Baby Walker Cute

Monday, October 3, 2011
33 Usha KaMi

Baby kami baru nak masuk 9 bulan tapi kami dah tak sabar nak tengok dia berjalan, sekarang ni dah cuba capai benda nak bangun sendiri, kadang-kadang bila dia boring asyik duduk je, kami letak dalam baby walker, bukan main laju lagi dia berjalan, kemana orang pergi ke situ lah dia ikut kadang-kadang pergi memunggah barang-barang dalam kabinet almari dan cuba menolong mamanya mengemas meja..huhu

Orang kata biar anak kita belajar bertatih secara natural, baby walker ni pun kakak kami yang bagi, anak-anak dia semua dah besar, tu sebab le dapat warna pink, masih elok lagi tak perlu membazir beli baru. Sekarang ni pun bukan main laju lagi baby kami berlari mengunakan walker agak-agak kalau dah pandai berjalan jenuh nak kejar ni..:)

Read more »

Akhirnya Masuk Perangkap

Saturday, September 24, 2011
32 Usha KaMi

Semenjak sebulan yang lepas ,dapur kami telah berbau busuk dan hancing disebabkan oleh seekor tikus yang telah bermaharajalela menjadikan dapur kami sebagai kedai kek dia. Jenuh kami cuci balik semua barang kat dapur, mop lantai sampai berkilat,buh pewangi,letak daun pandan, siap sembur ridsect lagi, esok lusa busuk balik dengan tahi dan kencing tikus, ini dah kira bahaya boleh membawa penyakit ,dari mana tikus ni masuk tak tau le, mungkin dari lubang dinding kat atas dapur tu kot.

Dulu kami bela kucing tapi sekarang dah hilang lepas tu dah ada baby pula jadi taknak bela lagi, kami nak beli racun tikus takut mati bau bangkai pula ,busuk satu rumah pula,jadi jalan terakhir kami belilah perangkap tikus, mula2 bagi umpan donut, tak jalan mungkin tikus ni nak yang lagi sedap kot,kami tukar dengan kulit ayam KFC,sama juga tikus tu ambil bau je,dapur still bau busuk tikus .Kami cari tikus tu celah-celah kabinet , peti ais tak jumpa juga.


Lastly kami bagi umpan roti oat perisa tuna, akhirnya pagi-pagi kami jenguk dapur ,tikus tu da masuk perangkap,roti oat tadi pun da habis, amboi memilih juga tikus ni,mungkin tikus betina baru nak belajar diet. selesai sudah ops sikap menangkap tikus liar, ingat nak lemaskan dalam longkang je tapi pikir balik tak baik seksa binatang mati secara pelahan, walaupun itu tikus perosak, dengan hati yang belas kasihan terhadap haiwan, kami buang tikus tu kat tempat terpencil yang jauh dari kawasan rumah orang, kat situ pandai-pandai la bawa diri ye.. sekarang dapur kami dah wangi..hehe
Read more »

Tunggang Kuda Kecil

Thursday, September 15, 2011
25 Usha KaMi

Hari tu pergi ke Jusco Equine Park kat Seri Kembangan , belikan kasut sukan adik,dia dapat sambung degree kat UPM, hari tu nak masuk hari tu juga la sibuk nak beli kasut sukan, nak tak nak kena beli la juga.. jumpa pula game park kat dalam jusco tu sambil mencari kasut, nampak pula kuda mainan kat situ, dulu masa kecil tak dapat main kuda ni bagi anak main pun jadi la, tapi tak bergerak la ye, just tunggang je saja nak ambil gambar..:)

Read more »

Jom Makan Rambutan

Wednesday, September 14, 2011
29 Usha KaMi

Sekarang ni musim rambutan ke, kat kampung kami banyak pokok rambutan telah berbuah.. Kalau tengok buah rambutan yang banyak kat pokok tu geram jer, banyak sangat buah yang masak, beli kat kedai buah kadang-kadang dapat buah rambutan yang tak segar, yang ni kami petik sendiri atas pokok. Dapat seguni juga le, itu pun dah letih nak ambil, tengok apa lagi jom makan sekali..hehe

Read more »

Ketupat Raya

Thursday, September 8, 2011
23 Usha KaMi

Dah raya ke sepuluh pun baru nak post pasal raya..hehe, sibuk dengan kerja, dapat cuti terus gerak balik kampung, kat kampung pula takde line, lama pula bercuti disana ,sampai di rumah pula banyak open house..:) nak tunjuk gambar masa buat ketupat raya je, sempat juga bawa balik ke KL, tinggal rebus je, memang tahan lama.ni dipanggil ketupat palas. Sedap dimakan dengan rendang..makanan raya kegemaran kami ni..:)


Rasanya masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang membaca dan mengikuti blog kami, jikalau ada salah dan silap semenjak kami berblogging harap dimaafkan la yer. Semoga kita ceria selalu bersama family tersayang..:)
Read more »

Berbuka Di Restoran Cina Muslim Al Munawarah

Monday, August 22, 2011
28 Usha KaMi
Alhamdulillah, pada hari minggu kali ini kami telah berbuka di luar pula, sekali sekala nak juga rasa masakan diluar sana, bukan apa, untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama keluarga. Jadi kali ni kami plan nak pergi makan makanan cina pula, yang ni cina muslim yer gerenti halal. Restoran yang telah dibuka oleh seorang mualaf cina yang bernama Muhammad Yusof Ong, kalau nak lebih detail lagi bole usha sini Kosmo .

Kami order menu mengikut harga pakej ,nak pilih menu pun tak berapa tahu sangat makanan cina ni, order pakej untuk 6 orang lagi senang semua dah ada kat situ, lebih kurang 8 jenis lauk juga le. harga pakej ni RM 125 untuk satu family ikut berapa ramai family korang yang makan, mungkin ini harga promosi bulan ramadhan kalau nak beli asing-asing rasanya lagi mahal.

 Disebabkan restoran ni sentiasa full house walaupun ada dua tingkat tempat makan tapi still tak cukup tempat duduk, memandangkan kami datang agak awal kul 6 petang lagi jadi kami booking meja dan menu dulu,senang cerita datang balik terus makan je bole pergi merayap kejap tengok barang raya dulu..:)

Menu pakej lengkap dengan sup cendawan cina, sayur goreng cina, itik panggang cina, daging kicap cina, tauhu masak cina, udang dan sotong goreng tepung, desert, buah-buahan, air sirap selasih (cina = tak ingat nama makanan dalam bahasa cina) ,disebabkan semua sedap jadi siap order nasi tambah lagi..hehe. Rasanya berbaloi la makan kat sini, sedap dan kenyang ,memang puas hati, customer service pun ok, lain kali bole la kami datang lagi, kalau korang dekat-dekat area Shah Alam boleh la cuba rasa..:)


p/s: Alamat Restoran Cina Muslim Al Munawarah
      Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9, Shah Alam,
      Belakang Hotel Concord Shah Alam
Read more »

Tips Khusyuk Dalam Solat

Saturday, August 13, 2011
32 Usha KaMi

Alhamdulillah,sehingga kini kita dapat melakukan ibadah puasa dengan keadaan baik dan dipermudahkan oleh Nya, semoga kita sentiasa dapat menyempurnakan ibadah puasa ini sehingga akhir bulan Ramadhan nanti. Dalam kita mengerjakan ibadah puasa ,janganlah pula kita lupa dan lalai untuk mengerjakan ibadah yang utama iaitu solat, kalau kita sekadar menahan diri kita dari lapar dan dahaga tetapi tidak solat serupa makan nasi tidak berlauk iaitu tidak cukup dan kosong ,tidak mendapat apa-apa makna.

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu diakhirat kelak oleh Allah SWT berbanding dengan amalan yang lain, sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna barulah dihitung pula amalan yang lain.

Orang yang hatinya lalai semasa solat meskipun lidahnya menyebut lafaz zikir dan ayat Al Quran, namun gerak lidahnya itu bukan dari dorongan hati, ianya bergerak kerana kebiasaan kita melakukannya dan hatinya melayang pada perkara-perkara dunia dan jiwanya hanya memikirkan perkara diluar batasan solat.

Disini ada beberapa tips yang dapat kami kongsikan daripada salah satu buku Tazkirah, bagaimanakah cara kita ingin khusyuk di dalam solat.


Hayati Makna Ayat
Iaitu kita cuba memahami maksud dan erti ayat yang dibaca supaya kita dapat menghayati maksud sebenar apa yang kita baca.

Bersemuka dan Bersoal Jawab dengan Allah SWT
Hendaklah seseorang membayangi ketika seolah-olah ia baru dibangkitkan dari kubur dan sedang bersoal jawab dengan Allah SWT.

Ingatlah bahawa Solat menghubungkan kita dengan hari Akhirat
Solat adalah perkara yang amat mustahak menentukan nasib kita diakhirat kelak dan inilah kehidupan yang lebih baik dan kekal selamanya. Solat lah bekalan yang utama akan kita bawa di akhirat kelak.


Melahirkan rasa Gerun terhadap Allah SWT
Apabila seseorang mengucapkan Allahu Akbar bermakna Allah itu Maha Besar seharusnya kita merasa gerun padaNya, bayangkan kalau kita berdepan dengan ketua atau raja kita akan merasa gentar inikan pula kita berhadapan dengan Allah yang Maha Besar lagi Maha Kuasa.


Mengharap limpah rahmat dan Sifat 'Lutfillah'
Iaitu rasa penuh pengharapan atau meletakkan pergantungan terhadap Allah SWT, Allah mempunyai sifat 'Lutfillah' iaitu sifat lemah lembut dan karamah serta luas nikmat Nya. Yakinkanlah diri kepada Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani hamba-hamba Nya.


Elak gangguan solat dengan membatasi Pandangan
Iman al-Ghazali menggariskan beberapa kaedah antaranya dengan kita memejamkan mata ketika solat kerana hati yang lalai sangat mudah mengikuti pandangan mata.
Sebaik-baiknya berdiri berhampiran dinding atau tembok yang membatasi penglihatan mata dan memandang kearah tempat sujud sahaja.


Menghadapi Allah SWT sebagai seorang Pesalah
Datang menemui Tuhan dengan kesedaran sebagai seorang yang banyak melakukan kesalahan adalah orang yang memperlihatkan keinsafan yang sebenar sebagai seorang hamba, mengharapakan agar Allah SWT menerima taubat serta mengampuni dosa-dosa yang lalu.


Dorong Hati untuk mendekati Khusyuk
Apabila kita terleka dan lalai mengingati Allah ketika solat maka tolonglah hati itu dengan memberi peringatan kepadanya bahawa Allah Maha mengetahui kedudukan hati kita, supaya kita dapat mengawal hati dan perasaan kita hanya untuk Allah SWT.



Janganlah kita lalai dan lupa ketika bersolat sehingga ada yang tidak menyedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan disebabkan fikiran dan hati melayang ditempat lain, hanya perlukan sedikit waktu untuk kita menyembah dan mengingatinya sahaja, semoga perkongsian ini dapat memperbaiki diri kami dan kita semua agar sentiasa Khusyuk dalam melakukan ibadah Solat.
Read more »

Selamat Berpuasa

Monday, August 1, 2011
41 Usha KaMi

Bulan Ramadhan telah pun menjelma, Dibulan Ramadhan inilah kita harus memperbanyakkan lagi amal ibadah kita terhadap Allah SWT, Lakukan ibadah puasa kita dengan ikhlas dan gembira, bukan hanya kita menahan lapar dan dahaga tapi menahan segala laranganNya serta memperbanyakkan lagi amalan kita kerana banyak ganjaran pahala yang belipat kali ganda telah dijanjikan Allah SWT kepada kita..

Disini kami sefamily ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, semoga amalan kita akan diterima Allah..amin..:)
Read more »
 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever