Salam Semua, Nampaknya sekarang ini keadaan banjir di negara kita semakin hari semakin teruk terutamanya di Kedah, setakat hari ni lebih dari 40 000 orang telah berpindah ke pusat pemindahan, Kerugian yang mereka alami tentu sekali banyak, takziah kepada keluarga mangsa banjir, semua itu dugaan dari tuhan semoga mereka tabah menghadapinya, Pada musim banjir ini kita mesti mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan daripada wabak penyakit dan kemalangan, Tips menghadapi banjir ini dapat mengelakkan kita dari berlaku kejadian tidak diingini.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
- Lemas
- Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
- Terkena renjatan elektrik
- Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
- Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
- Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
- Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
- Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
- Sentiasa minum air yang telah dimasak
- Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
- Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
- Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas - Guna tandas yang sempurna - Buang sampah di tempat yang betul
- Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
- Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah