyak kedai makan yang sedap-sedap yang paling best dan wajib singgah ialah Restoran Aziz Satar, Bukan kedai pelakon veteren tu kebetulan owner kedai ni namanya pun Aziz, mereka ada jual Satar yang sedap giler, Rasanya kalau korang tanya je nama Aziz Satar ni mesti orang kat sana tau kat mana Restoran tu.

Satar ni lah yang paling sedap pernah kami makan, kat sini sebenarnya ada banyak orang jual satar tapi ni lah yang paling orang ramai suka, memang dan cuba lain kali mesti korang mengidam nak pekena satar ni lagi..:) ni sebenarnya kali ketiga kami makan kat sini.


Pastu pekena le Nasi Aziz Satar ni, sedap juga ada sotong, ayam, pastu nasi goreng dibalut dengan telur lebih kurang macam Nasi goreng pataya le, selain satar ada juga jual otak-otak,pulut panggang, sup daging, memang banyak yang lazat-lazat,gerenti tak rugi, teh tarik diorang ni special sikit,kalau nak tengok try le order..hehe


Ambil gambar Restauran dari luar je segan la pula..:p Kalau Pergi kemaman jangan lupa singgah sini dekat Kuala Kemaman ,ramai family yang makan kat sini nampak macam semua orang luar jer siap ada datang dengan rombongan bas lagi..:)
Read more »

Terima Kasih Nuffnang

Sunday, March 6, 2011
41 Usha KaMi
Hari ni sibuk mengemas halaman rumah, susun-susun pasu bunga bagi nampak kemas sikit sebab dah berterabur mungkin telah disepak oleh kucing pak osman jiran setaman , tetiba 'pinn pinn posto posto' macam dalam citer ahmad albab plak, posmen datang bagi surat le, tak pernah lagi dapat surat bentuk macam ni selalu dapat bil air,bil astro tak pun bil kad kredit huhu, jadi kami pun buka le isi sampul surat tersebut, 'jeng jeng jeng' Alhamdulillah kami telah berjaya mendapat cek yang telah dicash out kan dari akaun nuffnang sebulan yang lepas,


Sebelum ni memang dah boleh cash out tapi tunggu kumpul banyak sikit ,bukan dapat banyak mana pun tapi boleh la nak upgrade laptop buruk kami ni bagi laju sikit, sambil-sambil kita berblogging boleh juga dapat side income kan, Terima kasih Nuffnang dengan cederahati ini, jadi kami akan sentiasa meletak iklan nuffnang dalam blog kami..:)
p/s: Background image baby telah ditukar pada image baby kami atas pandangan dari rakan-rakan blogger, Thanks semua..:)
Read more »

Template Baru LiFe KaMi

Thursday, March 3, 2011
38 Usha KaMi
Akhirnya setelah sekian lama kami menggunakan template yang lama, kami telah berjaya menukarkan template blog kami dengan yang baru, kadang-kadang di dunia ini kita perlu perubahan ,yang lama akan dijadikan kenangan, template yang baru ni kelihatan lebih tenang dan nyaman, warna pun tak terlalu banyak, loading page pun telah banyak berkurangan, Terimalah template kami yang simple ini.Sedih pula teringat akan template yang lama..huhu.


Read more »

Tips Awet Muda

Tuesday, March 1, 2011
27 Usha KaMi
Semakin hari kita semakin tua,ada ke yang semakin hari semakin muda, kalau ada memang ajaib tu,hehe.. apabila kita semakin tua, perubahan fizikal dan mental turut berubah menjadi semakin tua ,tapi bab idea semakin tua semakin banyak le pengalamannya.. Bagaimana caranya kita untuk kelihatan sentiasa muda, memang manusia semuanya akan tua tapi melambatkan proses penuaan tu lagi bagus dari dibiarkan dan apabila usia kita menjangkau lebih tua orang akan lihat kita seperti muda, antara cara untuk menjadi awet muda ialah..


Tidur
Tidur adalah cara kita merehatkan diri, mata serta anggota badan kita hendaklah cukup waktu rehatnya, masa tidur tu lah pertumbuhan sel-sel badan kita terhasil. bila tidur cukup muka pun tak le kelihatan lesu dan sembam.


Air Masak
Air masak hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mencuci organ dalaman badan kita dan membekalkan kandungan oksigen yang mencukupi, sebelum minum air masak amalkan berselawat dahulu.


Makanan
Memperbanyakkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran, selalu makan ulam-ulaman seperti pegaga,ulam raja, halia muda, tomato, dan banyak lagi. Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kolestrol serta makanan yang disimpan didalam tin, kurangkan minuman berais dan minuman bergas.


Mental
Selalulah sedekahkan senyuman dan hidup ceria, jangan suka marah-marah ,tension, mengumpat, mencaci , mempunyai hasad dengki,sombong .Sentiasa berfikiran positif ,menjadi seorang yang penyabar dan melakukan perkara-perkara yang baik.


Beriadah
Amalkan bersenam dengan melakukan aktiviti riadah seperti berjogging , berjalan-jalan ditempat yang aman dan tenang bersama keluarga, bersukan bersama kawan-kawan.


Beracun
Elakkan pengunaan barang-barang yang diperbuat daripada bahan-bahan kimia, amalkan penggunaan barangan semulajadi, Jauhi daripada terhidu asap kenderaan atau rokok serta bersihkan persekitaran yang berhabuk .



Solat
Walau apa pun kita lakukan tapi kalau selalu meninggalkan solat memang tiada maknanya, sedarlah bahawa kita semakin hari semakin tua dan pada bila-bila masa nyawa kita akan diambil, Jangan tinggalkan solat, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita sentiasa dalam keadaan sihat dan tenang, disamping itu air sembahyang juga merupakan penawar untuk awet muda.
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever