Bahaya Semasa Isi Minyak

Sunday, November 14, 2010
Salam Semua.. kami ingin berkongsi dengan korang semua berkenaan perkara yang kita kena ambil berat semasa mengisi minyak.

  1. Matikan enjin kereta, rasanya ramai diantara kita bila nak isi minyak mesti akan matikan enjin dulu.
  2. Jangan merokok, yang ni lagi la ramai yang tak akan buat cuma pada orang yang nak mati cepat je.
  3. Jangan mengunakan handphone, yang ni ada yang terlupa atau buat-buat lupa.
  4. Jangan keluar masuk kereta semasa mengisi minyak, yang ni ramai yang tak tahu  apa kesannya. mari kita lihat video dibawah ini kesan dari melakukan perkara no 4.
Ini adalah berpunca dari eletrostatik cas, Kesilapan perempuan ini semasa isi minyak ialah dia duduk semula dalam kereta. macam mana ini boleh berlaku,mula-mula masa dia keluar dari kereta tu cas statik dari badan dia dah clear disebabkan dah di earthing masa dia pegang handle pump .
Tapi apabila dia masuk balik dalam kereta terus dapat balik cas statik tu sebab kereta dia masih ada cas statik (Tayar kereta telah menghalang cas statik kereta dari di earthing). 
kemudian selepas tu dia keluar terus pegang pump nozzle tu, semasa mengisi minyak akan menghasilkan cas statik juga, jadi apabila positif dan negatif cas statik bertemu ia akan menghasilkan percikan api atau spark yang kecil pada pump nozzle serta sisa petrol tersebut yang menyebabkan kebakaran itu boleh berlaku.
Nasib baiklah api itu tidak marak masuk dalam tangki minyak kalau tidak boleh mengakibatkan letupan yang kuat. Perkara ini sebenarnya sudah banyak kali berlaku tapi masih ada yang terlupa dan tidak mengambil peduli, nampak macam simple tapi boleh menyebabkan kematian, terutamanya bagi kaum perempuan yang suka masuk dalam kereta balik nak ambil sesuatu, 

Harap korang sentiasa beringat perkara-perkara kecil seperti ini, bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati.


P/S: selalu kami sampai je stesen minyak, mula-mula mesti hafal no pump tu(pump no 8, no 8, no 8) pastu pergi kat kaunter mesti nak usha atau tengok balik kat mana kereta kita padahal bole terus cakap je, korang pun mesti ada buat macam tu kan..hehe

 
LiFe KaMi. Powered by Blogger.

Best FrienDs KaMi

SponSor By

BioData KaMi

My photo
KisaH Kehidupan KaMi satU Family YanG happY gOod LucKy.. Syukur Alhamdulillah dengan Nikmat pemberian Tuhan yang Maha Esa..

© 2011 LiFe KaMi Design by LiFe KaMi
Hak Milik LiFe KaMiHappyForever